Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2010

36 pasukan berentap dalam Futsal Hajah Rohani 15 - 17Januari

- 16 Jan


Sejumlah 33 buah lelaki dan tiga buah pasukan wanita berentap dalam Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman bermula malam tadi hingga hari Ahad kelak.

Kesemua 33 buah pasukan lelaki yang berentap dalam kejohanan futsal Piala YB Rohani Karim ini dibahagikan kepada lapan buah kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C, D, E, F, G dan H.

Kumpulan A menyaksikan pasukan 95900, Warisan Pemuda Kampung Hulu A, FEDK A, D’Team dan Adios FC bersaing untuk merebut kedudukan juara dan naib juara kumpulan manakala pasukan FEDK B, Pemuda PBB, Kementah dan Khusyaimi FC pula berentap dalam saingan Kumpulan B.

Bagi Kumpulan C, pasukan MXO Team, Master Evolution, C.F.C A dan Zaimie 2010 berentap untuk merebut kedudukan juara dan naib juara bagi kumpulan tersebut manakala pasukan Warisan Pemuda Kampung Hulu B, Srijaya Utd, Tore !!! FC dan Twenty’s pula berentap dalam saingan Kumpulan D.

Pasukan Transformer FC, Taqraw Team Team, JRASS dan Sokanjaya akan berentap dalam saingan Kumpulan E manakala pasukan G.O.F FC. Assailant Utd, Vaporiser dan TGB United pula merebut kedudukan juara dan naib juara Kumpulan F>

Saingan Kumpulan G bakal menyaksikan perlawanan sengit diantara pasukan Landas, PJ Zone, C.F.C B dan Team Aessenac begitu bagi pasukan Mospeda, D.D FC, Medical dan Galaticos Team yang berentap dalam saingan Kumpulan H.

Bagaimanapun hanya tiga buah pasukan wanita sahaja yang bakal berentap dalam saingan Kumpulan X pada hari Ahad ini iaitu pasukan 1 3.9.C, L.A.F.A United dan A.J.A.D.

Upacara sepak mula bagi kejohanan terbabit telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri manakala majlis penutupannya pada hari Ahad ini pula akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim.

Sejumlah 18 buah pasukan berentap dalam saingan yang bermula malam tadi antaranya ialah pasukan 95900, Warisan Pemuda Kampung Hulu A, FEDK A, D Team, FEDK B, Pemuda PBB, Kementah, Khusyaimi FC, MXO Team, Master Evolution, CFC A dan Zaimie 2010.

Perlawanan pertama bagi kejohanan ini menyaksikan pasukan 95900 tewas ditangan Warisan Pemuda PBB Kampung Hulu A menerusi jaringan gol 3 –1 manakala pasukan D Team pula membelasah pasukan FEDK A dengan jaringan 7 – 0.

Tamat.

No comments:

Post a Comment