Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2010

Buda Anchah angkat nama Sri Aman dalam sukan bina badan


Caption: HERCULES...Buda sedang menunjukan koleksi gambar aksi kejohanan bina badan beliau ketika ditemubual oleh Utusan Sarawak baru-baru ini.


SRI AMAN, Jumaat (15 jan) – Sebut nama Buda anak Anchah, mungkin semua peminat dan atlit sukan bina badan negara akan segera mengenali beliau namun mungkin tidak bagi orang awam dari sekitar Bandar Sri Aman.


Ini kerana Buda, 37, anak jati kelahiran daerah Sri Aman adalah merupakan salah seorang atlit bina badan yang sering mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa dan kebangsaan sebelum ini.


Utusan Sarawak yang berkesempatan menemubual atlit Bina Badan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mendapati bahawa beliau mula berkecimpung dalam sukan bina badan bermula dari tahun 1997 dahulu sehingga sekarang.


“Kisah bermula apabila saya mula menanam minat untuk menceburi bidang sukan angkat berat ketika mula berkhidmat untuk TUDM di Pulau Pinang pada tahun 1994 dahulu.


“Apabila dimaklumkan bahawa faktor umur menyebabkan saya tidak layak untuk memasuki sukan ini maka saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian 100 peratus dalam bidang sukan bina badan selepas itu,” katanya.


Setelah bersedia beliau akhirnya tampil buat pertama kali dalam Kejohanan Bakat Baru Pantai Bersih Butterworth Pulau Pinang pada tahun 1997 dan memperoleh kedudukan ke-6 pada kejohanan terbabit.


Buda setelah itu memperoleh kedudukan Johan bagi Kejohanan Mr TUDM Tertutup di TUDM Kuala Lumpur dan seterusnya Johan bagi Kejohanan Mr Angkatan Tentera Malaysia, TUDM Kuala Lumpur bagi tahun yang sama.


“Penampilan peringkat kebangsaan saya yang pertama ialah ketika memperoleh kedudukan tempat ke-3 menerusi Kejohanan Mr Malaysia di Selangor pada tahun 2004 bagi kategori Flyweight 55 hingga 60 kilogram.


“Saya kemudiannya mencuba nasib dalam peringkat antarabangsa dengan mewakili negara pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand dan muncul pemenang tempat ke-5 bagi Kategori Light Weight 70 kilogram,” katanya.


Bekas Johan Keseluruhan Mr Malaysia 2008 ini mahu berazam untuk mencapai kedudukan lebih baik dalam kejohanan bina badan peringkat antarabangsa pada masa akan datang tanpa mengenal erti putus asa selepas ini.


“Dadah adalah perosak masyarakat. Justeru nasihat saya kepada semua para belia khususnya di Sri Aman untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi najis dadah selepas ini,” katanya.


Buda yang kini sudah berkahwin pernah muncul johan dalam banyak sukan bina badan peringkat kebangsaan terutamanya bagi Mr Malaysia sebelum ini.


Tamat.


No comments:

Post a Comment