Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2010

PPWS Kampung Perintah anjur demo buat kek lapis


Caption: PROMOSI...Khadijah (tengah) sedang menyampaikan sebahagian dari Kek Lapis kepada Randai (dua kiri) sambil disaksikan oleh ahli PPWS yang lain ketika tamat sesi demo kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (15 Jan) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Perintah telah mengadakan aktiviti demo membuat Kek Lapis yang berlangsung di sini kelmarin.


Aktiviti demo ini yang dihadiri seramai 30 orang penduduk bertujuan untuk membolehkan mereka mengetahui dengan lebih teliti tentang langkah dan cara pembuatan Kek Lapis yang kian popular pada masa sekarang.


“Kek Lapis adalah merupakan sebuah produk makanan yang kian popular dikalangan penduduk pada masa sekarang berdasarkan kepada keenakan rasanya dan aneka rupa kek terbabit.


“Bagi membolehkan penduduk sama-sama menikmati kek terbabit, pihak kami telah mengadakan demo agar mereka dapat mengetahui cara membuat Kek Lapis yang betul di masa akan datang,” kata Pengerusi PPWS cawangan Kampung Perintah, Randai anak Ramba.


Bagi menjayakan aktiviti demo membuat Kek Lapis tersebut, pihaknya menurut beliau telah menjemput Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Nur Khadijah Abdullah untuk menyampaikan cara serta teknik membuat kek terbabit.


“Demo membuat Kek Lapis yang berlangsung kelmarin adalah merupakan aktiviti pertama oleh pihak PPWS cawangan Kampung Perintah bagi tahun 2010 ini.


“Justeru diharapkan agar para penduduk yang hadir dalam demo ini dapat memanfaatkan pengetahuan yang mereka perolehi ketika membuat Kek Lapis masing-masing selepas ini,” katanya.


Beliau juga berharap agar demo terbabit secara tidak langsung dapat mempromosi produk Kek Lapis kepada penduduk yang hadir pada sesi berkenaan.


Tamat.


No comments:

Post a Comment