Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2010

Snowdan cadang tubuh bank di Pasar Lachau


Mugshot: SNOWDAN DONALD LAWAN

PANTU, Ahad (10 Jan) – Kos pengangkutan dan masa pengurusan kewangan penduduk dari kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman dapat dijimatkan sekiranya institusi perbankan dapat diwujudkan di kawasan Pekan Lachau atau Geranggas Gayau selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin berkata ia ini kerana penduduk dari kawasan daerah kecil Pantu, Abok, Aping dan lain-lain kawasan (sebelum simpang Simunjan) terpaksa ke Sri Aman atau Serian sekiranya melakukan urusan kewangan perbankan selama ini.

“Justeru saya bersama Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah menghantar surat permohonan kepada pihak CIMB Bank untuk membuka cawangan perbankan mereka di Pekan Lachau demi memudahkan urusan kewangan penduduk dari kawasan Pantu selepas ini,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Hearold Ernest, Kampung Selantik Ili dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Bagaimanapun pihak bank menurut beliau harus melakukan kajian secara terperinci mengenai tahap keselamatan dan strategi pemasaran mereka terlebih dahulu sebelum bertindak untuk meluluskan permohonan yang diajukan oleh pihaknya berhubung perkara itu sebelum ini.

“Pihak kita sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak CIMB Bank berhubung permohon yang meminta pihak mereka untuk mewujudkan institusi perbankan mereka di Pasar Lachau selepas ini.

“Justeru pihak kita berharap agar pihak CIMB bersetuju untuk menubuhkan cawangan perbankan mereka di Pasar Lachau demi memudahkan urusan kewangan penduduk di Pantu pada masa akan datang,” katanya.

Snowdan turut menambah bahawa beliau juga turut mengemukakan permohonan terhadap pihak Agro Bank untuk menubuhkan cawangan perbankan mereka di Pasar Lachau selepas ini.

“Penduduk di kawasan Pantu dan sekitarnya bergantung kepada hasil pertanian untuk tujuan sara hidup. Oleh itu saya melihat bahawa Agro Bank harus dijadikan pilihan utama untuk membuka cawangan perbankan mereka di Pasar Lachau pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.


3 comments: