Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2010

Imigresen pantau PATI di Sri Aman


Caption: BERSEDIA...Asani (depan kanan) bersama kakitangan Imigresen Bahagian Sri Aman, Lubok Antu dan Batu Lintang bergambar kenangan sebelum bermulanya Program Naziran hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (16 Jan) – Orang ramai terutamanya peniaga atau majikan dalam bandar Sri Aman diingatkan agar tidak mengambil pekerja asing secara haram untuk berkhidmat bawah mereka selepas ini.

Ketua Imigresen Bahagian Sri Aman, Asani Ladjani berkata kepada pemberita ketika mengadakan Program Naziran (lawatan sambil nasihat) Ke Premis Dalam Bandar Sri Aman hari ini.

Menurut beliau tindakan majikan mengambil pekerja asing secara haram atau tidak menerusi permit kerja yang tepat akan membolehkan mereka didakwa menerusi Akta Imigresen dan Peraturan Imigresen 1993 sekiranya didapati bersalah.

“Terdapat juga majikan yang menerima pekerja asing daripada ejen selama ini telah menyangka bahawa mereka melalui proses yang betul untuk tujuan itu tanpa memeriksa premit kerja orang asing terbabit secara teliti.

“Permit kerja mempunyai pelbagai jenis kategori. Majikan perlu tahu ini dan mereka bolehlah berkunjung ke pejabat kita (imigresen) jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang jenis permit kerja untuk pekerja asing di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun pihak Imigreses Sri Aman menurut Asani masih lagi belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana majikan yang melindungi atau mengambil pekerja asing secara haram di sini.

Semua majikan ini kata beliau telah diberikan amaran dan nasihat oleh pihaknya menerusi Program Naziran yang dilaksanakan oleh pihak imigresen bermula waktu pagi hari ini.

“Pihak kami sudah memaklumkan kepada semua majikan berhubung isu ini. Justeru pihak Imigresen Bahagian Sri Aman akan mengadakan program Naziran dan seterusnya operasi bagi mencari mana-mana majikan yang melanggar Akta Imigresen berhubung perkara terbabit selepas ini,” katanya.

Terdahulu Program Naziran di sekitar Bandar Sri Aman pada hari ini telah melibatkan seramai 20 orang kakitangan Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman termasuk dari daerah Lubok Antu dan Batu Lintang.

Tamat.


No comments:

Post a Comment