Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2010

Jangan terlalu sensitif dengan isu Allah - Masir


Mugshot: MASIR KUJAT

PANTU, Sabtu (9 Jan) – Penduduk beragama Kristian dalam negeri ini diminta agar tidak terlalu sensitif berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang kini sedang hangat diperhebohkan di Semenanjung Malaysia pada masa sekarang.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat berkata penduduk Kristian di Sarawak tidak perlu ‘ambil hati’ berhubung isu terbabit memandangkan mereka juga mempunyai kepercayaan mereka sendiri berhubung aspek ketuhanan dalam perkara ini.

“Tidak mengapa sekiranya pengunaan kalimah Allah tidak dibenarkan dalam dakyah agama Kristian selepas ini memandangkan kita (orang Kristian) masih ber’Tuhan’kan Jesus (Isa) dan Tuhan Bapa.

“Kalimah Allah digunakan sebelum ini kerana untuk menyalin semula nama ‘God’ ke dalam bahasa Malaysia dikalangan penganut Kristian dalam negara ini. Justeru saya merasakan bahawa kita tidak harus sensitif berhubung isu terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Hearold Ernest, Selantik Ili, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman kelmarin.

Masir menerusi ucapannya juga mahu penduduk Kristian untuk meneruskan ibadat agama masing-masing seperti kebiasaannya sebelum ini tanpa perlu bimbang berhubung tercetusnya isu berkenaan.

“Kerajaan masih lagi berusaha menangani isu berkenaan. Justeru saya berharap agar penduduk Kristian dalam negeri ini tidak melakukan sesuatu yang boleh menegangkan hubungan keagamaan di antara (penganut Kristian) dengan penganut agam yang lain selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan, Pegawai Daerah Kecil Pantu, Edward Michael Duk, wakil Tuai Rumah Zon C Balai Ringin, Tr Johnny Lumi, Pembantu Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Unggie dan Pengerusi JKKK Selantik Ili, Tr Hearold Ernest.

Masir menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 bagi tahun ini kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Selantik Ili manakala RM20,000 lagi pada tahun hadapan bagi tujuan pembinaan dewan serbaguna di kampung berkenaan.

Tamat.


2 comments:

  1. Oleh kerana YB Masir bukan beragama Kristian, itulah dia ajak orang sarawak yang beragama kristian jangan ambil tindakan, jangan lagi ini isu agama, sedangkan di dewan rakyat YB Masir tidur apabila berada di dewan rakyat, manalah YB faham akan sensitif orang yang beragama kristian di sarawak. Saya rasa YB sepatut Sokong orang kristian di sarawak yang menguna perkataan "ALLAH". Bangunlah YB jangan masih tidur... Rakyat Sri Aman

    ReplyDelete
  2. kenapakah yb2 kita orang sarawak masih berlemah lembut dengan isu2 yang boleh menjatuhkan air muka rakyat?

    ReplyDelete