Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 January, 2010

Sertailah Pertandingan Futsal Rohani Karim 15 Januari ini!

SRI AMAN, Selasa (5 Jan) – Peminat sukan Futsal dari Bahagian Sri Aman dijemput untuk menyertai Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar yang akan bermula dari 15 hingga 17 Januari ini.

Jurucakap penganjur, Zaidil Haji Ripin berkata Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar akan berlangsung di Kompleks Sukan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman pada tarikh yang telah dinyatakan.

“Pertandingan yang akan berlangsung pada tarikh dinyatakan itu sebenarnya bertujuan untuk mengilap bakat sukan futsal dikalangan penduduk dari kawasan Bahagian Sri Aman.

“Justeru penduduk dari kawasan Bahagian Sri Aman dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar ini nanti,” katanya menerusi blog benaktigasungai.blogspot.com hari ini.

Bagaimanapun pertandingan yang hanya dibuka kepada penyertaan penduduk dari kawasan Bahagian Sri Aman ini menurut Zaidil hanya terhad penyertaannya kepada 32 buah pasukan lelaki dan 10 buah pasukan wanita sahaja.

Setiap pasukan futsal lelaki katanya akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 manakala setiap pasukan futsal wanita pula akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30.

“Mereka yang berminat boleh mendapat borang daripada Abang Noren Abang Naruddin menerusi talian telefon 019-4387183 bermula hari ini sebelum tarikh tutup penyertaan pada 13 Januari ini jam 5 petang.

“Hadiah menarik akan disediakan terhadap semua pasukan pemenang yang bakal berentap dalam saingan Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar ini kelak,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment