Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2010

Pemuda SUPP derma kerusi roda


Caption: AGIH...Harden (tengah) sedang melihat kerusi roda yang sedang diatur oleh Kii (kanan sekali) sambil disaksikan oleh Wish (empat kiri) sebelum bermulanya upacara kelmarin.

pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Isnin (4 Jan) – Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang telah memilih Sambutan Tahun Baru 2010 untuk melaksanakan aktiviti kebajikan yang cukup bermakna terhadap penduduk yang amat memerlukannya.


Ini terbukti apabila Pergerakan Pemuda SUPP Simanggang telah menyampaikan sejumlah empat buah kerusi roda yang mencatatkan nilai RM300 bagi setiap unit kepada Persatuan Jururawat Masyarakat Sarawak (PJMS) Sri Aman di sini kelmarin.


Upacara penyerahan kerusi roda ini telah yang disempurnakan oleh ketua pergerakan pemudanya iaitu Kii King Hiang kepada Pengerusi PJMS cawangan Sri Aman, Wish Jurea pada jam 11 pagi di Hospital Sri Aman.


Kii ketika ditemui pemberita menjelaskan bahawa sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu PJMS cawangan Sri Aman dalam meringankan golongan pesakit yang amat memerlukan bantuan penggunaan kerusi roda dalam bandar Sri Aman ini.


“Bantuan berupa empat buah kerusi roda ini juga merupakan satu aktiviti simbolik oleh pihak Pergerakan Pemuda SUPP cawangan Simanggang bersempena sambutan Tahun Baru 2010 ini tadi.


“Kami menerusi bantuan ini mahu membuktikan kepada penduduk bahawa pergerakan pemuda bukan sahaja berfungsi dalam aktiviti politik malahan kebajikan hidup mereka ,” menurut beliau.


Justeru beliau berharap agar bantuan kerusi roda ini dapat membantu pihak PJMS cawangan Sri Aman untuk meringankan beban pesakit yang memerlukan bantuan kerusi roda selepas ini.


Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis merangkap Pengerusi SUPP Simanggang turut hadir sama bagi menyaksikan upacara penyerahan kerusi roda itu.


Tamat....


No comments:

Post a Comment