Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 December, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 kepada semua rakan-rakan dan pelayar blog yang sering melayar sriamannews.blogspot.com

Anak penulis nak masuk pra sekolah. So 4 hb kita jumpa balik. Hahaha.

Arios. Tahniah kepada skuad Malaysia kerana muncul pemenang Piala Suzuki AFF 2010

Edwin Raoh seronok sambut Krismas


MASIH MERIAH...Wartawan sebuah akhbar tempatan, Edwin Raoh (belakang tengah) kelihatan gembira meraikan sambutan perayaan Krismas 2010 bersama sanak-saudara bertempat di kediaman mendiang Datuk Dublin Unting anak Ingkot, Rumah Jubang, Sebangkie Panjai, Lubok Antu baru-baru ini. Edwin, 40, merupakan individu yang cukup berpengalaman dalam bidang kewartawanan yang diceburi olehnya pada tahun 1990-an dahulu. Kesibukan bekerja sebagai wartawan tidak menghalang beliau untuk meraikan Krismas bersama isteri, Runti Ason (kiri) dan empat orang anak di Sebangki Panjai, Lubok Antu.

Jangan biar tanah NCR gagal disukat kerana pembangkang, Harden


Caption: TERIMA KASIH...Harden (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Empaga (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


SRI AMAN, Khamis (30 Dis) – Jangan biar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) gagal disukat oleh kerajaan disebabkan oleh tindakan penduduk yang mempercayai hasutan pihak pembangkang berhubung perkara berkenaan selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata isu tanah NCR sebenarnya telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan dengan adanya peruntukan bernilai RM20 juta dan tambahan sebanyak RM60 juta lagi bagi tujuan itu oleh kerajaan sebelum ini.

“Pihak pembangkang tidak berhenti mencari modal bagi menimbulkan pelbagai isu termasuk tanah NCR bagi melemahkan sokongan penduduk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Lagipun kerajaan BN telah menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan isu ini dengan memulakan kerja menyukat tanah mereka. Justeru saya berharap agar tanah NCR tidak lagi dijadikan sebagai isu oleh mereka selepas ini,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Sivik di Rumah Empaga, San Demam, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu pertelingkahan berterusan dikalangan penduduk berhubung sempadan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik masing-masing hanya akan melambatkan kerja menyukat tanah mereka oleh kerajaan selepas ini.

“Hentikan pertelingkahan berhubung perkara tersebut mulai sekarang dan beri kerjasama terhadap JTS dalam kerja menyukat tanah milik mereka di masa akan datang,” katanya lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachrio Feroiansyah Abdillah, Peguasa JTS Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, Chief Inspektor Nizam Bujang, wakil jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

Luar bandar perlu BN



Caption: TAHNIAH...Saleman (kanan) ketika menyampaikan hamper kepada penerima (tengah) sambil disaksikan oleh Sarip pada majlis itu.


BETONG, Khamis (30 Dis) – Pembangunan pesat Sarawak khasnya dalam kawasan luar bandar hanya dapat dicapai sekiranya rakyat terus menyokong padu kerajaan Barisan Nasional (BN) dari masa ke semasa.

Wakil Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Saleman bin Senin berkata demikian ketika ditemui pada Program Gotong-Royong di Kampung Passa Betong anjuran Jabatan Penerangan Daerah Betong dengan kerjasama Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong baru-baru ini.

Katanya kerajaan BN mempunyai prestasi cemerlang dalam menaiktaraf hidup rakyat di negeri ini dan ia mampu dicapai dengan adanya peruntukan besar dari pihak kerajaan pusat untuk tujuan pembangunan.

“Kejayaan BN terletak di tangan rakyat yang menyokong mereka. Semakin kuat rakyat menyokong BN maka semakin unggul projek pembangunan yang kerajaan laksanakan untuk mereka selepas itu,” menurut beliau.

Selain itu Saleman juga menasihatkan rakyat Kampung Melayu Betong untuk terus bermuafakat sekiranya mahu menikmati faedah pembangunan secara berterusan daripada kerajaan BN selepas ini.

Terdahulu seramai 60 orang penduduk kampung yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, pemuda dan warga tua di kampung tersebut telah turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Selain aktiviti gotong-royong tersebut, pihaknya juga merancang untuk membersihkan kawasan perkuburan Islam Belaki, Kampung Melayu Betong pada 1 Januari tahun hadapan.

Hadir sama ialah Penyelaras Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Sarip Liam dan Ketua Kampung Melayu Passa, Abu Samad bin Latip.

Tamat...

Sri Aman bukan lagi bandar tidur - Harden


Caption: MESRA...Harden (tiga kanan) sedang bermesra dengan tetamu jemputan khas ketika berlangsungnya program berkenaan di sini malam tadi.


SRI AMAN, Rabu (29 Dis) – Gelaran ‘Bandar Tidur’ tidak harus diberikan terhadap Bandar Sri Aman selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya bukti paling nyata berhubung perkara terbabit ialah apabila timbulnya dakwaan daripada pihak pembangkang tentang masalah kesesakan parkir kenderaan dalam Bandar Sri Aman semenjak kebelakangan ini.

“Dari sudut negatif mereka melihat bahawa masalah parkir kenderaan adalah cukup teruk walaupun isu terbabit telah menjadi perhatian kerajaan sebelum itu dengan merancang pembinaan tempat parkir baru di kawasan Bandar Baru Sri Aman selepas ini.

“Namun mereka gagal melihat dari sudut positif berhubung perkara tersebut iaitu kesesakan berlaku kerana status ekonomi penduduk Sri Aman telah meningkat dengan kemampuan mereka untuk membeli kenderaan masing-masing semenjak tempoh 10 tahun ini,” katanya.

Ia tambah beliau lagi tidak termasuk pembinaan Taman Panorama Benak, Taman Tebingan Sungai Batang Lupar, penyediaan Kompleks Jabatan Bomba dan Penyelamat serta banyak lagi.

Selain itu Harden juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan mana-mana pihak berhubung sesuatu isu dengan memberi mereka jawapan bagi menyelesaikan masalah berkenaan menerusi hati yang terbuka.

“Jangan menilai sesuatu kelemahan itu dengan berat sebelah. Jika berasa keliru, anda boleh bertindak menemui saya untuk tujuan penjelasan lanjut termasuk punca berlakunya isu dan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Terdahulu Harden telah merasmikan pada Program Info Bestari dan Majlis Dialog yang membabitkan ketua kaum di sini bertempat di Restoran Tandang Sari, Sri Aman malam tadi.

Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, Pegawai Jabatan Kesihatan Sri Aman, Dr Murnihayati Ali, wakil Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

Jangan belakangkan peranan JTS berhubung perkara NCR


Caption: SUDAH TERIMA...Wahab (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan khas dan penerima pampasan pada majlis itu.

Abang Hipnie,

JTS Betong

SRI AMAN, Rabu (29 Dis) - Ketua kaum di Saratok dinasihat supaya tidak membelakangkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dalam segala hal yang berkaitan dengan pengiktirafan status tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Haji Abdul Wahab bin Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah di Saratok menerusi siaran berita yang dihantar kepada mail penulis oleh JTS Betong kelmarin.

Katanya kerja pengiktirafan status tanah NCR oleh ketua kaum perlu membabitkan pihak JTS agar kerja terbabit dapat melalui proses undang-undang yang sah oleh kerajaan selepas itu.

“Lagipun saya juga ingin menasihatkan penduduk agar tidak menerima fahaman kotor daripada pihak pakatan pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) merampas tanah mereka sebelum ini.

“Setiap tanah milik penduduk yang kerajaan guna bagi tujuan pembangunan sentiasa dibayar dalam bentuk pampasan. Justeru dakwaan pihak terbabit perlu ditolak lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri ini nanti,” katanya.

Terdahulu Wahab telah menyempurnakan upacara penyampaian pampasan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM559,698.40 kepada 151 orang penerima bagi lima buah projek di Kabong pada majlis berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Penguasa Tanah dan Survei, Barau anak Gelayan, Pegawai Daerah Saratok, Julaihi bin Kadir, para ketua jabatan, ketua kaum dan penerima pampasan di sini.

Tamat

Jangan dengar fitnah daripada pihak negeri maju - Saini

SRI AMAN, Rabu (29 Dis) – Fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) oleh golongan berhaluan kiri dari negeri yang sudah maju dalam Malaysia tidak harus diterima pakai oleh penduduk dalam negeri Sarawak khasnya dari Sri Aman selepas ini.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini bin Bojeng berkata demikian ketika berucap pada Program Info Bestari dan Majlis Dialog bertempat di Restoran Tandang Sari, Sri Aman malam tadi.

Katanya penduduk Sarawak masih ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri maju yang sudah terlebih dahulu mengecapi kemerdekaan sebelum ini dan masih memerlukan BN bagi tujuan kemajuan hidup dari masa ke semasa.

“Misalannya mereka mendakwa bahawa projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) nyata yang tidak menguntungkan penduduk negeri kita pada masa sekarang.

“Dakwaan ini salah kerana SCORE sebenarnya masih dalam proses pembinaan. Ia akan memberi keuntungan pada jangka masa panjang dari segi peluang pekerjaan dan bukannya seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya.

Bagaimanapun kata Saini lazimnya memang sudah menjadi kelemahan sikap ‘orang kita’ yang gemar mempercayai dakwaan pihak berhaluan kiri tanpa memeriksa kesahihan fitnah berkenaan terlebih dahulu.

Justeru sikap seperti itu kata beliau perlu dikikis oleh ‘orang kita’ sekiranya mereka mahu menikmati kemajuan hidup yang lebih bermakna hasil sumbangan BN pada masa akan datang.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis. Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, wakil Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

28 December, 2010

Ketua kaum perlu ambil peluang under inisiatif baru NCR


Caption: MANFAATKAN...Harden (kiri) menyampaikan cek MRP kepada seorang penerima (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

Original pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Selasa (28 Dis) – Ketua Kaum dinasihat untuk mengambil peluang di bawah perlaksanaan Pelan Inisatif Terbaru Projek Penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) selepas ini.

Justeru Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mahu Ketua Kauam untuk lebih kerap menghadiri taklimat yang diadakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) berhubung usaha berkenaan selepas ini.

“Saya menyeru semua Ketua Kaum seperti Tuai Rumah, Penghulu dan Kanselor untuk lebih memahami perlaksanaan Pelan Inisatif Terbaru Projek Penyukatan Tanah NCR demi kebaikan diri masing-masing.

“Tindakan ini penting agar tanah NCR tidak lagi dijadikan sebagai isu oleh pihak tertentu lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Projek Kecil Luar Bandar (NCR) anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah Bahagian Sri Aman di Taman Paderi, Sri Aman, kelmarin.

Selain itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang memberihu kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk memelihara tanah NCR milik rakyat dengan adanya peruntukan tambahan bernilai RM60 juta untuk tujuan terbabit sebelum ini.

Dengan adanya peruntukan tambahan berkenaan kerja penyukatan tanah NCR kali ini kata Harden akan dapat dilaksana dengan penuh lancar serta menyeluruh dengan adanya kos keseluruhan mencatat nilai RM80 juta.

Terdahulu Harden pada majlis berkenaan telah menyampaikan cek MRP yang mencatat nilai keseluruhan berjumlah RM70,000 kepada 19 buah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan persatuan di Sri Aman.

Tamat.

Tuai Rumah perlu bersikap adil kalau mahu penduduk respect - Rayong


Caption: BAJU BARU...Rayong (kanan) sambil disaksikan oleh Nyalau (kiri) menyampaikan pakaian rasmi Persatuan Tuai Rumah Engkilili kepada Edward(tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.


ENGKILILI, Selasa (28 Dis) – Tuai Rumah harus berlaku adil ketika menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dikalangan penghuni rumah panjang masing-masing dari masa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Hari Krismas 1Malaysia Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili hari ini.

Katanya Tuai Rumah yang bersifat adil dalam menyelesaikan kes terbabit akan menyebabkan anak-anak buahnya lebih menghormati beliau sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan selepas itu.

“Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa akan ada penghuni rumah panjang yang tidak akan bertegur sesama sendiri disebabkan oleh isu salah faham di antara satu sama yang lain sebelumnya.

“Dari sini pihak Tuai Rumah harus mula memainkan peranan. Tuai Rumah perlu bertindak untuk mengikis gejala berkenaan dari terus melunar dikalangan penghuni rumah panjang di masa akan datang,” katanya.

Rayong turut menambah bahawa kecekapan Tuai Rumah dalam menguruskan isu berkenaan akan mempercepatkan lagi proses kemajuan rumah panjang masing-masing dari masa ke semasa.

“Kepimpinan Tuai Rumah yang adil dan utuh akan dapat menyatu-padukan seluruh penghuni rumah panjang. Dari sini kerajaan tidak akan menghadapi masalah untuk menyalurkan pelbagai jenis program pembangunan terhadap mereka,” katanya.

Terdahulu Rayong mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili.

Seramai 138 Tuai Rumah dari kawasan Engkilili hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pemanca Samuel Lawen, Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, Kanselor Roy Edward Entalai.

Tamat

Tolong kemaskini profile Kampung - NYalau


Caption: PENGHARGAAN...Entalai (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Nyalau (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


ENGKILILI, Selasa (28 Dis) – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dalam daerah ini dinasihat untuk menghasilkan profil mengenai latar belakang dan lain-lain maklumat mengenai penempatan mereka selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata profil kampung amat penting demi memudahkan lagi urusan hal ehwal pembangunan di antara JKKK dan jabatan kerajaan di sesebuah kawasan penempatan kampung atau rumah panjang itu.

“JKKK harus menyediakan profail kampung yang merangkumi data seperti latar belakang kampung, jumlah penduduk, jenis sumber pendapatan, maklumat tahap pendidikan penghuni kampung dan banyak lagi.

“Dengan adanya profail ini, kerajaan menerusi jabatan mereka secara tidak langsung akan dapat merancang jenis program pembangunan yang boleh dilaksanakan demi kebaikan penduduk bagi sesebuah kampung atau rumah panjang itu sendiri,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Hari Krismas 1Malaysia Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili hari ini.

Selain itu Nyalau juga mahu kesemua JKKK dalam kawasan daerah ini untuk sentiasa mengemaskini profail kampung masing-masing bagi setiap tahun demi memudahkan urusan mereka dengan kerajaan pada masa akan datang.

Justeru langkah ini kata beliau akan membolehkan rumah panjang atau kampung di daerah ini membangun secara sistematik dan teratur menerusi projek pembangunan yang akan dilaksana oleh kerajaan sepanjang masa.

Terdahulu Nyalau mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili dan tajaan bernilai RM2,000 untuk penghasilan pakaian rasmi baru persatuan berkenaan.

Seramai 138 Tuai Rumah dari kawasan Engkilili hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Johnnical Rayong anak Ngipa, Pemanca Samuel Lawen, Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, Kanselor Roy Edward Entalai.

Tamat.

Program Gotong Royong Kampung Melayu erat perpaduan



Caption: KERJASAMA...Sarip (berdiri empat kiri) dan Saleman (kiri sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama penduduk pada program terbabit.

Saleman Senin

BETONG, Selasa (28 Dis) – Jabatan Penerangan Daerah Betong dengan kerjasama Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong telah menganjurkan Program Gotong-Royong di Kampung Passa Betong baru-baru ini.

Penyelaras Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Sarip Liam berkata program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk kampung serta memberi kesedaran dan perubahan dalam pembangunan komuniti.

“Pihak kerajaan menerusi program ini mahu menggerak serta menyampaikan maklumat berhubung dasar kerajaan dalam membangunkan komuniti kampung.

“Lagipun pihak kita menerusi program berkenaan juga mahu memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan penduduk bagi memupuk keserasian yang padu dalam sesebuah kampung,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Justeru Sarip yang juga pernah memangku jawatan Pegawai Penerangan Daerah Betong sebelum ini berharap agar program berkenaan dapat memupuk hubungan kerjasama dikalangan penduduk pada masa akan datang.

Terdahulu seramai 60 orang penduduk kampung yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, pemuda dan warga tua di kampung tersebut telah turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Selain aktiviti gotong-royong tersebut, pihaknya juga merancang untuk membersihkan kawasan perkuburan Islam Belaki, Kampung Melayu Betong pada 1 Januari tahun hadapan.

Penganjur turut menyediakan hamper untuk cabutan bertuah pada akhir program tersebut. Jamuan turut disediakan sebagai membalas usaha penduduk kampung yang terlibat dalam program tersebut.

Hadir sama ialah Ketua Kampung Melayu Passa, Abu Samad bin Latip, wakil Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Saleman bin Senin.

Tamat.

23 December, 2010

Selamat bercuti rakan-rakan

Sri Aman News dengan bangganya mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2011 kepada semua rakan blog dan pembaca di sini.

Penulis mahu bercuti. Kita jumpa lagi 28 Disember ya bosssss

Ariyosss

Jaga alam sekitar sungai - Uggah


Caption: RASMI...Uggah (tengah) sambil dibantu oleh anggota bomba ketika melakukan semburan air menerus paip bomba sebagai simbolik perasmian majlis.

BETONG, Jumaat (24 Dis) – Kebersihan kawasan sungai hanya dapat dikekalkan sekiranya rakyat berhenti membuang sampah secara berleluasa di situ mulai sekarang demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Uggah anak Embas.

Katanya tabiat membuang sampah secara berleluasa ke dalam sungai hanya menimbulkan isu pencemaran alam sekitar sehingga boleh mengancam sumber air dan makanan penduduk selepas itu.

“Pencemaran alam sekitar dari kawasan sungai hanya boleh dibendung sekiranya penduduk membuang sampah ke dalam tapak yang dibina oleh mereka di di penempatan masing-masing.

“Langkah ini penting kerana sungai juga merupakan sumber air, makanan serta rezeki penduduk. Justeru saya berharap agar penduduk serius menjaga alam sekitar sungai mulai sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Kesedaran Alam Sekitar di Kampung Spaoh, Betong kelmarin.

Selain itu kata Uggah pihak kementerian beliau juga sudah menumbuhkan sejumlah 220 buah Ahli Jawatankuasa Alam Sekitar (AJK) di seluruh negara Malaysia hingga ke masa sekarang.

“Kerajaan juga akan mengalakkan penduduk untuk mengitar semula bahan buang supaya ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Uggah pada majlis itu telah mengumumkan sumbangan bernilai RM1,000 kepada semua kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban bagi menyokong usaha pembersihan kampung masing-masing.

Terdahulu program yang berlangsung selama dua hari di Kampung Spaoh itu telah diselitkan dengan majlis gotong-royong, ceramah kesedaran alam sekitar, pameran alam sekitar dan kempen membeli balik barangan kitar semula.

Tamat.

SMK Saratok ranking 1 peratus kelulusan penuh PMR 2010 Betong


Laporan oleh Saleman Senin,

PPD Betong

BETONG, Jumaat (24 Dis) - Seramai 42 orang pelajar dari 12 buah sekolah menengah di Bahagian Betong mendapat gred A bagi kesemua matapelajaran dalam ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 sepertimana yang diumumkan kelmarin.

Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong ketika dihubungi memberitahu seramai 1,232 dari 2,254 orang calon dari sekolah menengah kawasan Betong yang menduduki PMR 2010 mendapat peratus kelulusan dalam semua matapelajaran yang diambil.

“Peratus kelulusan penuh PMR 2010 bagi Bahagian Betong ialah 54.66 peratus iaitu peningkatan sebanyak 4.19 peratus berbanding dengan keputusan PMR bagi tahun 2009,” katanya.

SMK Saratok menurut beliau masih mengekalkan keputusan peratusan lulus penuh 67.01 peratus dengan tiga orang calonnya memperoleh gred A dalam semua matapelajaran sambil diikuti oleh SMK Datuk Patinggi Kedit Betong yang mendapat sejumlah 62.79 peratus dengan empat orang calon mendapat semua A.

Manakala itu SMK Saint Augustine mencatat sejumlah 59.73 peratus kelulusan penuh dengan lapan orang calonnya memperoleh gred A dalam semua matapelajaran; sekaligus merupakan sekolah yang paling ramai calon memperoleh gred A bagi semua matapelajaran untuk PMR 2010 di Betong.

“Pencapaian memberangsangkan yang diperolehi semua sekolah menengah dalam bahagian Betong pada PMR tahun ini mampu ditingkatkan dengan pelbagai program yang bakal dibawa oleh Pegawai Pelajaran Daerah Betong yang baru iaitu Samsudin bin Drahman.

“Kita berharap agar program yang dirancang kelak mampu memberi kedudukan yang selesa dan membanggakan bagi memberi ruang yang terbaik untuk pendidikan di Betong amnya dan negeri Sarawak khasnya,” menurut beliau.

Samsudin yang mula memegang jawatan sebagai PPD Betong bermula pada 25 Oktober lalu telah merancang berbagai program sebagai usaha melonjakkan pendidikan di Bahagian Betong dengan harapan untuk menjadikan PPD Betong sebagai sebuah institusi yang disegani pada suatu masa kelak.

Tamat.

SMK Simanggang cemerlang PMR 2010



Caption:

1.TAHNIAH! Pengetua SMK Simanggang, Ibrahim Jamain (tengah) bersama Engkamat (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pelajar cemerlang PMR 2010 di sini hari ini.

2. ANTARA pelajar SMK Sri Aman yang memperoleh keputusan cemerlang PMR


SRI AMAN, Khamis (23 Dis) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang mencatat keputusan membanggakan bagi ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang diumumkan secara serentak di seluruh negara pada hari ini.

Penolong Kanan 1 SMK Simanggang, Engkamat Slapok ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini memberitahu sekolah berkenaan telah mencatatkan hasil Gred Purata Sekolah (GPS) yang amat membanggakan iaitu 2.90 bagi PMR 2010 berbanding 2.97 (PMR 2009), 2.95 (PMR 2008) dan 3.09 (PMR 2006).

“Berita baiknya di sini ialah SMK Simanggang juga turut mencatatkan peningkatan dari segi perolehan jumlah pelajar yang mendapat gred A bagi semua matapelajaran PMR tahun ini iaitu 14 orang (8A dan 7A) berbanding lapan orang bagi PMR tahun 2009.

“Mereka adalah Tristian Low, Dayang Siti Amira, Jee Yap Siang, Jong Chien Boon, Ken Wong Sioang Hou, Lee Shu Ching, Mandy Kii, Mohamad Daniel Syahiran, Noor Syafawani Borhan, Christy Wong, Tay Guan Hau, Siti Noorulfarazrina Daud, Ennelia Johnek dan Beatrice Christine Dickie,” menurut beliau.

Engkamat turut menambah bahawa peratus kelulusan PMR 2010 bagi SMK Simanggang juga turut meningkat iaitu 70.28 peratus berbanding 66.22 peratus bagi PMR 2009, 68.56 peratus bagi PMR 2008 dan 56.57 peratus bagi PMR 2007.

Sementara itu SMK Saint Luke mencatatkan penurunan dari segi GPS bagi keputusan ujian PMR 2010 iaitu 3.12 berbanding dengan 2.92 bagi keputusan ujian PMR tahun lepas.

Walaupun turut mencatat penurunan dari segi peratus kelulusan penuh iaitu 56.96 peratus berbanding 67.39 peratus bagi keputusan PMR 2009 namun SMK Saint Luke berupaya mencatat sejumlah lapan orang pelajar yang memperoleh keputusan 8A, 7A dan 7A 1B bagi keputusan kali ini.

Mereka adalah Adian Weigen Goh, Andrian Jilan anak Reki, Fira anak Selimin, Gordon Bedali anak Jimbun, Lai Chui Kit, Pui Hock Ling, Tay Joon Hui dan Wizilla Janti anak Joshua.

Tamat.

Skim Kawalan Harga sempena Krismas dilancar



Caption: SERIUS...Wan Roslan (dua kanan) ketika bersama kakitangannya memeriksa perlaksanaan SKH di Pasar Tamu Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Khamis (23 Dis) – Skim Kawalan Harga (SKH) sempena musim Perayaan Hari Krismas 2010 secara rasminya telah berkuatkuasa di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu mulai hari ini (23 Disember) hingga 27 Disember kelak.

Justeru Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Johari menasihatkan para peniaga untuk mematuhi peraturan yang terkandung di dalam SKH ini demi mengelakkan tindakan undang-undang dalam tempoh terbabit.

“PPDNKK Bahagian Sri Aman telah mengumumkan sejumlah 14 jenis barangan terkawal mengikut harga maksimum (syiling) runcit menerusi SKH sempena perayaan Krismas ini.

“14 barangan kawalan ini ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, paha daging kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato dan cili benggala hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Sarawak ketika melancarkan kempen Skim Kawalan Harga di Bandar Sri Aman dengan kerjasama Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan Pejabat Kesihatan Sri Aman pada pagi hari ini.

Selain itu katanya Individu yang didapati bersalah boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara di bawah Akta Kawalan Harga 1946 atau boleh dikompaun sehingga RM7,500 manakala pertubuhan perbadanan jika bersalah boleh didenda maksimum sebanyak RM25,000 atau dikompaun sehingga RM12,500.

“Justeru peniaga perlu mematuhi undang-undang yang mewajibkan mereka untuk menjual barang harga terkawal tidak melebihi harga maksimum dan perletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barang harga terkawal terbabit,” katanya.

Selain itu Roslan juga menasihat penduduk Sri Aman terutama sekali mereka yang bakal menyambut perayaan Hari Krismas pada tahun ini agar berjimat cermat ketika membeli barangan keperluan untuk tujuan sambutan perayaan berkenaan kelak.

Terdahulu Roslan bersama 14 orang pegawai dari PPDNKK Sri Aman, pegawai pemantau harga Majlis harga Barang Negara, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dan MDSA telah memulakan kempen berkenaan di Pasar Tamu Sri Aman serta beberapa buah premis perniagaan yang lain pada jam 9.30 pagi hari ini.

Tamat.

Haji Awang Sahpri juara Qari Tilawah Al-Quran Zon Sri Aman 2010




Caption: TAHNIAH...Rahman (kiri) menyampaikan hadiah kepada Sahpri (kanan) sambil disaksikan oleh tetamu jemputan khas pada majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (23 Dis) – Haji Awang Sahpri bin Awang Halil muncul johan bagi Kategori Qari, Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman (Zon Sri Aman) 1432H / 2010M yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir baru-baru ini.

Sahpri muncul juara setelah berjaya saingan daripada tujuh orang peserta lelaki yang turut berentap untuk merebut kedudukan johan bagi kategori Qari dalam Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman berkenaan.

Kedudukan naib johan Kategori Qari bagi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman ini pula dimenangi oleh Matzrol bin Rapaie sambil diikuti oleh Haji Ahmad Alwi bin Kipli yang menduduki tempat ke-3 dalam kategori itu.

Empat orang peserta Kategori Qari yang mendapat kedudukan tempat ke-4 hingga ke-7 dalam Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman ini ialah Abang Razali bin Abang Ramli, Shafiee Anie, Salleh bin Taha dan Wan Habib bin Wan Sait.

Sementara itu Jaleha binti Solfie telah dinobatkan sebagai johan Kategori Qariah bagi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman sambil diikuti oleh Kuraisyah Beevi binti Aziz yang menduduki kedudukan naib johan dalam kategori itu.

Lenona Fatimah binti Haji Mohd Shabelie dan Sabariah binti Samsuri pula masing-masing dinobatkan pemenang tempat ke-3 dan ke-4 bagi Kategori Qariah dalam pertandingan itu.

Majlis berkenaan juga turut diserikan dengan Pertandingan Nasyid yang menyaksikan Kumpulan Takzirah dari Kampung Hilir Sri Aman muncul juara sambil diikuti oleh Kumpulan Rawiyani dari JAN Sri Aman yang muncul sebagai pemenang tempat kedua.

Terdahulu maljlis perasmian Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman 1432H / 2010M dan Pertandingan Nasyid serta penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim dan Penghulu Haji Salleh bin Mohammad.

Tamat.

Azam rakyat luar bandar tahun 2011




Mugshot:

1. MARY ANIS...Pacu pembangunan

2. MEI BIONG...Keamanan

3. BELLY MABONG...Kekal harga getah

SRI AMAN, Khamis (23 Dis) – Rakyat dari seluruh pelosok kawasan dunia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2010 sebaik sahaja jam melimpasi waktu 12 tengah malam pada 31 Disember ini nanti.

Sudah tentunya tahun 2010 mengundang pelbagai memori dalam hidup setiap rakyat dan mahu ia diperbaharui semula dengan azam-azam baru selepas bermulanya era tahun 2011 kelak.

Untuk itu Utusan Sarawak telah melakukan tinjauan dikalangan rakyat yang menetap di kawasan luar bandar bagi mengetahui azam baru hidup masing-masing dalam era tahun 2011 ini nanti.

Belly Mabong, 27, dari Kampung Kesindu, Simunjan berharap agar tahun 2011 kelak membawa rahmat hidup rakyat luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian komersial selama ini.

“Getah dan lada adalah punca rezeki utama bagi majoriti rakyat di kawasan luar bandar. Justeru saya berharap agar harga komiditi getah dan lada terus kekal tinggi seperti yang kita kecapi pada masa sekarang,” katanya.

Mary anak Anis, 53, dari Kampung Selantik Ili, Pantu pula berharap agar kerajaan mempercepatkan usaha pembangunan di kawasan luar bandar demi kebaikan hidup rakyat bagi tahun 2011.

Kawasan Pantu katanya masih berharap agar kerajaan terus mempercepatkan kerja penyediaan bekalan elektrik luar bandar, naiktaraf jalan raya, kemudahan bekalan air bersih dan sebagainya.

Manakala itu Mei anak Biong, 27, dari Punggu, Lachau pula berhasrat untuk melihat Malaysia khasnya sekali negeri Sarawak terus menikmati keamanan yang berterusan sepanjang tahun 2011 nanti.

“Saya bangga menjadi orang Sarawak. Ini kerana Sarawak mempunyai barisan pemimpin yang cekap mentadbir hidup rakyat berbilang kaum di sini tanpa adanya sebarang rusuhan kaum semenjak dari tahun 1963 dahulu.

“Justeru saya berharap agar tahun 2011 terus memberi rahmat kepada negeri Sarawak. Keamanan dan kestabilan politik yang kita nikmati sekarang akan membolehkan ekonomi negeri terus meningkat maju di masa akan datang,” menurut beliau.

Tamat.

22 December, 2010

Part 4 - Sekitar Kempen Cegah Jenayah IPD Sri Aman 20 Disember

Anjing German Shepard : "Woff ! wooff!! Gigit u telur! Woff!"
Pelakon jenayah : "Ini lakonan demo saja. Jangan gigit la,"
Tuan anjing : "saya tidak ajar u gigit telur. saya ajar u gigit kepala saja,"
Polis : "aku berlakon tangkap. Semua org tengok aku. Hehehe naik aku saham,"

Anjing German Shepard : "Wofff..rrrr..Ngap!!"
Pelakon jenayah : "Adoi!! woi aku suruh gigit burit, u gigit aku tangan,"
Tuan anjing : "Bodoh! Gigit dia kepala aku bilang,"
Penonton 1: "aku ada anjing betina. Boleh kasi kawin sama saya anjing ka?"
Penonton 2 : "Itu anjing, Jerman mari. U anjing Iban, mana boleh kawin,"
Penonton 3 : "Bodo la u. sperm sama ovari pun ada kaum ka?"

Anjing Jerman Shepard : "Wofff wofff...rrr Ngap!"
Pelakon jenayah : "aik tadi sudah demo, cukup lah! apa pasai mau gigit lagi?"
Tuan anjing : "itu anjing stim sama u."

Anjing pengesan dadah :"ermm...sniff sniff snifff, tuan dadah tidak dikesan!"
Tuan anjing : "aik tadi sudah lima kilo ganja aku sorok, tidak juga u hidu?"
Penonton :"itu anjing tahu hidu tulang ayam dan cikedis saja kawan!"

Anjing pengesan dadah :"ermm ini sudah lima kali i pusing, belum dapat bau dadah lagi..Wooff!,"
Tuan : "macam mana u boleh dpt keja jadi anjing polis? u rasuah ka? cepat keja!"
Penonton : "suruh keja jaga kebun getah lagi bagus,"

Demonstrasi penggunaan anjing pengesan K-9.

Part 3 - Sekitar Kempen Cegah Jenayah IPD Sri Aman 20 Disember

SAC Dato Ahmad Soffian : "rakyat mesti jaga rumah, kreta, duit, motorsikal dan sebagainya dari penjenayah!"
KPD DSP Mat Jusoh : "Jaga bini dan anak pun mesti Tuan,"
rakyat -rakyat : "Kami benci jenayah!"

YB Masir : "Asyik pukul gong saja, drum takde ker?"
Dato Soffian : "Tahun depan kita kasi YB pukul gendang,"
Dif kehormat : "setuju!"

Cif Inspektor Rajak (kanan) : "Kenapa mahu mengambil saya gamba??"
Secretary YB Masir iaitu abah Ungie (kiri) : "Erm......misai saya ok? baju? seluar? masuk paper ke masuk malaysiakini?"

Budak : "YB dan tuan-tuan, mcm mana skil tarian ngajat saya? heee,"
YB Masir : "Hantam sajalah..,"
Budak : "Hantam saja? Yes! hantam sajalah..heppp!! (slang Ramlee Pendekar Bujang lapok),"

YB Masir : "erm..sambutan amat mengalakkan. Tahniah polis!"
Dato Soffian : "Terima kasih Tuan,"
KPD Jusoh : "Puji saja ker? bagi lah banyak MRP pada polis tuan. Hihi,"

Usahawan perlu patuh lima aspek pengurusan jika mahu berjaya - Sulaiman



Caption: UNTUK ALBUM...Sulaiman (duduk tengah) sambil diapit oleh Desmond (kiri) dan Penghulu Samad (kanan) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta kelmarin.


SRI AMAN, Rabu (22 Dis) – Usahawan perlu berdisplin untuk mematuhi lima aspek pengurusan perniagaan utama sekiranya mahu lebih berjaya dalam perniagaan masing-masing selepas ini.

Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Datu Dr Haji Sulaiman Haji Husaini memberitahu lima aspek terbabit adalah pengurusan kewangan, menjaga peralatan / kemudahan yang diberi oleh kerajaan, membayar kembali pinjaman, membuat perancangan perniagaan dan menitikberat aspek pemasaran.

“Pertama, para usahawan perlu cekap memastikan tiada masalah kewangan timbul dalam perniagaan anda dan keduanya pula ialah menjaga sebaik mungkin peralatan ataupun kemudahan perniagaan yang kerajaan telah salurkan kepada anda sebelum itu.

“Aspek seterusnya ialah membayar kembali pinjaman untuk memudahkan orang lain menggunakan kemudahan ini. Buat perancangan perniagaan yang betul dan pastikan anda menjaga kualiti produk (pembungkusan) demi kepuasan pelanggan anda sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Motivasi dan Asas Keusahawanan anjuran SEDC bertempat di Dewan Suarah Sri Aman petang kelmarin.

