Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 January, 2010

Jangan dengar orang kutuk wakil rakyat BN kata Nyalau


Caption: GUNA DENGAN BAIK......Nyalau (dua kiri) menyampaikan cek MRP kepada isteri Tuai Rumah Alam, Kumpang Pauh dalam majlis itu. Turut kelihatan Mujah (kiri sekali) dan Tuai Rumah Lepang ak Gerang (tiga kanan).

oleh Edwin Raoh


LUBOK ANTU, Selasa (5 Jan) – Penduduk dari kawasan Lubok Antu dinasihat agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan sesetengah pihak yang sengaja memburukkan nama wakil rakyat dari komponen parti Barisan Nasional (BN) di sini.

Ahli Parlimen Lubok Antu,William Nyalau anak Badak berkata pihak terbabit berniat demikian agar demi meraih sokongan politik daripada penduduk demi menghadapi musim pilihanraya akan datang.

“Penduduk dari kawasan luar bandar adalah sasaran utama mereka. Justeru adalah amat penting bagi penduduk di sini menyedari bahawa mereka sengaja mahu diperalatkan oleh pihak terbabit untuk menjadi senjata politik mereka selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan ringkasnya terhadap penduduk semasa berkunjung ke Rumah Lepang, Sayat, Lubok Antu bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas 2009 baru-baru ini.

Nyalau menerusi ucapannya juga berharap agar pihak terbabit tidak mengamalkan gaya politik yang menentang arus dan sebaliknya bersama-sama kerajaan menjayakan segala projek pembangunan yang sedang berlangsung di sini.

“Saya percaya pihak terbabit terdiri daripada golongan orang pintar dan mereka mengambil kesempatan ini untuk memanipulasi gaya pemikiran orang luar bandar untuk menentang kerajaan.

“Justeru saya menasihatkan penduduk di sini agar terus mengekalkan sokongan terhadap BN demi pembangunan dan menolak teknik politik kotor yang akan disebarkan oleh golongan terbabit selepas ini,” katanya.

Dalam majlis itu juga Nyalau telah menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ke Biro Wanita Rumah Panjang Alam, Kumpang Pauh, dalam daerah kecil Engkilili sebanyak RM4,000.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu Encik Nelson Mujah ak Girie dan ketua-ketua kaum dari sekitar Lubok Antu.

Tamat....


No comments:

Post a Comment