Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2010

JKKK Taman Siang anjur Majlis Hari Keluarga


Caption: MERIAH...Edmeade (kiri sekali) bersama ahli jawatankuasa JKKK Tamn Siang ketika berlangsungnya Majlis Hari Keluarga 2010 di sini baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (13 Jan) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tamn Siang telah mengadakan Majlis Hari Keluarga 2010 bertempat di sebuah restoran tempatan di sini baru-baru ini.

Dengan bertemakan ‘1 Taman Siang’, Majlis Hari Keluarga 2010 yang berlangsung di restoran terbabit nyata meriah dengan penganjuran pelbagai acara menarik dikalangan para hadirin yang hadir.

Terdahulu Pengerusi JKKK Taman Siang, Edmeade Rujis menerusi ucapannya pada majlis itu mahu semua ahli JKKK untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan rumah masing-masing.

“Semua ahli JKKK perlu menyemai sikap tanggungjawab dalam diri masing-masing agar Taman Siang muncul sebagai kawasan perumahan yang paling bersih dan selamat dalam bandar Sri Aman.

“Kita semua perlu menyemai sikap 1Malaysia dalam diri masing-masing membolehkan matlamat terbabit tercapai selepas ini,” menurut beliau.

Selain itu Edmeade juga menyeru semua penghuni Taman Siang untuk sentiasa peka dengan perkembangan isu semasa lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan isu kesihatan penduduk pada masa sekarang.

Penghuni Taman Siang katanya perlu peka terhadap perkembangan terkini mengenai penyakit berbahaya seperti Chikungunya dan Aedes yang muncul akibat kelalaian penghuni rumah itu sendiri dari segi aspek kebersihan.

“Justeru semua penghuni Taman Siang perlu mengetahui langkah untuk membasmi penularan wabak Aedes dan Chikungunya di kawasan rumah masing-masing selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Naib Pengerusi JKKK Taman Siang, Ason Remong, Setiausahanya Hillary Goyang, naib setiausaha, Lawrence Gu, bendahari JKKK iaitu Nilla bara dan naib bendahari beliau iaitu Nyelang Gura.

Majlis Hari Keluarga 2010 ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti jamuan makan bersama dan berkaraoke dikalangan para hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Tamat


No comments:

Post a Comment