Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 January, 2010

sarawakupate berwajah baru


Caption: MENARIK...Laman web sarawakupdate.com kini sudah berwajah baru dan bersedia untuk memberi saingan terhadap laman web berita daripada Semenanjung Malaysia selepas ini.


SRI AMAN, Khamis (14 Jan) – Laman web yang mula meniti bibir pengguna internet dalam negeri ini iaitu ‘sarawakupdate’ kini sudah berwajah baru berbanding dengan lama web lamanya sebelum ini.


Editor laman web berkenaan, Abdul Hakim Bujang ketika dihubungi berkata laman web sarawakupdate kali ini lebih nampak menarik dari segi ruangan pautan dan ruangan portalnya berbanding dengan laman web lama sebelum ini.


“Bezanya ialah domain baru bagi laman web ini adalah ‘sarawakupdate.com’ berbanding dengan domain lama laman web terbabit iaitu ‘sarawakupdate.com.my’.


“Kita mahu lakukan yang terbaik untuk pengguna internet dalam negeri ini. Justeru sarawakudpate.com akan cuba menambah nilai berita secara ‘vokal’ dan lebih bertanggungjawab untuk rakyat selepas ini,”katanya.


Selain itu katanya, sarawakupdate.com juga telah menghantar cadangan terhadap beberapa buah kementerian untuk membuat pelbagai liputan berita yang memfokuskan kepada hal ehwal rakyat dalam negeri ini.


Dengan bercirikan e-portal tempatan, sarawakupdate.com menurut Hakim akan cuba bersaing dengan laman web berita yang kebanyakkannya lebih berpusat di kawasan Semenanjung Malaysia.


“Kelebihan sarawakupdate.com ialah laman web ini tidak dimiliki oleh mana-mana parti polistik dan syarikat-syarikat perniagaan besar yang memiliki kebanyakkan syarikat media cetak atau elektronik pada masa sekarang.


“Dengan kata lain sarawakupdate.com akan lebih bebas menyuarakan pendapat dan berita yang mencakupi semua aspek hidup rakyat (ekonomi, politik dan sosial) dalam negara kita selepas ini,” katanya.


Oleh itu Hakim mengalu-alukan semua media dalam negara ini khususnya di Sarawak untuk bekerjasama dengan sarawakupdate.com bagi memperluaskan liputan berita untuk rakyat di masa akan datang.


Terdahulu sarawakupdate.com telah mula ditubuhkan pada 15 Januari 2009 dan menjalani ujian percubaannya selama satu tahun sebelum ia diberi nafas baru pada 10 Januari lepas.


Sambil berasaskan platform media yang lebih neutral, sarawakupdate.com dijangka mampu muncul sebagai sebuah laman web berita yang paling menonjol di negeri ini pada masa akan datang.


Tamat.


No comments:

Post a Comment