Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 January, 2010

RM26 juta untuk projek RES di Engkilili - Rayong


Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA

SRI AMAN, Isnin (11 Jan) – Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM26 juta untuk melaksanakan projek Pembekalan Elektrik Luar Bandar (RES) di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili bagi tahun 2009 hingga 2011 ini.

Wakil rakyatnya Dr Johnnical Rayong anak Ngipa menjelaskan projek RES terbabit akan dilaksanakan di San Semanju, Merindun, Mario, Jalan Mujung menuju ke Murat, Mujau, Jalan Skrang menuju ke Lidong, Duri dan seterusnya ke Kubal.

“Kerajaan juga akan melaksanakan projek RES menuju ke kawasan Ili Batang Ai, Engkilili menerusi peruntukan yang telah mereka sediakan bagi tahun 2009 hingga 2011 ini.

“Bagaimanapun projek penyediaan RES akan diteruskan di sini selepas tahun 2011 dan saya berharap agar kawasan DUN Engkilili dilengkapi sejumlah 95 peratus liputan RES menjelang tahun 2015 nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Untuk menjayakan perlaksanaan projek penyediaan RES di Engkilili dalam tempoh itu kelak, Rayong menasihatkan semua penduduk agar bekerjasama dengan kerajaan dari masa ke semasa demi memastikan kejayaan projek terbabit.

Penduduk dalam kawasan DUN Engkilili jelas beliau perlu berdiri teguh di belakang kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan dalam kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

“Mereka harus memberikan sepenuh kerjasama terhadap kerajaan. Jika mereka menentang kerajaan hanya kerana mendengar hasutan sesetengah pihak maka projek terbabit (RES) tidak akan dapat dilaksanakan dengan penuh lancar.

“Saya percaya akan lebih banyak projek disalurkan dalam kawasan DUN Engkilili. Justeru diharapkan agar penduduk dalam kawasan DUN Engkilili untuk terus bersabar menantikan hasil projek yang sedang giat dilaksanakan di kawasan mereka pada masa sekarang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment