Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2010

Kereta tauke tong gas kena bakar

SRI AMAN, Rabu (13 Jan) – Kenderaan pacuan empat roda milik seorang peniaga dalam bandar ini musnah setelah ia dipercayai dibakar oleh dua orang lelaki menerusi kejadian yang berlaku di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang malam kelmarin.

Menurut sumber kejadian dipercayai bermula apabila tong gas milik peniaga terbabit dicuri dari sebuah lori oleh dua orang individu yang menggunakan motoriskal sekitar jam 4 petang.

Peniaga terbabit yang mengesan kejadian curi tersebut kemudiannya bertindak melaporkan perkara terbabit terhadap pihak polis sambil menyerahkan bukti kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup milik peniaga itu sendiri.

“Kemudian pada jam 6 petang, seorang lelaki datang dan memarahi peniaga terbabit di rumahnya dipercayai tidak berpuashati ekoran bapanya menerima panggilan berhubung pembabitan dirinya dalam kejadian curi tong gas berkenaan.

“Polis tiba di rumah peniaga tersebut selepas itu dan seterusnya berjaya meredakan ketegangan keadaan yang berlaku antara peniaga dan lelaki berkenaan,” katanya sumber.

Bagaimanapun sekitar jam 9 malam tadi, peniaga terbabit berasa terkejut dan gempar apabila kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan oleh beliau di rumah pada waktu itu terbakar.

Peniaga terbabit yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak bomba untuk memadamkan kebakaran yang memusnahkan kenderaan pacuan roda empat roda miliknya selepas itu.

“Dipercayai bahawa hasil rakaman kamera litar tertutup mendapati terdapat dua orang lelaki dengan menunggang sebuah motorsikal bertindak membakar kenderaan pacuan empat roda milik peniaga berkenaan.

“Kes berkenaan kemudiannya dilaporkan oleh peniaga terbabit terhadap pihak polis selepas itu,” kata sumber sambil menambah bahawa Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad turun padang untuk memantau kejadian terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment