Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2010

MDSA sediakan jadual kutipan sampah di sri aman

SRI AMAN, Sabtu (9 Jan) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) telah menyediakan Jadual dan Maklumat Pungutan Sampah yang mencakupi tujuh buah kawasan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan itu bagi tahun 2010 ini.

Timbalan Walikota MDSA iaitu Kaunselor Jimmy Chong Jin Huat memberitahu bahawa tujuah buah kawasan yang termaktub di dalam jadual berkenaan adalah Bandar Sri Aman Zon A, Bandar Sri Aman Zon B, Bandar Sri Aman Zon C dan empat buah lagi lokasi zon lain yang terletak di kawasan luar bandar terbabit.

“Untuk itu pihak kami telah melantik sejumlah lima buah syarikat iaitu AA Plus Enterprise, Syarikat Sri Temudok, First Corridor Sdn Bhd, Fores Enterprise dan Syarikat Tenajaya untuk melaksanakan kerja kutipan sampah mengikut jadual yang disediakan bermula hari Isnin hingga Jumaat untuk tujuan itu,” katanya.

Kerja kutipan sampah bagi Bandar Sri Aman Zon A akan mencakupi kawasan Jalan Serian / Simanggang, Kampung STC, RPR Fasa I dan II, Taman Sentosa Indah, Kampung Muhibbah, Taman Siang, Taman Nanang dan Geni, Jalan Bayu A dan B, Taman Wawasan, Taman Crystal, Jalan Foochow, Jalan Kejatau, Jalan Belimbing, Taman Tiong Hua, Taman Irene, Taman Lucky, Kuaters JKR / Berek Pertanian, Taman Loon-Loon, Kampung Hilir dan Jalan Sembau.

Kerja kutipan sampah dalam kawasan Bandar Sri Aman Zon A ini menurut Jimmy akan akan dikendalikan oleh AA Plus Enterprise manakala kerja kutipan sampah di Bandar Sri Aman Zon B pula akan dikendali oleh syarikat Sri Temudok.

Kerja kutipan sampah di Bandar Sri Aman Zon B akan mencakupi Taman Azba, Taman Norita, Taman Sri Mewah, Kuaters / Flet Persekutuan, Taman Vistagro Fasa I dan II, Taman Orkid, Taman Bahagia, Taman Sabu, Taman Padri, Taman Kim San, Taman Sri Gamang, Taman Makmur, Jalan Brayun, Taman Tiara, Jalan Pasir Panas dan Kampung Tengah.

Bagi Bandar Sri Aman Zon C kerja kutipan sampah akan meliputi Taman Desa Indah, Taman Sing-Sing, Taman Gamang Height, Jalan Micheal Pilo, Taman Harmoni, Balai Bomba dan Penyelamat yang akan dikendalikan oleh syarikat First Corridor Sdn Bhd.

Dalam pada itu juga bagi kawasan Selepong, Gua, Punggu, Lachau, Pantu, Sungai Tenggang, Abok, Pruan, Gran, Bakong dan Lingga akan dikendalikan oleh Syarikat Forest Enterprise manakala bagi kawasan Temudok, Pakit, Bayai Undop, Klassin dan Batu Lintang akan dikendalikan oleh Syarikat Tenajaya.

Oleh yang demikian kata Jimmy lagi, sebarang aduan ketidaksempurnaan kerja-kerja pungutan sampah boleh dirujuk terus kepada pihak syarikat yang telah dilantik atau ke hotline MDSA menerusi talian 083-322066.

Tamat....

No comments:

Post a Comment