Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2010

Bijak gunakan MRP - Harden


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama penerima cek MRP di sini kelmarin.


pix by Patrick Michael


SRI AMAN, Isnin (4 Jan) – Penerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dinasihat agar lebih bijak untuk menggunakan sumbangan wang kerajaan terbabit selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.


Ini kerana MRP menurut beliau merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu penduduk mempertingkatkan taraf hidup masing-masing menerusi penubuhan persatuan, kelab, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam negeri ini.


“Setiap wakil rakyat diperuntukan oleh kerajaan sekian jumlah MRP pada setiap tahun dan ia kemudiannya diagihkan kepada persatuan atau NGO dalam kawasan masing-masing.


“Peruntukan MRP juga mempunyai hadnya. Justeru pihak yang menerima MRP terbabit perlu sedar bahawa peruntukan yang mereka terima mempunyai erti yang cukup besar dan harus digunakan secara bijak selepas itu,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek MRP bertempat di Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang kelmarin.


Selain itu Harden juga mahu sumbangan MRP itu dapat menyumbang kepada impak yang cukup besar dalam pembangunan hidup penduduk di kawasan masing-masing selepas ini.


“Pihak JKKK misalannya mungkin boleh menggunakan peruntukan MRP ini untuk tujuan peningkatan mutu akademik dikalangan anak muda dalam kawasan kampung atau penempatan masing-masing.


“Sayugia diingatkan bahawa kerajaan amat memerlukan golongan cerdik pandai untuk kesinambungan pembangunan negara di masa akan datang dan JKKK digalakkan berbuat demikian demi tujuan itu,”menurut beliau.


Hadir sama ialah Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Baijuri Haji Adom, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Kaunselor Jimmy Chong, Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Simanggang, Kii King Hang, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Simanggang, Ling Siew Hung dan para ketua kaum dalam bandar ini.


Harden menerusi majlis itu telah menyampaikan cek MRP yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM61,000 kepada enam buah sekolah, sebuah gereja, dua buah persatuan dan sembilan buah JKKK dari kawasan DUN N.27 Simanggang.


Tamat.

No comments:

Post a Comment