Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2010

Air Terjun Wong Pupo bakal gamit pengunjung




Caption:



1.INDAH...Pusat rekreasi Air Terjun Wong Pupo bakal menarik kedatangan ramai pengunjung sekiranya ia dipromosi terhadap penduduk selepas ini.



2.TANGGUNGJAWAB BERSAMA...Kelihatan para penduduk sedang memastikan kebersihan kawasan Pusat rekreasi Air Terjun Wong Pupo ketika ditemui kelmarin.



SRI AMAN, Rabu (13 Jan) – Kewujudan Air Terjun Wong Pupo yang terdapat di kawasan Batu Lintang dilihat mampu menjadi lokasi pelancongan dan pusat rekreasi popular di kawasan Sri Aman selepas ini.



Ini kerana pusat rekreasi Air Terjun Wong Pupo menawarkan keindahan alam semulajadinya kepada setiap para pengunjung yang mahu melaksanakan aktiviti riadah masing-masing di situ sepanjang masa.



“Orang ramai perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda sekiranya mahu berkunjung ke Air Terjun Wong Pupo yang terletak hanya sejauh 35 Kilometer dari pusat bandar Sri Aman.



“Pusat Rekreasi ini ini telah dijaga sepenuhnya oleh beberapa buah rumah panjang di kawasan Batu Lintang termasuklah penduduk dari kawasan Rumah Panjang Titikah, Batu Lintang,” menurut seorang penjaga Air Terjun Wong Pupo ketika ditemui kelmarin.



Menurut beliau tempat rekreasi ini akan menerima pengunjung yang ramai semasa waktu cuti hujung minggu berbanding pada hari biasa yang mana lokasi terbabit akan menerima jumlah bilangan pengunjung yang kurang untuk beriadah di situ.



"Kami percaya bahawa pusat rekreasi ini nanti akan mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai sekiranya ia dipromosi terhadap penduduk dari luar kawasan Batu Lintang ini.



“Jika penduduk hanya mengenali Pusat Rekreasi Sungai Raya maka mereka juga bakal mengenali pusat rekreasi Air Terjun Wong Pupo pada masa akan datang," kata penduduk itu lagi.



Justeru beliau berharap agar para pengunjung yang berkunjung ke pusat rekreasi Air Terjun Wong Pupo ini menjaga kebersihan persekitaran pusat rekreasi terbabit serta mengekalkan keindahannya sepanjang masa.

Tamat.



No comments:

Post a Comment