Selain itu pihak SEDC sehingga kini kata Sulaiman juga telah menyalurkan bantuan kepada 12,370 orang peserta atau usahawan dari 14 buah skim / program dalam negeri ini seperti PPRK, Ayam Komersial, Ayam Komuniti, Desa Pelbagai, Bengkel / Kursus, PUTERA, SOW, SDSI, PPKB, PUM, PROSEB, 1 Azam, SPIKS dan PIBU.

“Justeru adalah besar harapan kami untuk melihat para peserta menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang telah disalurkan oleh SEDC di masa akan datang demi pembangunan ekonomi penduduk,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman (Pembangunan), Desmond Douglas Jerukan, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, SEDC, Haji Jamaludin Yusof, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim dan Kanselor Mas Shamsiah Haji Maslem.

Seramai 42 orang peserta dari Bahagian Sri Aman dan Betong melibatkan diri dalam Kursus Motivasi dan Asas Keusahawanan anjuran SEDC yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Dewan Suarah Sri Aman berkenaan.

Tamat.

BN peka masalah hidup rakyat, Nyalau


Caption: MANFAATKAN...Nyalau (kanan) menyampaikan bakul nutrisi makanan kepada penerima (kiri) sambil disaksikan oleh Rayong (tengah), Jaul (tiga kanan), dan Rohana (dua kanan) pada majlis itu.

LUBOK ANTU, Rabu (22 Dis) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dan menunaikan janji mereka terhadap rakyat untuk sepanjang masa demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Menurut beliau kerajaan yang diteraju oleh BN sentiasa memainkan peranan untuk memajukan hidup rakyat dan bukan hanya pandai bercakap kosong ketika atau sebelum pilihan raya selama ini.

“Apa yang kita kata akan kita tunaikan untuk rakyat. Kita tidak seperti pihak pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong pada pilihan raya dan terus menghilangkan diri selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gempur NKRA anjuran Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman di Dewan Serbaguna Lubok Antu hari ini.

Selain itu rakyat kata Nyalau juga perlu sedar bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang layak untuk membangunkan hidup mereka berdasarkan pengalaman mentadbir negara ini semenjak merdeka dahulu.

Kerajaan BN katanya telah berjaya membuktikan kebolehan mereka dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat pembangunan hasil kecekapan dan kebolehan barisan pemimpinnya selama ini.

“Oleh itu saya meminta semua rakyat untuk terus berdiri teguh di belakang kerajaan BN menjelang pilihan raya negeri atau umum akan datang. BN amat memerlukan sokongan berterusan rakyat demi mentransformasikan pembangunan negara khasnya di Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu seramai 1,293 orang penduduk yang terdiri daripada 569 penerima bantuan tilam / bantal, 642 bantuan bakul nutrisi makanan dan 82 orang penerima bantuan uniform sekolah hadir pada majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sri Aman, Rohana Isnawi, Penghulu Jaul Lutau, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

Sarawak makmur under BN - Wahbi


Caption: UNTUK ALBUM...Wahbi (duduk tengah) bergambar kenangan bersama penduduk RH. Munggu Prin dan rombongan dari negeri Selangor. Turut kelihatan ialah Datin Misriah (duduk empat dari kanan).

DEBAK, Rabu (22 Dis) – Rakyat Sarawak sepatutnya bersyukur terhadap segala nikmat keamanan dan kesenangan yang telah mereka kecapi sepanjang pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di sini semenjak 30 tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata demikian ketika berucap pada Program Lawatan Muhibah ke Rumah Kamarau, Munggu Prin, Debak kelmarin.

Katanya kecekapan BN dalam mentadbir hidup rakyat telah terbukti menerusi transformasi pembangunan negeri Sarawak yang kian pesat pada masa sekarang hasil pimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

“Oleh itu jangan mudah terpedaya terhadap segala dakyah yang pihak pembangkang lemparkan terhadap kerajaan BN ketika mereka berkempen di rumah panjang anda selepas ini.

“BN telah membuktikan segalanya. Justeru tidak wajar sekiranya penduduk menolak BN hanya kerana disebabkan oleh dakyah yang mereka terima daripada pihak pembangkang pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Selain itu Wahbi ketika berucap pada program itu juga mengalakkan proses perkongsian budaya di antara rakyat tempatan negeri Sarawak dengan rakyat dari Semenanjung Malaysia dari masa ke semasa.

Proses pengkongsian budaya dan adat resam ini katanya boleh memperkukuhkan hubungan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum antara dua buah negeri dari masa ke semasa.

Terdahulu Wahbi menerusi program itu telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5000 kepada Rumah Munggu Tunggal, RM5,000 kepada Rumah Munggu Prin dan RM10,000 kepada Tabung kebajikan Rumah Entawa Lakis, Debak.

Program Lawatan Muhibah ke Rumah Kamarau, Munggu Prin ini disertai seramai lapan orang penuntut Institusi Pengajian Tinggi dari Shah Alam, Selangor yang diketuai oleh Datin Misriah

Tamat.