Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 January, 2010

RM3.3 juta laksana RES di Engkelili - Raying


Caption: UNTUK ALBUM…Dr Rayong bersama kakitangan Shorefield, SESCO, SALCRA dan penduduk bergambar kenangan setelah selesai majlis itu.

ENGKILILI, Khamis (14 Jan) – Kerajaan telah pun menunaikan janjinya untuk menyediakan kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) terhadap penduduk dari lima buah rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili.


Ia terbukti apabila kerajaan menerusi peruntukan bernilai RM3 juta kini sedang giat melaksanakan projek RES terhadap 500 penduduk dari lima buah kawasan rumah panjang iaitu Rumah Atet, Titok Ulu, Rumah Gawan, Nibong, Rumah Manja, Bunu Beging, Rumah Lampas, Titok Ulu dan Rumah Manggat, Titok Ulu pada masa sekarang.


ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata usaha penyediaan RES terhadap lima kawasan penduduk rumah panjang itu kini sedang dilaksanakan oleh syarikat Shorefield Sendirian Berhad.


“Projek penyediaan RES yang kini sedang diusahakan oleh pihak Shorefield Sdn Bhd di lima buah kawasan rumah panjang terbabit dijangka akan siap dalam tempoh satu tahun ini.


“Jika ia sudah siap kelak kesemua 500 penduduk dari lima buah rumah panjang berkenaan tidak akan perlu bergantung kepada sumber bahan api dan enjin janakuasa untuk memperoleh sumber elektrik masing-masing,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Dialog yang melibatkan Shorfield, Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dengan penduduk lima buah rumah panjang itu di rumah panjang Atet, Titok Ulu, Engkilili kelmarin.


Selain itu Rayong juga menasihatkan para penduduk dari lima buah rumah panjang yang terlibat dalam projek terbabit agar tidak meminta apa-apa bayaran apabila tanah mereka digunakan untuk tujuan penyediaan RES ini nanti.


Sementara itu Tuai Rumah Manggat, Titok Ulu yang mewakili lima buah rumah panjang itu semasa berucap dalam majlis tersebut menyatakan persetujuan dan membenarkan tanah mahupun tanaman mereka ditebang bagi memberi laluan kepada projek ini.


“Tiada alasan buat kami untuk berbuat demikian (menuntut bayaran). Ini kerana kesemua penduduk sememangnya berharap agar kerajaan menyediakan kemudahan elektrik 24 jam di sini pada masa akan datang,” katanya.


Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Rayong yang telah berusaha bersunguh-sungguh untuk memohon peruntukan projek terbabit daripada kerajaan sebelum ini.


Tamat....


No comments:

Post a Comment