Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 January, 2010

Rohani cadang anjur Futsal antara DUN dalam parlimen Batang Lupar


Caption: TAHNIAH...Rohani menyampaikan hadiah kejuaraan kepada pasukan Zaimie 2010 sebaik sahaja tamat kejuaraan kejohanan terbabit di sini malam tadi.

SRI AMAN, Isnin (18 Jan) – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim bercadang untuk melaksanakan Kejohanan Futsal Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen P.201 Batang Lupar selepas ini.

Menurut beliau ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempertingkatkan program pembangunan fizikal dikalangan penduduk disamping menyediakan pelbagai kemudahan sukan untuk mereka selepas ini.

“Kita mahu pembangunan fizikal penduduk terutamanya dari segi aspek kesihatan serta kecergasan seimbang dengan usaha penyediaan kemudahan oleh kerajaan berhubung tujuan tersebut selama ini.

“Justeru saya bercadang untuk melaksanakan kejohanan peringkat DUN dalam kawasan parlimen saya selepas ini,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman malam tadi.

Selain itu Rohani juga mahu semua penduduk agar memanfaatkan kemudahan sukan yang dibina oleh kerajaan untuk tujuan kegunaan mereka selepas ini.

Ini kerana kerajaan menurut beliau telah memperuntukan berjuta-juta ringgit bagi menyediakan kemudahan terbabit agar penduduk dapat melaksanakan aktiviti sukan dan kecergasaan bagi kesihatan diri masing-masing selepas ini.

“Jangan persia-siakan kemudahan sukan yang telah kerajaan peruntukan kepada anda. Manfaatkan kemudahan itu sebaik yang boleh demi mempertingkatkan tahap kesihatan dalam diri masing-masing selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, wakil Pegawai Pejabat Daerah Sri Aman, SAO Henry dan pengerusi pengelola pertandingan, Zamahari Morshidi.

Pasukan Zaimie 2010 muncul juara Kategori Lelaki Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim setelah menewaskan pasukan Master Evolution menerusi jaringan gol 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung malam tadi.

Sejumlah 33 buah pasukan lelaki dan tiga buah pasukan wanita mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim yang bermula semenjak 15 Januari lalu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment