Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 January, 2010

Kaum Iban diminta tidak diperdaya pembangkang - Masing


Caption: MANFAATKAN...Mong (kiri) sedang menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar kepada Edwin Nanggah (kanan) sambil disaksikan (dari kiri) Nyalau, Masir, John Sikie, Masing dan Rayong ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (18 Jan) – Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing meminta penduduk kaum Dayak terutamanya Iban dalam negeri ini agar tidak mudah diperlekehkan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata demikian ketika demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kesyukuran bersempena perlantikan Mong anak Dagang sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Menteri Muda Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan) di Rumah Anyie Rangie, Entulang Entawa di sini hari ini.

Menurutnya pihak pembangkang terutamanya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) telah memperbodohkan penduduk dalam negeri ini dengan meletakkan ‘orang luar’ untuk menjadi pengerusi parti terbabit di Sarawak sebelumnya ia digantikan oleh Baru Bian pada masa sekarang.

“Bagaimana mereka (PKR) mahu meraih undi orang Dayak sedangkan jawatan pengerusi (PKR Sarawak) diisi oleh orang Semenanjung dan bukannya dari penduduk tempatan dalam negeri ini sebelumnya?

“Justeru saya mahu semua penduduk Dayak khususnya orang Iban agar memikirkan hal ini sedalam-dalamnya sebelum bertindak menyokong calon PKR menjelang pilihan raya negeri akan datang,” menurut beliau yang juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Selain itu Masing juga memberi jaminan kepada semua penduduk bahawa kerajaan akan tetap meneruskan projek pembangunan seperti biasa dalam negeri ini menerusi peruntukan oleh yang sedia ada.

Peruntukan yang dimiliki oleh kerajaan menurut Masing boleh disifatkan sebagai ‘air sungai yang tidak pernah putus alirannya’ berbanding dengan peruntukan milik pihak pembangkang yang disifatkan seperti ‘air di dalam dulang yang akan habis tanpa diganti dengan yang air baru’.

“Paling penting ialah kesabaran. Peruntukan tidak akan putus walaupun kesemua kawasan dalam wilayah negeri Sarawak ini menuntut perlaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pelancongan, Mong anak Dagang, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, John Sikie Tayai, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, para ahli majlis PRS, pegawai kerajaan dan ketua kaum dalam daerah ini.

Masing menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM7,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Entulang Entawa.

Beliau pada majlis itu turut menerima sejumlah 152 borang permohonan kemasukan keahlian PRS dari Kampung Bakong yang disampaikan oleh wakilnya iaitu Jemali Bol.

Tamat.

No comments:

Post a Comment