Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2010

PERKEP Sri Aman anjur pertandingan badminton sempena Hari Polis

SRI AMAN, Sabtu (9 Jan) - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman akan menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Sri Aman 2009 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bermula 23 hingga 24 Januari ini.

Pengerusi PERKEP Sri Aman, Rohana Isnawi ketika dihubungi menjelaskan bahawa Pertandingan Badminton Tertutup Sri Aman 2009 bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 ini nanti.

“Pertandingan yang bakal berlangsung selama dua hari berturut-turut itu nanti adalah terbuka kepada semua kakitangan jabatan kerajaan dan persatuan wanita di Bahagian Sri Aman.

“Ia dibahagikan kepada lima kategori iaitu Bergu Lelaki Senior / Junior Tertutup, Bergu Lelaki Junior Tertutup, Bergu Wanita Bumiputera Tertutup, Bergu Campuran Terbuka dan Perseorangan Lelaki Terbuka yang mana format pertandingan ini nanti akan menggunakan sistem kalah mati,” katanya.

Yuran penyertaan untuk setiap kategori menurut beliau adalah sebanyak RM30 kecuali bagi kategori Perseorangan Lelaki Terbuka yang mana yuran penyertaannya adalah RM15.

Oleh itu pihak penganjur telah menetapkan bahawa tarikh tutup penyertaan pertandingan terbabit adalah pada 19 Januari ini sebelum jam 2.30 petang manakala sesi cabutan undi pula akan diadakan pada 21 Januari bermula jam 5 petang bertempat di Dewan Serbaguna Polis, Sri Aman.

“Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori nanti bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 150, RM 100 dan RM 50 beserta piala masing-masing.

“Manakala untuk kategori Perseorangan Lelaki Terbuka pula, pemenang kedudukan johan, naib johan dan tempat ke-3 akan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80, RM50 dan RM30 beserta piala masing-masing,” katanya.

Justeru mereka yang berminat katanya boleh mendapatkan borang penyertaan dari Ketua Biro Sukan PERKEP Sri Aman, Lans Koperal Noly Sulaiman di IPD Sri Aman menerusi talian 019-8257461 atau menerusi talian 083-322121 sambungan 220.

“Selain itu, borang penyertaan juga boleh didapati dari ahli jawatankuasa yang lain iaitu Yahya Bonchai menerusi talian 013-8360109,” katanya.

Tamat....

No comments:

Post a Comment