Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2010

Jambatan Batang Strap pacu pembangunan daerah Pantu - Snowdan


PANTU, Isnin (19 Jan) – Kemudahan infrastruktur yang dapat menghubungkan kawasan Pekan Pantu dengan kawasan seberang Sungai Batang Strap dilihat sebagai parameter penting bagi melonjakkan pembangunan menyeluruh dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin khususnya di Pantu selepas ini.

Untuk itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan telah mengambil inisiatif dengan melantik syarikat perunding swasta untuk membuat kajian bagi membina sebuah jambatan yang merentangi Sungai Batang Strap di Pantu.

“Dengan kerjasama ayah saya iaitu bekas ADUN Bukit Begunan iaitu Donald Lawan, kami telah berjaya menyiapkan kajian terbabit dan seterusnya mengemukakan hasil itu kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Taib Mahmud.

“Hasilnya ialah kerajaan telah membina Jambatan Batang Strap sepanjang 182.4 meter yang menelan kos bernilai RM20.4 juta ini bermula dari 9 November tahun lepas hingga 1 Februari tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Bagi Pembinaan Jambatan Batang Strap dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud hari ini.

Projek pembinaan Jambatan Batang Strap ini sekiranya sudah siap kelak menurutnya akan menghubungkan sejumlah 4,000 penduduk dari seberang Sungai Batang Strap ke Pekan Pantu disamping memacu kegiatan ekonomi yang lebih rancak di situ selepas ini.

Sementara itu Snowdan juga menjelaskan bahawa beliau mengamalkan pendekatan kreatif dan inovatif bagi menjamin keadaan politik yang kukuh dalam kawasan pentadbirannya selepas ini.

Dengan mempraktikkan strategi yang stabil sambil digabung dengan taktik yang fleksibel, Snowdan yakin dapat mengubah pembangunan fizikal serta sosial yang ketara dalam kawasan DUN Balai Ringin pada hari ini mahupun pada masa hadapan.

“Kerajaan juga percaya bahawa setiap masalah boleh diselesaikan melalui pendekatan inovatif dan kreativiti dalam melaksanakan perubahan dalam apa jua keadaan demi kebaikan rakyat selama ini.

“Justeru atas sebab ini mereka kerapkali melabelkan sata sebagai pemimpin ‘Macgyver’ kerana menggunakan pendekatan ini untuk memperkukuhkan kestabilan politik demi pembangunan yang berterusan dalam kawasan DUN Balai Ringin,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Dato Sri Michael Manyin anak Jaong, Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, para menteri muda, ahli parlimen, ketua kaum dan penduduk dalam kawasan Pantu.


Selain itu


No comments:

Post a Comment