Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2010

Nilai dahulu PCM sebelum sokong - Masir


Caption: PENGHARGAAN...Masir (kiri) menerima cenderamata daripada Tr Hearold (kanan) sambil disaksikan oleh Snowdan (tengah) dan Abah (kanan sekali) ketika berlangsungnya majlis itu.

PANTU, Ahad (10 Jan) – Penduduk dalam negeri ini harus menilai dahulu kekuatan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebelum bertindak menyokong mereka pada pilihan negeri akan datang demikian menurut Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Ini kerana PCM yang mula ditubuhkan di Pulau Pinang sebelum ini menurut beliau hanya baru sahaja mengembangkan sayapnya ke negeri Sarawak.

“PCM adalah merupakan sebuah parti baru yang hanya wujud di Pulau Pinang dan Sarawak. Dari situ sahaja kita semua sudah mengetahui bahawa parti berkenaan adalah bukan parti berpengaruh.

“Oleh itu saya meminta semua penduduk untuk menilai kekuatan PCM hanya dari segi perkembangan cawangan parti itu pada masa sekarang berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang kini sudah mendapat tempat di hati penduduk seluruh negara sebelum ini,” katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Hearold Ernest, Kampung Selantik Ili dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu perlantikan Gabriel Adit Demong sebagai Pengerusi PCM Sarawak menurut beliau secara tidak langsung mendedahkan kelemahan diri bekas ahli Parti KeAdilan Rakyat (PKR) itu sendiri terhadap penduduk dalam negeri ini pada masa akan sekarang.

“Beliau (Adit) sebelum ini pernah menyertai empat buah parti sebelum menyertai PCM antaranya ialah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan PKR.

“Dengan kata lain kesemua tindak-tanduk beliau dalam politik selama ini jelas menunjukkan bahawa Adit sememangnya gemar melompat parti dan tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam bidang politik,” katanya.

Masir menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selantik Ili bagi tahun 2010 dan RM20,000 lagi bagi tahun 2011 untuk tujuan pembinaan dewan serbaguna di kampung berkenaan selepas ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan, Pegawai Daerah Kecil Pantu, Edward Michael Duk, wakil Tuai Rumah dari kawasan Zon C, Tr Johnny anak Lumi, Pengerusi JKKK Selantik Ili, Tr Hearold Ernest dan para ketua kaum dari kawasan ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment