Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 November, 2009

Candid upacara korban di Masjid Bandar Sri Aman









Caption:

1.BERAMAL...Haji Mustapha (belakang enam kanan) bersama para ahli jawatankuasa Majis Bandar Sri Aman ketika melaksanakan upacara korban di situ.

2.SIBUK...Para petugas korban Masjid Bandar Sri Aman sedang sibuk memotong daging lembu untuk diagihkan kepada Saudara Kita dan fakir miskin menerusi majlis terbabit.

3.AGIH...Para kakitangan Masjid Bandar Sri Aman sedang sibuk mengagihkan daging lembu ke dalam bungkusan untuk disedekahkan kepada penerimanya dalam majlis itu.




Seramai 28 orang penduduk dari sekitar bandar Sri Aman menerima sedekah berupa daging lembu menerusi majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Sri Aman pada 29 November lalu.

Daging lembu korban ini diagihkan kepada 14 orang penerimanya adalah terdiri Saudara Kita dan 14 orang lagi penerima golongan fakir miskin menerusi majlis sederhana yang dikendalikan Masjid Bandar Sri Aman bermula jam 8 pagi.

14 penerima yang terdiri daripada Saudara Kita ini ialah Alina Abdullah, Rosline Idah Abdullah, Ali Abdullah, Mohd Jawa Abdullah, Hajijah Abdullah, Mohd Martin Abdullah, Norjahah Abdullah, Siti Neriah, Zubaidah Abdullah, Farah Nurhanani, Raja Atira, Halinah Abdullah, Siti Aisyah Ayong dan Nur Juwita.

Selebihnya penerima golongan fakir miskin ialah Jurah Aden, Hasnah Muhamad, Jaerah Lorek, Salmah Abdullah, Jauyah Baie, Jipah Japar, Aishah Adamsah, Kasen Lee, Mesalamah Johari, Khadijah Abdullah, Kawi Kadir, Chungek Serah, Uchey dan Morshidi.

Untuk tujuan itu, dua ekor lembu yang masing-masingnya disumbangkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim dan keluarga Haji Awang Mustafa Awang Ali dari Kampung Tengah telah dikorbankan untuk disedekahkan kepada para penerima berkenaan.

Tamat

Candid upacara korban di Kampung Muhibah











Caption:

1. PERSEDIAAN...Para ketua kaum dan pengerusi taman perumahan kelihatan sedang sibuk mengatur kedudukan seekor lembu bagi tujuan korban di situ baru-baru ini.

2. AGIHAN...Para penduduk Kampung Muhibah sedang memotong daging lembu untuk diagihkan kepada penerima pada majlis itu.

3. MERONTA...Ketua Kampung Taman RPR II, Abdul Karim Haji Mas Atem (kiri) mengelakkan daripada lembu korban yang cuba meronta sebelum bermula majlis korban tersebut.

4. SELAMAT HARI KORBAN...Harden (kanan) sedang menyampaikan bungkusan berupa daging Lembu kepada Penghulu Haji Abdul Samad (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

Sejumlah 240 keluarga muslim dari kawasan taman perumahan dalam bandar Sri Aman menerima agihan berupa daging lembu bersempena dengan sambutan Perayaan Hari Qurban 2009.

Usaha pengagihan daging lembu korban ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman dengan kerjasama para Ketua Kampung (KK) dari beberapa buah penempatan dalam Kampung Muhibbah dan pengerusi taman perumahan dari kawasan berdekatan.

Untuk menjayakan usaha terbabit seekor lembu yang disumbangkan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis sebelum ini telah di’korban’kan menerusi majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi pada 26 November lalu di perkarangan masjid berkenaan.

Kerja penyembelihan lembu terbabit telah dilakukan oleh para ketua kaum dari Kampung Muhibbah iaitu KK Sarkawi Haji Morshidi, KK Mazelan Ani, KK Haji Li Sohor, KK Haji Joli Ramli, KK Haji Mijon Mitai dengan kerjasama Pengerusi KRT RPR Sri Aman, Suhaili Haji Abang Abu Samy dan KK Taman RPR II, Abdul Karim Haji Mas Atem.

Pengerusi Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman, Haji Masra Tengku Udin yang hadir sama bagi tujuan itu telah berjaya menyempurnakan kerja penyembelihan lembut terbabit pada jam 9.30 pagi.

“Seekor lagi lembu yang disumbangkan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Islam iaitu Datuk Haji Daud Abdul Rahman akan di’korban’ ketika berlangsungnya Perayaan Hari Raya Qurban esok,” menurut menurut Abdul Karim ketika dihubungi menerusi majlis itu.

Terdahulu Harden telah tiba di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman untuk menyempurnakan Majlis Pengagihan Daging Lembu sempena Perayaan Hari Qurban bertempat di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman pada jam 10.00 pagi.

Majlis Pengagihan Daging Lembu anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman turut dihadiri oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi.

Tamat.






Jessica muncul pemenang peraduan di Stesen Petronas Sri Aman




Caption:



1.BERTUAH...Jessica (tengah kanan) dan Haji Hassan (tengah kiri) ketika menerima hadiah berupa satu set Televisyen 32 Inci di sini hari ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

2.UNTUK ALBUM...Pemenang promosi, Jessica (depan kiri) dan penerima hamper bergambar kenangan bersama Haji Hassan (belakang tengah) dan kakitangan stesen berkenaan sebaik sahaja selesai promosi tersebut. Foto:ZULIA HAJI JEMAT


SRI AMAN, Ahad (29 Nov) – Seorang pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman muncul sebagai pemenang bertuah menerusi Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman di sini hari ini.

Chief Inspektor Jessica anak Unchi dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Sri Aman membawa pulang hadiah berupa satu set televisyen LCD 32 inci bagi edisi ke-3 promosi di Stesen Haji Hamzah, Stesen Khidmat Petronas Sri Aman berkenaan.

Tujuh orang pelanggan bertuah juga turut mendapat hadiah berupa barangan hamper menerusi Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini.

Pengurus stesen minyak terbabit iaitu Haji Hamzah bin Haji Hassan ketika ditemui menjelaskan bahawa promosi terbabit telah diadakan di stesen berkenaan semenjak beliau mengambilalih pengurusan di situ pada bulan April lalu.

“Pihak kami akan mengadakan promosi terbabit setiap 45 hari sekali semenjak April lalu. Setiap pelanggan yang membeli minyak bernilai RM20 ke atas layak menyertai Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini.

“Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini akan diadakan semula bermula bulan Januari tahun hadapan bagi memberi laluan kepada pihak kami untuk bercadang melaksanakan aktiviti kebajikan bagi bulan Disember ini,” menurut beliau.

Kata Hamzah, promosi untuk bulan Januari tahun depan bakal menawarkan hadiah berupa satu set komputer riba dan lapan hadiah berupa hamper kepada pelanggan dalam kawasan bandar ini.

“Justeru diharap agar Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman dapat menarik kedatangan lebih ramai pengguna kenderaan untuk menggunakan khidmat di Stesen Petronas Sri Aman selepas ini,” katanya.

Tamat.



Tuai Rumah perlu berkhidmat ikut syarat sijil lantikan kata Snowdan


Caption: JALANKAN KEWAJIPAN...Snowdan (kiri) menyampaikan sijil perlantikan Tuai Rumah kepada Tr Kawi (kanan) sambil disaksikan oleh Masir (tengah) ketika berlangsungnya majlis terbabit.

PANTU, Ahad (29 Nov) – Tuai Rumah atau Ketua Kampung dinasihat agar menjalankan tugas tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam sijil perlantikan mereka selaku ketua kaum dalam kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan berkata ia penting agar kerajaan dapat terus mengekalkan hubungan mereka dengan rakyat di bawah jagaan ketua kaum masing-masing.

“Sebagai Tuai Rumah yang telah dilantik oleh kerajaan, mereka bertanggungjawabn untuk menyebarkan dasar pembangunan kerajaan dan menerangkan isu perkembangan terkini terhadap rakyat bawah jagaan masing-masing.

“Lagipun Tuai Rumah juga berperanan sebagai saluran untuk membolehkan rakyat menyuarakan masalah masing-masing terhadap kerajaan. Justeru adalah amat penting bagi mereka (Tuai Rumah) untuk menjalankan kewajipan dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Gemilang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bertempat di Rumah Story anak Nyaum, Kampung Abok Pulau Batu, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu sebagai seorang pemimpin, para Tuai Rumah menurut Snowdan juga berperanan penting dalam memimpin anak buah masing-masing ke arah matlamat yang betul.

“Rakyat harus dididik agar terus menyokong teraju kepimpinan Barisan Nasional (BN) demi membolehkan pembangunan dilaksanakan dengan penuh lancar di kawasan masing-masing.

“Menghasut rakyat untuk menentang kerajaan itu salah dan melanggar syarat perlantikan Tuai Rumah itu sendiri kerana ia secara tidak langsung menyebabkan pembangunan rakyat di kawasan mereka ketinggalan berbanding lain-lain kawasan selepas itu,” katanya.

Snowdan pada majlis berkenaan mengumumkan peruntukan bernilai RM2,000 kepada biro wanita Rumah Panjang Abok Pulau Batu dan RM2,000 lagi kepada biro wanita Rumah Pasang dari Gayau, Pantu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) bagi daerah kecil Pantu iaitu Edward Michael Duk.

Beliau menerusi majlis itu juga turut menyampaikan sijil perlantikan baru kepada 32 orang Tuai Rumah dalam kawasan terbabit yang hanya berkuatkuasa selama empat tahun.

Tamat.


Mong minta golongan cerdik pandai bantu beliau bangunkan negeri


Caption: BERANDAU ......Mong (kiri) sedang berandau dengan tetamu yang hadir dalam majlis itu.

by Edwin Raoh


SRI AMAN, Ahad (29 Nov) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Begunan Mong anak Dagang mengajak golongan cerdik pandai dalam kawasan DUNnya untuk memberi idea serta membantu beliau bagi memajukan kawasan ini.

Mong juga bersedia untuk menerima idea dan pandangan daripada rakyat terutamanya golongan cerdik pandai dalam negeri ini apabila beliau secara rasmi memegang portfolio Menteri Muda Pertanian dan Pelancongan pada 1 Disember ini.

“Saya bersedia menerima pandangan semua rakyat setelah menyandang portfolio ini secara rasmi dan seterusnya duduk berbincang untuk mencari strategi terbaik untuk membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadirkan diri pada Upacara ‘Gawai Antu’ mendiang Jamu anak Langi di Rumah Lani, Entulang Jalai di sini malam tadi.

Selan itu Mong juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana menaruh kepercayaan serta melantiknya sebagai Menteri Muda Pertanian dan Pelancongan dalam rombakan kabinet pada 8 Disember lalu.

“Saya amat berterima kasih kepada beliau (Taib) kerana telah memberi kepercayaan terhadap saya untuk memegang portfolio terbabit (Menteri Muda Pertanian dan Pelancongan).

“Saya akan melaksanakan tanggungjawab berkenaan sebaik yang boleh untuk membantu kerajaan bagi membangunkan negeri ini khususnya dalam kawasan DUN Bukit Begunan,” menurut beliau.

Mong pada majlis itu menasihat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memastikan pentadbiran serta proses pembangunan rumah panjang masing-masing berterusan daripada masa ke semasa.

“Kegagalan JKKK dalam melaksanakan peranan mereka sebagai sebuah jawatankuasa pentadbiran peringkat rumah mampu menentukan proses pembangunan rumah panjang masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Tamat...


Masjid Bandar agih daging lembu korban


Caption: BERAMAL...Haji Mustapha (belakang enam kanan) bersama para ahli jawatankuasa Majis Bandar Sri Aman ketika melaksanakan upacara korban di situ hari ini

SRI AMAN, Ahad (29 Nov) – Seramai 28 orang penduduk dari sekitar bandar Sri Aman menerima sedekah berupa daging lembu menerusi majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

Daging lembu korban ini diagihkan kepada 14 orang penerimanya adalah terdiri Saudara Kita dan 14 orang lagi penerima golongan fakir miskin menerusi majlis sederhana yang dikendalikan Masjid Bandar Sri Aman bermula jam 8 pagi.

14 penerima yang terdiri daripada Saudara Kita ini ialah Alina Abdullah, Rosline Idah Abdullah, Ali Abdullah, Mohd Jawa Abdullah, Hajijah Abdullah, Mohd Martin Abdullah, Norjahah Abdullah, Siti Neriah, Zubaidah Abdullah, Farah Nurhanani, Raja Atira, Halinah Abdullah, Siti Aisyah Ayong dan Nur Juwita.

Selebihnya penerima golongan fakir miskin ialah Jurah Aden, Hasnah Muhamad, Jaerah Lorek, Salmah Abdullah, Jauyah Baie, Jipah Japar, Aishah Adamsah, Kasen Lee, Mesalamah Johari, Khadijah Abdullah, Kawi Kadir, Chungek Serah, Uchey dan Morshidi.

Untuk tujuan itu, dua ekor lembu yang masing-masingnya disumbangkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim dan keluarga Haji Awang Mustafa Awang Ali dari Kampung Tengah telah dikorbankan untuk disedekahkan kepada para penerima berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandar Sri Aman ketika ditemui memberitahu majlis ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk menyemarakkan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada aturcara pihak kami untuk menganjurkan Majlis Ibadah Korban Aidiladha 1430H / 2009M yang berlangsung di Masjid Bandar Sri Aman bermula jam 6.25 petang ini.

“Majlis yang akan diketuai oleh Imam I iaitu Haji Abang Abang Koteng bakal diselitkan dengan upacara Solat Fardhu Mahgrib Berjemaah, Majlis takbir, Tahlil, Doa Selamat, Solat Fardhu Isyak berjemaah dan jamuan makan,” katanya.

Tamat.

Tolak politik kotor kata Rayong


Caption: GUNA DENGAN BAIK...Dr Rayong (tengah) menyampaikan cek MRP kepada salah seorang tuai rumah dalam majlis itu. Turut disaksikan Nyalau (kanan) dan Mujah (kiri)

SKRANG, Ahad (29 November) – Rakyat harus menolak kemasukan ‘politik kotor’ ke dalam negeri ini demikian menurut nasihat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong anak Ngipa.

Parti pembangkang tyang sudah bertapak sekian lama di Semenanjung Malaysia sebelum ini menurut beliau sememangnya tidak layak untuk menggembangkan sayapnya ke negeri ini.

“Tujuan utama parti pembangkang terbabit mengembangkan sayapnya ke Sarawak ialah untuk memecahbelahkan sokongan politik penduduk dalam negeri ini terhadap komponen parti Barisan Nasional (BN).

“Kedatangan mereka ke negeri ini juga secara tidak langsung boleh memecahbelahkan ikatan perpaduan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini,” jelas beliau.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Engkilili dan Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Sri Aman di Rumah Panjang Tr Bansang, Tanjong Skrang, di sini baru-baru ini.

Atas sebab ini Rayong mengingatkan penduduk negeri Sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan ideologi pihak pembangkang yang hanya mahu memperjuangkan kepentingan politik sendiri berbanding kebajikan hidup penduduk.

“Sarawak sedang mengalami transformasi pembangunan yang rancak pada masa sekarang dengan adanya penyediaan kemudahan infrastruktur, keperluan asas penduduk, pendidikan dan sebagainya dalam seluruh negeri ini.

“Justeru ia membuktikan bahawa hanya BN sahaja yang mampu memperjuangkan kebajikan hidup penduduk dan mengubah wajah pembangunan di kawasan dalam dan luar bandar negeri ini,” katanya lalu mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 kepada JKKK Tr Bansang.

Sebanyak 19 buah JKKK rumah panjang di sekitar Skrang dan Lidong menerima Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Dr Rayong dalam majlis itu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Pegawai Daerah Lubok Encik Nelson Mujah, Pegawai Penerangan Sri Aman /Betong Charles Sigat Ason, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili Encik Edwin ak Ancheh


Tamat.


28 November, 2009

Nur Ain juara Pertandingan Karaoke Terbuka 2009 Kecil Kelab Rakan Muda Kampung Pangkat

SRI AMAN, Ahad – Nur Ain Rusli telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Karaoke Terbuka 2009 anjuran Unit Kecil Kelab Rakan Muda Kampung Pangkat, Gran dan Stumbin dekat sini malam tadi.

Beliau muncul sebagai pemenang apabila lagu berjudul 'Engkaulah Ibu' yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Spind sebelum ini berjaya menambat hati para juri hakim pertandingan tersebut.

Naib Johan dan tempat ketiga pula masing-masing turut disandang oleh Saadiah Ibrahim dan Ali Hussien Alek menerusi lagu mereka yang berjudul 'Sha La La' yang dipopularkan oleh Kum Butterfly dan lagu yang berjudul 'Episod Cinta' yang di popularkan oleh Kumpulan Boboy.

Lima pemenang hadiah saguhati menerusi pertandingan ini turut disandang oleh Mohd Jaiwira menerusi lagunya 'Cari Pacar Lagi', E-Syam menerusi lagunya 'Saat Terakhir', Dayangku Suriani menerusi lagunya 'Relaku Pujuk', Johan Abu Bakar menerusi lagunya 'Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta' dan Nurhazwani Roslan menerusi lagunya 'Demi Waktu'.

Terdahulu seramai lapan orang peserta mengambil bahagian pertandingan dalam pertandingan yang berlangsung pada jam 8 malam itu di Perkarangan Surau Riadhaus Salihin, Kampung Pangkat Stumbin.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Unit Kecil Rakan Muda, Kampung Pangkat,Gran dan Stumbin, Iswandi Rusli.

Iswandi ketika ditemui berkata, pertandingan karaoke yang dianjurkan ini merupakan aktiviti yang julung kali diadakan pada tahun ini selepas penubuhan unit kecil kelab berkenaan pada awal tahun 2009.

Katanya, adalah menjadi harapan agar dengan penganjuran pertandingan seumpama ini mampu memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan para belia kampung.

Dalam pada itu katanya, pertandingan yang dianjurkan ini juga turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Pangkat.

Tamat....

Rangka sistem pembuangan sampah yang efisien nasihat Jabu kepada pdk rumah panjang


Caption: RASMI...Jabu sedang memalu gong sambil disaksikan oleh Uggah (tengah) dan Nyalau (dua kanan) Wahbi (kanan sekali) dan tetamu undangan khas yang lain pada majlis itu.

BETONG, Sabtu (28 Nov) – Penduduk rumah panjang perlu merangka satu sistem pembuangan sampah yang lebih efisien demi menjaga tahap kebersihan di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata penduduk rumah panjang sering menjadikan sungai sebagai sasaran untuk membuang sampah masing-masing sehingga mengakibatkan pencemaran di kawasan mereka.

“Penduduk rumah panjang atau kampung perlu membina tempat pembuangan sampah yang tidak mencemar alam sekitar seperti pembinaan lubang pembuangan sampah yang khas dengan standart jarak yang sesuai dari rumah panjang masing-masing.

“Dengan berbuat demikian mereka secara tidak langsung dapat membantu kerajaan untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih di kawasan ini dan seluruh Malaysia amnya,” kata beliau.

Jabu yang Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Parlimen Betong dan Parlimen Lubok Antu yang berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong hari ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan penduduk rumah panjang untuk menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai budaya rumah panjang itu sendiri dan bukannya bermusim selepas ini.

Katanya penduduk rumah panjang tidak harus menunggu tindakan pihak kerajaan menerusi agensi atau jabatannya untuk melaksanakan kerja gotong-royong di kawasan masing-masing.

“Sayugia diingatkan bahawa tabiat mengotorkan alam sekitar lahir daripada sifat semulajadi manusia itu sendiri dan justeru perlu dikikis dari minda mereka demi menjamin suasana alam sekitar yang sihat di kawasan penempatan masing-masing selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penubuhan Peladang dan Koperasi) Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi dan Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Tamat.

Rakan Alam Sekitar bantu kerajaan bendung pencemaran - Uggah

BETONG, Sabtu (28 Nov) –Penubuhan jawatankuasa Rakan Alam Sekitar penting bagi membantu kerajaan untuk mewujudkan kebersihan alam sekitar di negara ini khususnya di Sarawak pada suatu hari kelak.

Justeru Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata untuk menjayakan usaha ini pihak kementerian beliau telah bertindak menubuhkan jawatankuasa berkenaan di 222 kawasan parlimen dalam negara ini.

“Pencemaran alam sekitar terutamanya sungai masih tetap berlaku walaupun kerajaan menerusi jabatan atau agensinya telah berusaha keras untuk mewujudkan kebersihan di kawasan berkenaan sebelum ini.

“Atas sebab ini saya telah bertindak menubuhkan jawatankuasa Rakan Alam Sekitar sebaik sahaja mengambilalih Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terbersih di dunia pada suatu hari nanti,” katanya.

Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Parlimen Betong dan Parlimen Lubok Antu yang berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong hari ini.

Selain itu pembabitan golongan pelajar dalam jawatankuasa RAS menurut beliau juga adalah penting memandangkan kesedaran perlu wujud dalam golongan ini untuk mempertahankan status kebersihan dalam kawasan masing-masing.

Kesedaran mengenai bahaya pencemaran katanya perlu dididik pada usia muda golongan pelajar agar pengetahuan mengenai betapa pentingnya kebersihan itu dapat dipratikan apabila mereka dewasa kelak.

“Justeru saya berharap agar RAS khususnya di Betong dapat melaksanakan pelbagai program yang berkaitan dengan aspek kebersihan alam sekitar khususnya dalam aspek penjagaan sungai selepas ini,” katanya.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penubuhan Peladang dan Koperasi) Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi dan Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Majlis itu telah diserikan dengan upacara penanaman sejumlah 150 anak pokok di kawasan MRSM Betong.

Tamat.

27 November, 2009

Pencapaian pendidikan perlu seimbang dengan 'pelaburan' kerajaan' kata Jabu


Caption: SIMBOLIK...Jabu sambil disaksikan oleh Uggah (kiri), Lawson (kanan) dan Romie (belakang) sedang melepaskan anak ikan sebagai salah satu acara simbolik majlis di sini hari ini.

SPAOH, Sabtu (28 Nov) – Pencapaian pendidikan di Bahagian Betong harus setimpal dengan penyediaan kemudahan pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan terhadap rakyat di sini selepas ini demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Menurut beliau adalah tidak berbaloi sekiranya pencapaian pendidikan di sini kurang memuaskan walaupun kerajaan telah banyak menyediakan kemudahan pendidikan di Bahagian Betong sehingga sekarang.

“Disamping jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah yang mencukupi untuk menampung jumlah kapasiti pelajar di Betong, kerajaan di sini juga turut membuka sekolah teknikal terbaru yang dikenali sebagai Junior Mara Science School, Maktab Rendah Sains Mara Betong.

“Kerajaan mahu penyediaan kemudahan pendidikan di sini dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Dengan kata lain pencapaian pendidikan mereka harus seiring dengan kemajuan pembangunan pendidikan yang kita sediakan di sini sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan (SK) Paku Central di Spaoh, Betong hari ini.

Selain itu sikap serius kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan pendidikan di sini menurut Jabu terbukti dengan adanya pelan pembinaan politeknik menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 nanti.

“Justeru semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan di sini iaitu guru, ibubapa dan pelajar perlu menekankan betapa pentingnya aspek pendidikan dalam golongan generasi muda demi masa depan hidup mereka selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Beliau mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru SK Paku Centreal dan RM10,000 lagi untuk tabung pendidikan sekolah terbabit.

Manakala Uggah pula mengumumkan peruntukan bernilai RM100,000 untuk menaiktaraf sistem peparitan sekolah, RM50,000 untuk menaiktaraf jalan sekolah dan RM10,000 untuk tabung pendidikan sekolah berkenaan.

Tamat.

PERSONALITI MINGGU INI



NAMA: Wiliam Chan

UMUR: 53 tahun

ASAL: MIRI

PEKERJAAN: Group Editor Eastern Times merangkap Eksekutif Editor Utusan Sarawak

HOBI: Pengarang karya seni

KOMEN AKU: Boss aku ni.

15 hari untuk Jabu kemuka pelan pertanian kepada EPU


Caption: UNTUK ALBUM...Jabu (duduk tengah), Romie (kanan) dan Friday (kiri) ketika merakamkan gambar kenang-kenangan bersama penerima dan pegawai kerajaan pada majlis itu hari ini.

BETONG, Jumaat (27 Nov) – Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Kuala Lumpur memberi tempoh selama 15 hari kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang untuk mengemukakan rancangan pembangunan pertanian di negeri ini bagi dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar akan memegang portfolio Menteri Permodenan Pertanian berkuatkuasa pada 1 Disember ini setelah rombakan Kabinet Kerajaan Negeri dibuat pada 8 November lepas.

“Saya sudah pun mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Tetap Kementerian Permodenan Pertanian, para pengarah dan pegawai kanan Jabatan Pertanian di negeri berhubung perkara terbabit semenjak tiga hari lepas.

“Bagaimanapun untuk mendapatkan pandangan dan input yang jelas mengenai rancangan permodenan pertanian dalam negeri ini, saya akan mengadakan perbincangan rapi dengan setiausaha tetap, pengarah dan pegawai kanan di Kementerian Permodenan Pertanian pada 2 Disember ini,” katanya.

Dari perbincangan lanjut ini katanya, barulah pelan rancangan pembangunan pertanian terbabit dapat dihantar kepada pihak EPU di Kuala Lumpur sekurang-kurangnya pada 12 Disember ini untuk dimasukkan dalam RMK10.

Jabu berkata demikian kepada pihak media sebaik sahaja selesai Majlis Penyampaian Cek Peruntukan Kecil Luar Bandar (MRP) bertempat di Rumah Rehat Betong di sini hari ini.

Sementara itu ketika diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu penyelewangan 60 peratus peruntukan projek pembangunan di negeri ini, Jabu menjelaskan bahawa para Pegawai Daerah atau Residen yang disiasat dalam kes tersebut tidak seharusnya dipersalahkan terlebih dahulu.

“Selagi-lagi mereka (Pegawai Daerah atau Residen) belum dibuktikan bersalah maka mereka adalah tidak bersalah. Jangan anggap mereka perlu dipindahkan tempat bertugas kerana pada zahirnya kes ini masih dalam siasatan.

“Kita mempunyai proses undang-undang yang sah bagi mengendalikan kes ini. Jadikan biarkanlah pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes tersebut,” katanya.

Terdahulu Jabu telah menyampaikan cek peruntukan MRP kepada 24 buah persatuan, sekolah, surau, JKKK dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Betong yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM112, 200.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Betong, Peggy Ronin, Pegawai JASA Zon Betong, Dingat Panji dan para pegawai jabatan kerajaan yang lain.

Tamat.

Pendidikan elemen penting dalam hidup - Ring


Caption: TAHNIAH... Ring Anak Labang (tengah) sambil diapit oleh Kulok Laga dan Jemat bergambar bersama dengan 13 orang murid yang penerima insentif pelajar cemerlang UPSR pada majlis tersebut.

original picture by Uding Ragai


ENGKILILI (27 Nov) – Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam hidup bagi mencapai kemajuan pada masa akan datang demikian menurut Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2, Ring anak Labang.


Menurut beliau pendidikan memberi kelebihan terhadap seseorang individu untuk bersaing dalam cabaran global terutama sekali dari segi aspek pencarian pekerjaan yang sesuai dengan bidang diri masing-masing.


“Saingan dijangka sengit dalam mencari pekerjaan menerusi pasaran global pada masa akan datang. Justeru murid-murid dinasihat agar bersedia untuk tujuan ini mulai sekarang.


“Mereka harus serius untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam bidang akademik masing-masing agar tidak ketinggalan berbanding lain-lain individu yang berjaya dalam hidup selepas ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif kepada 13 orang murid SK Engkilili No.2 yang berjaya mencatat keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Rendah (UPSR) 2009 di sekolah berkenaan baru-baru ini.


Sementara itu Guru Besar SK Engkilili No.2, Kulok Naga menerusi ucapannya pada majlis itu berharap agar kejayaan murid dalam mencapai keputusan cemerlang pada UPSR tahun ini dijadikan sebagai contoh oleh murid yang bakal menduduki ujian yang sama pada tahun akan datang.


Untuk itu beliau berharap agar ibubapa dan guru boleh memainkan peranan yang lebih serius untuk membantu mempertingkatkan prestasi pendidikan anak-anak di sekolah mereka selepas ini.


Terdahulu Ivaneo Kemedu anak James muncul sebagai pelajar cemerlang SK Engkilili No.2 setelah memperolehi keputusan 5A menerusi UPSRE 2009 yang diumumkan pada hari Khamis yang lepas.


Ivaneo merupakan antara 25 orang calon murid SK Engkilili No.2 yang telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Hadir sama ialah Penolong Kanan I SK Engkilili No.2, Jemat Marayang.


Tamat.

Kelas jahitan percuma dibuka kepada semua warga Sri Aman atas 18 tahun

SRI AMAN, Jumaat (27 Nov) - Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Sri Aman akan mengadakan Pengambilan Pelatih Kelas Jahitan PLPB untuk sesi 2 / 2009.

Permohonan untuk menyertai kelas jahitan ini adalah terbuka kepada semua penduduk berumur 18 tahun ke atas dari sekitar Bahagian Sri Aman yang sedang mencari pekerjaan masing-masing pada masa sekarang.

Kelas Jahitan PLPB untuk sesi 2 / 2009 terbabit akan bermula pada 5 Januari tahun hadapan dan kesemua peserta bakal menjalani latihan masing-masing bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari selama enam bulan.

Tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap mereka yang berminat untuk menyertai kelas terbabit dan peralatan latihan bagi tujuan itu akan disediakan oleh pihak penganjur.

“Tempat bagi tujuan Kelas Jahitan PLPB untuk sesi 2 / 2009 ini akan diadakan di Dewan Suarah Sri Aman dan para peserta layak menerima sijil penyertaan setelah tamat latihan terbabit selamat enam bulan.

“Justeru mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan kelas jahitan ini di Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Bahagian Sri Aman atau di Dewan Suarah Sri Aman.

“Untuk keterangan lanjut mereka yang berminat bolehlah menghubungi Jurutunjuk Kelas Jahitan ini iaitu Roslina binti Dahlan menerusi talian telefon 013-8192576,” menurut kenyataan yang dihantar kelmarin.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Disember 2009 ini.

Tamat...

Meredah banjir demi murid


TANGGUNG RISIKO...Gloria Olin (kiri), guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan, dalam kawasan Pantu, Sri Aman bersama rakannya Teresa Badong Adut terpaksa meredah laluan banjir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warga pendidik terhadap murid di sekolah mereka. Kawasan Jambatan Tatai, Empili yang menghubungkan para guru dengan sekolah terbabit sering ditenggelami banjir setinggi satu hingga dua sehingga tidak boleh dilalui oleh kenderaan kaki acapkali berlangsungnya cuaca buruk di kawasan terbabit. Keadaan ini menyebabkan para guru terpaksa menanggung risiko berbahaya dengan meredah laluan banjir berkenaan untuk berjalan kaki ke sekolah. - 27 Nov

26 November, 2009

RM45 juta untuk upgrade Loji Perawatan Air di Empangu, Bayai, Sri Aman kata Harden


Caption: SELAMAT HARI RAYA KORBAN...Harden sedang menyampaikan bungkusan berupa daging Lembu kepada Penghulu Haji Salleh ketika berlangsungnya majlis hari ini.


SRI AMAN, Khamis (26 Nov) – Loji Perawatan Air di Empangu, Bayai, Sri Aman bakal dinaiktaraf tidak lama lagi dengan adanya peruntukan bernilai RM45 juta daripada Kementerian Kemudahan Awam dalam masa terdekat kelak.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata projek naiktaraf loji terbabit secara tidak langsung akan menyalurkan bekalan air bersih kepada 70 peratus penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang selepas ini.

“Permohonan bagi mendapatkan peruntukan berkenaan telah dikemukakan kepada pihak kerajaan semenjak dua tahun lepas dan kini sudah ada ‘hitam putih’ daripada pihak mereka untuk menjayakan usaha naiktaraf ini.

“Sekiranya peruntukan tersebut sudah disalurkan kelak, kerja menaiktaraf akan dilakukan segera bagi memperluas penyaluran bekalan air bersih terhadap penduduk dalam kawasan DUN Simanggang ini,” katanya sambil menambah bahawa hanya 60 peratus penduduk dalam kawasan DUN terbabit menikmati bekalan air bersih buat masa sekarang..

Beliau yang juga ADUN Simanggang berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai menyempurnakan Majlis Pengagihan Daging Lembu sempena Perayaan Hari Qurban bertempat di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman hari ini.

Selain itu kata Harden sejumlah 80 peratus penduduk dalam kawasan DUN Simanggang akan dapat menikmati bekalan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) menjelang akhir tahun 2010 nanti.

Tanpa menyatakan kos projek tersebut, beliau menjelaskan bahawa kerja penyediaan RES akan dilakukan di kawasan Beleti, Tinting Lalang, Nyakai, Sinjur dan dari Ijok hingga ke simpang Kelah.

“Selebih 20 peratus lagi kawasan iaitu di Ulu Undop, Batu Lintang masih belum menerima RES pada masa sekarang. Kita akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi bagi menyalurkan RES di sana selepas 2010 nanti,” katanya.

Terdahulu beliau telah mengagihkan daging Lembu kepada 240 buah keluarga muslim dari kawasan perumahan dalam bandar ini antaranya ialah Kampung Muhibah, Taman Vistagro, Taman Srijaya, Taman Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) I, Taman RPR II, Taman Harmoni dan Taman Sentosa Indah.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pengerusi Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman, Haji Masra Tengku Udin, para Ketua Kampung dan pengerusi taman perumahan dari kawasan berdekatan.

Tamat.


Rakyat berbilang kaum harus kekalkan perpaduan ujar Lawson


Caption: TERIMALAH…..Lawson (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Banyang dalam majlis itu. Turut kelihatan Isik (duduk dua kiri) dan Dr Richard (duduk dua kanan)

BETONG, Khamis (26 Nov) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat menyeru semua rakyat berbilang kaum dalam negeri ini untuk mempertingkatkan lagi tahap hubungan perpaduan dalam kalangan diri masing-masing .

Semua rakyat berbilang kaum khususnya di Betong harus sentiasa bersatu padu memandangkan perpaduan yang wujud dikalangan mereka mampu mewujudkan lagi kestabilan politik dalam negeri ini.

“Andai kata wujudnya kelemahan dalam hubungan perpaduan ini maka ia sekaligus dapat menjurus kepada ketidakstabilan politik yang seterusnya memberi impak negatif terhadap perlaksanaan projek pembangunan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Ehwal Khas (JASA) di Rumah Banyang ak Aji di Melabu Bair, Ulu Layar, Betong pada hari Ahad lalu.

Selain itu kata Lawson rakyat berbilang kaum dalam kawasan luar bandar adalah amat beruntung memandangkan hubungan perpaduan yang kukuh dikalangan mereka selama ini membolehkan banyak projek pembangunan dilaksanakan di situ selepas ini.

“Ia sekaligus telah membuktikan keprihatinan pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang mementingkan wujudnya hubungan di antara rakyat selama ini,” katanya.

Dalam majlis itu Lawson telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM80,000 kepada 11 buah rumah panjang yang hadir dalam majlis itu.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Isik anak Utau, Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dr Richard Rapu, Pegawai JASA Bahagian Betong Digat Panji dan para ketua jabatan dalam daerah ini.

Tamat.


20 orang Pegawai Teknologi Pendidik Zon Tengah sertai kursus pusat sumber


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta dan penceramah sedang bergambar kenangan ketika berlangsungnya kursus berkenaan di salah sebuah hotel di Sibu baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (26 Nov) – Seramai 20 orang Pegawai Teknologi Pendidik Zon Tengah mengambil bahagian dalam Kursus Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber bertempat di sebuah hotel di Bandar Sibu baru-baru ini.

Menurut siaran akhbar yang diterima di sini kelmarin Kursus Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber yang berlangsung selama empat hari itu adalah merupakan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak.

“Penceramah kursus berkenaan terdiri daripada Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak iaitu Annie Teresa, Leonora Penny, Dayang Radzipah, Mawang dan Jeevareani.

“Ia bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengurusan dan penggunaan pusat sumber dikalangan para peserta kursus ini disamping menekankan lagi Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dikalangan murid sekolah,” menurut kenyataan terbabit.

Selain itu Kursus Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber ini juga bertujuan untuk menambahkan aktiviti program Gerakan Tabiat Membaca dikalangan orang ramai khususnya para murid.

Justeru untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai kursus berkenaan para peserta telah dibawa untuk mengunjungi Pusat Sumber yang terletak di Sekolah Jenis Kebangsaan Su Lai dalam bandar berkenaan.

“Paling ialah para peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan baru aspek pengurusan dan penggunaan pusat sumber di sekolah demi memantapkan lagi proses pembelajaran murid di masa akan datang,” katanya.

Tamat.


Pelajar perlu tekun berusaha - Wahbi

Caption: TAHNIAH...Wahbi (kanan) sedang menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang SK Manggut iaitu Shahirah (kiri) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

SPAOH, Khamis (26 Nov) – Para pelajar perlu menanam sifat ketekunan dalam diri masing-masing untuk mencapai tahap kecemerlangan akademik yang membanggakan kepada ibubapa dan masyarakat di sekeliling mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Dr Haji Wahbi Junaidi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Manggut, Spaoh, Betong baru-baru ini.

Sifat ketekunan dan kesungguhan itu katanya adalah amat penting demi membolehkan para pelajar mencapai cita-cita yang diimpikan oleh mereka selama ini menerusi hasil pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.

“Cita-cita tak akan tercapai sekiranya para pelajar itu sendiri kurang memberi perhatian terhadap sesi pembelajaran dalam kelas masing-masing kerana mereka tidak bersungguh-sunggah serta kurang tekun terhadap pencapaian akademik masing-masing,” menurutnya.

Selain itu kata Wahbi pencapaian cemerlang akademik dikalangan para pelajar secara tidak langsung membolehkan kerajaan mencapai matlamat pembentukkan modal insan berminda kelas pertama di negara ini.

Dengan adanya golongan modal insan berminda kelas pertama di negara ini, kerajaan sekaligus tidak akan menghadapi masalah untuk meneruskan kerancakkan pelan pembangunan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Untuk muncul sebagai sebuah negara maju para generasi muda terutamanya golongan pelajar pada masa sekarang haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap kecemerlangan akademik masing-masing.

“Justeru saya meminta semua pihak untuk membantu para pelajar kita mencapai tahap kecemerlangan akademik masing-masing demi merealisasikan hasrat kerajaan untuk kemajuan menjelang Wawasan 2020,” katanya lalu mengumumkan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada sekolah terbabit.

Seramai 150 orang murid SK Manggut, Betong telah menerima sijil dan hadiah masing-masing kerana menunjukkan prestasi yang baik dari segi pencapain akedemik dan ko-korikulum bagi tahun 2009.

Dalam majlis itu Shahirah binti Maluhi telah ditabalkan sebagai Pelajar Cemerlang SK Manggut Tahun 2009 kerana memperoleh keputusan 4A 1B menerusi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tamat.










Pekebun kecil dan pengusaha ladang perlu bekerjasama tingkatkan keluaran getah negara kata Dompok


Caption: TERTARIK...Benard (kanan) sedang mendengar penjelasan daripada Grunsin (kiri sekali) mengenai mesin pelerai lada sambil disaksikan oleh Mussen (tengah) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

LUBOK ANTU, Rabu (25 Nov) – Kerajaan mengalakkan wujudnya hubungan kerjasama di antara pengusaha ladang besar dan pekebun kecil getah untuk mempertingkatkan lagi kadar keluaran tahunan komoditi terbabit di Malaysia selepas ini menurut Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Benard Giluk Dompok.

Ini kerana Malaysia kini hanya menghasilkan sejumlah 1.3 hingga 1.4 tan metrik getah setahun bagi satu hektar tanaman komoditi tersebut berbanding 1.8 tan metrik setahun untuk Thailand dan 1.6 tan metrik setahun untuk Vietnam.

“Saranan ini mengalakkan para pengusaha ladang besar getah kita untuk membantu golongan pekebun kecil dari segi bantuan teknologi dan perkongsian kepakaran bagi penanaman komoditi terbabit.

“Pengusaha ladang besar perlu menyemai sikap tanggungjawab sosial korporat masing-masing demi membolehkan Malaysia mempertingkatkan kadar keluaran getah setahun berbanding dengan Thailand dan Vietnam,” menurut beliau.

Benard berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Pemimpin Bersama Pekebun Kecil Sektor Komoditi bertempat di Rumha Johnson, Kaong Ili, Lubok Antu di sini hari ini.

Usaha terbabit menurut beliau juga secara tidak langsung dapat membantu kira-kira 40 peratus pekebun kecil komoditi Sawit negara yang kini berdepan dengan masalah pembelian baja oleh golongan terbabit.

“Rata-rata pekebun kecil menghadapi masalah sukar untuk memperolehi baja dengan harga yang rendah. Justeru itu pekebun kecil perlu bergabung usaha dengan pengusaha ladang besar untuk menyelesaikan masalah ini bagi jangka masa panjang,” menurutnya.

Terdahulu Bernad menerusi ucapannya pada majlis itu berkata bahawa golongan pekebun kecil di negara ini masih kekal sebagai tunjang industri komoditi Malaysia pada masa sekarang.

Ini menurut beliau terbukti apabila hampir 95 peratus projek perladangan getah dan 45 peratus projek perladangan sawit Malaysia diusahakan oleh ,para pekebun kecil di seluruh negara ini.

“Ia membuktikan bahawa penglibatan pekebun kecil amat penting bagi memastikan industri komoditi negara terus kekal dan berdaya saing di masa akan datang,” katanya sambil mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM30,000 kepada JKKK Rumah Johnson

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (Grunsin Ayom), para pengerusi lembaga, ketua kaum dan pegawai kerajaan dalam daerah ini.

Tamat.


25 November, 2009

119 murid sertai kem pengakap di Lubok antu




Caption:

1.SERONOK..Para peserta sedang melakukan aktiviti Telur Amanah ketika berlangsungnya aktiviti perkhemahan terbabit baru-baru ini.

2.PANTAU...Rosalind (tengah) bersama kakitangan yang lain ketika sedang melakukan tinjauan terhadap aktiviti yang berlangsung pada perkhemahan terbabit.

LUBOK ANTU, Selasa (24 Nov) – Jabatan Pelajaran Daerah Lubok Antu dengan kerjasama Majlis Pengakap Malaysia telah menganjurkan Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban, Lubok Antu baru-baru ini.

Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu yang berlangsung selama dua hari di sekolah terbabit telah melibatkan penyertaan seramai 119 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 dari 23 buah sekolah dalam daerah tersebut.

Sambil dibantu oleh 52 orang guru dan kakitangan sokongan bukan guru, aktiviti Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu bertujuan untuk melahirkan pewaris yang cemerlang dalam semua bidang dan berdaya saing dalam era globalisasi kelak.

“Perkhemahan ini juga memberi pendedahan kemahiran dan ilmu pengakap dikalangan semua peserta disamping mewujudkan semangat kerjasama, pengkongsian kemahiran serta pengetahuan di antara mereka,” menurut pengerusi perlaksanaan khemah merangkap Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lubok Antu, Rosalind Emeline Dundang.

Beliau juga menambah bahawa aktiviti perkhemahan ini turut mengimbangi aktiviti seharian di sekolah, rumah dan dalam komuniti masyarakat sekeliling mereka.

“Malahan perkhemahan ini juga memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kepada peserta untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari segi aspek jasmani, emosi, rohani serta intelektual,” katanya.

Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu ini telah diserikan dengan acara nyanyian, kembara hutan, masakan ala rimba, pionering, persembahan kebudayaan, pecah bendung, kawad asas, praktikal asas bantu mula, rempuh halangan, sukaneka, ikhtiar hidup dan khidmat masyarakat.

Majlis penutupan aktiviti Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah Lubok Antu ini telah disempurnakan Pesuruhjaya Pengakap Kawasan Sri Aman, Haji Abdul Rahman Haji Muhiyuddin.

Tamat.



Belia bawah 23 tahun sri aman dijemput hadir untuk pemilihan skuad bola SUKMA 28 - 29 Nov ini


Mugshot: ABANG NOREN ABANG NARUDDIN

SRI AMAN, Selasa (25 Nov) – Belia berusia bawah 23 tahun dalam kawasan Bahagian Sri Aman dijemput untuk menghadiri sesi pemilihan pemain yang akan diadakan di Padang Kompleks Sukan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman pada 28 hingga 29 November ini nanti.

Sesi pemilihan pemain yang akan bermula dari jam 4 hingga 6 petang pada tarikh yang dinyatakan itu adalah merupakan anjuran Majlis Sukan Negeri dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman atau SAFA.

Timbalan Pengerusi SAFA, Abang Noren bin Abang Naruddin ketika dihubungi berkata sesi pemilihan pemain ini bertujuan untuk memilih belia bawah 23 tahun dari kawasan Sri Aman bagi menyarung jersi skuad Sarawak ke Sukan Malaysia (SUKMA) dan Piala Residen selepas ini.

“Sejajar dengan hasrat Majlis Sukan Negeri untuk mencari pemain yang berkelayakkan untuk menyarung jersi skuad Sarawak ke SUKMA dan Piala Residen itu nanti maka sesi pemilihan ini bakal diadakan bagi mencari mereka yang layak bagi tujuan itu.

“Justeru semua beliau berusia bawah 23 tahun dari seluruh pelusuk kawasan Bahagian Sri Aman untuk dijemput hadir ke Padang KPSU Sri Aman mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi tujuan terbabit,” katanya.

Beliau juga berharap agar belia bawah 23 tahun dari kawasan Lingga, Engkilili, Lubok Antu, Pantu dan Skrang tidak melepaskan peluang masing-masing untuk mencuba potensi sukan bolasepak dalam diri masing-masing menerusi sesi pemilihan itu.

Sesi pemilihan terbabit menurut Noren harus dijadikan sebagai satu pentas untuk menguji sejauh mana bakat masing-masing dalam sukan bolasepak tempatan selepas ini.

“Adalah menjadi penghormatan buat belia itu sendiri sekiranya dapat mewakili Sri Aman untuk mewakili skuad Sarawak dalam SUKMA dan Piala Residen. Jadi datanglah ke sesi pemilihan pada tarikh dan tempat yang telah dinyatakan,” menurut beliau.

Tamat.

Durian menguntungkan penduduk Simunjan


ENAK...Ungkak Ringkai, 76, bersama cucu lelaki saudaranya Romzie Mabong, 35, dari Kampung Kesindu dalam daerah kecil Simunjan, Samarahan sedang khusyuk membelah durian untuk dijadikan sebagai Tempoyak ketika berlangsung musim durian di situ semenjak awal bulan Oktober lalu. Beliau ketika ditemui menjelaskan bahawa harga borong bagi sebiji buah durian di situ boleh mencecah antara harga RM1 hingga RM3 mengikut saiz buah berkenaan. Keluarga Ungkak yang mempunyai lebih dari tiga dusun durian kini dikatakan telah meraikan pendapatan sampingan melebihi RM600 semenjak bermulanya musim durian di kampung berkenaan. - 24 Nov

23 November, 2009

53 peserta sertai Kursus Kaunseling HIV / AIDS


Caption: UNTUK ALBUM...Para pencemarah dan peserta merakamkan gambar kenang-kenangan sebaik sahaja tamat kursus di sini baru-baru ini.


SRI AMAN, Isnin (23 Nov) – Seramai 53 orang kakitangan kerajaan dari Pejabat Pergigian, Pejabat Kesihatan dan Hospital Bahagian Sri Aman mengambil bahagian dalam Kursus Kaunseling HIV / AIDS bertempat di bilik persidangan sebuah hotel tempatan dalam bandar ini baru-baru ini.

Kursus Kaunseling HIV / AIDS anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman itu bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai teknik tapisan dan kaunseling ke atas penyakit HIV dan AIDS.

“Objektif kursus ini juga adalah untuk memperlengkapkan kemahiran dalam mengenalpasti dan merujuk klien yang berisiko tinggi untuk tujuan tapisan dan kaunseling penyakit terbabit.

“Malahan Kursus Kaunseling HIV / AIDS ini juga membolehkan para peserta untuk mengambil bahagian dalam contoh latihan penapisan dan kaunseling mengenai penyakit terbabit,” kata jurucakap majlis ketika ditemui pada kursus terbabit.

Kursus ini yang berlangsung selama dua hari di hotel berkenaan telah dikendalikan oleh Lily anak Kumbong, Margaret Minong, Rowland Mitop, Sendry Uti, Iyam Salidap, Jamaeini Bohari dan Buda anak Ason.

Kesemua ceramah dalam kursus berkenaan telah disampaikan oleh Dr Murnihayati Ali, Buda Ason / Sendry Uti, Dr Wong Toh Mee, Dr Muhd Ghazali Ahmad Narihan, Margaret Minong, Rowland Litop, Dr Hajah Hayati Ja’afar, Wong Mui Poh dan Tan Man Syn.

Antara ceramah yang disampaikan dalam kursus ini adalah Clinical Spectrum Of HIV / AIDS Infection, Peadiatrik HIV / AIDS And It’s Immunization Schedules, Reducing Maternal Fetal HIV Transmission And It’s Management, Positive Living, Death and Dying, Taking Drugs And Sexual History dan Public Health Aspect Of Handling Of HIV Health.

Tamat.


Setiap kampung perlu ada profail kampung kata Nyalau


Caption: SELAMAT DATANG…Nyalau (kanan) dan Rayong (kiri) sedang disambut oleh penghuni rumah panjang ketika tiba untuk merasmikan majlis itu di sini baru-baru ini.

SKRANG, Isnin (23 Nov) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak mengalakkan setiap rumah panjang dalam daerah Lubok Antu mempunyai buku laporan mengenai profail kampung masing-masing.

Menurut beliau ia bertujuan untuk memudahkan kerajaan mengenalpasti penduduk yang dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar bagi tujuan pemberian bantuan sewajarnya selepas ini.

“Laporan buku profail kampung bukan sahaja mencatatkan tentang pembangunan rumah panjang terbabit bahkan juga akan memudahkan pihak kerajaan mengenalpasti penghuni rumah panjang yang perlu mendapat bantuan daripada mereka.

“Lagipun laporan buku terbabit juga memudahkan kerajaan mengenalpasti penduduk yang benar-benar layak untuk mendapat bantuan dan bukannya mereka tidak sepatutnya mendapat bantuan daripada kerajaan selama ini,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Engkilili dan Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Sri Aman di Rumah Panjang Tr Bansang, Tanjung Skrang, Engkilili di sini kelmarin.

Selain itu Nyalau juga menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa golongan wanita dipinggirkan dari segala aspek pembangunan hidup selama ini.

Ia menurut beliau berikutan ramainya golongan wanita yang telah dilantik menjadi menteri sama ada di kabinet kerajaan disamping memegang jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan ketika ini.

“Jadi dakwaan wanita dipinggirkan di negara ini tidak berasas sama sekali,” katanya.

Nyalau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM60,000 untuk meratakan tapak rumah panjang baru untuk Tr Bansang, Tanjong manakala RM10,000 dan RM4,000 lagi adalah untuk JKKK Tr Bansang dan biro wanita rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok, Nelson Mujah Girie, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Pegawai Penerangan Sri Aman / Betong Charles Sigat Ason, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh

Tamat....




Jangan biar anak 'merempat' di kampung kata Rayong


Caption: TERIMALAH....Rayong sedang menyampaikan sijil kepada seorang murid ketika berlangsungnya majlis di situ.

SKRANG, Isnin (23 Nov) – Anak-anak tidak boleh dibiar menghabiskan masa masing-masing dengan melepak di rumah panjang atau kampung setelah mereka tamat belajar di peringkat sekolah menengah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa menyampaikan nasihat ini kepada ibubapa dari kawasan rumah panjang atau kampung khususnya dalam kawasan beliau.

Beliau berkata adalah amat merugikan sekiranya anak-anak dibiarkan di kampung atau rumah panjang masing-masing tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfeadah.

“Sebaliknya banyak pusat pengajian tinggi kemahiran di negara ini menawarkan ilmu untuk melengkapkan diri anak-anak bagi menghadapi saingan dalam dunia pasaran pekerjaan sekarang.

“Justeru ibubapa tidak harus berpeluk tubuh dalam soal ini. Hantarlah anak-anak ke untuk menimba ilmu di mana-mana pusat kemahiran atau pengajian yang setimpal dengan kebolehan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Persatuan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan Kem Skrang 2009 di Sk Skrang kelmarin.

Selain itu sokongan penduduk tempatan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) katanya adalah amat perlu demi kesinambungan proses pembangunan dalam negeri ini pada masa akan datang.

Sokongan padu itu katanya membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah hasil daripada projek pembangunan yang kini sedang giat diperlaksanakan di seluruh kawasan dalam negeri ini.

Oleh demikian Rayong berharap agar penduduk tempat terus memberikan sokongan padu terhadap kerajaan demi membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksana di kawasan masing-masing dan sekaligus mampu memberi faedah terhadap diri mereka.

Dalam majlis itu Dr Rayong bersama dengan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak memperuntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah sebanyak RM25,000 kepada SK Kem Skrang.

Tamat....


22 November, 2009

Penduduk Engkilili mahu Rayong masuk BN


Caption: SOKONG RAYONG...Nyalau (tengah) bersama rayong (kanan) dan rakyat dari kawasan DUN Engkilili menunjukkan tanda sokongan terhadap Rayong ketika berlangsungnya sebuah majlis di sini kelmarin.

ENGKILILI, Ahad (22 Nov) – Majoriti rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili menyokong penuh wakil rakyat mereka pada masa sekarang iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Rayong yang kini merupakan wakil rakyat pro-BN telah bertanding atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menewaskan calon BN – SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) iaitu Johnathan Krai anak Pilo bagi merebut kerusi DUN Engkilili menerusi pilihan raya negeri pada tahun 2006.

Tuai Rumah Silai anak Sandah dari Skim Skrang berkata rakyat dalam kawasan DUN Engkilili menganggap Rayong sebagai seorang wakil rakyat yang peramah dan mesra rakyat semenjak mentadbir DUN Engkilili pada tahun 2006 dahulu.

“Selain mesra, beliau (Rayong) adalah merupakan seorang wakil rakyat yang rajin menjengok dan menyelami masalah anak buahnya dalam kawasan DUN Engkilili selama ini.

“Atas sebab ini Rayong sangat diminati oleh rakyat dalam kawasan DUN Engkilili. Justeru rakyat khususnya di Ski Skrang mahu beliau menjadi calon BN pada pilihan raya negeri selepas ini,” katanya.

Disamping itu juga Dr Rayong juga rajin turun padang untuk menguruskan hal kematian yang membabitkan rakyatnya di luar kawasan DUN Engkilili disamping rajin menghadiri mana-mana majlis dalam kawasan ini.

Bagaimanapun beliau yakin bahawa Rayong kini sudah bersama BN berdasarkan kepada pengagihan wang peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) oleh beliau kepada rakyat DUN Engkilili yang tidak dimiliki oleh mana-mana calon pembangkang atau bebas sebelumnya.

Sementara itu Tr Adey dari Kubal Batu, Lidong berharap agar wakil rakyat mereka itu ditawark untuk menyertai BN secepat mungkin agar kawasan DUN Engkilili terus mendapat projek pembangunan daripada kerajaan BN pada masa akan datang.

‘Lagipun empat buah rumah panjang dalam kawasan Kubal kini masih jauh ketinggalan dari arus pembangunan dan ekoran itu rakyat disini menyokong penuh sekiranya Dr Rayong menyertai BN. Sebagai bukti saya baru sahaja menerima MRP daripada beliau sebelum ini,” katanya.

Sementara itu Chaong anak Beringai berpesan kepada barisan pemimpin tertinggi komponen parti BN agar menerima Rayong dalam perjuangan BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Tamat…..

Trademark'kan sri aman dengan Bumbu Bubur Pedas - Fatimah


Caption: TAHNIAH...Fatimah sedang menyampaikan hadiah saguhati kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh (dari kanan) Shamshuddin, Magdeline dan Badin ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Ahad (22 Nov) – Produk makanan Bumbu Bubur Pedas mampu dijadikan sebagai ‘signature product’ untuk Bandar Sri Aman demikian menurut Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumah Tangga dan Latihan), Datin Hajah Fatimah Abdullah.

Ini kerana produk makanan Bumbu Bubur Pedas menurut beliau telah pun tersenarai di antara 200 produk Makanan Warisan di Malaysia dan mampu dijadikan sebagai ‘ikon’ untuk bandar ini.

“Dengan Tebaloi yang kini dianggap sebagai ‘signature product’ untuk kawasan Mukah, produk Bumbu Bubur Pedas juga boleh dijadikan sebagai ‘signature product’ untuk bandar ini jika usaha mempromosikan produk itu dilaksana dari masa ke semasa.

“Jika produk Bumbu Bubur Pedas ini berjaya diperluaskan di peringkat dunia maka tidak mustahil produk ini akan menjadi begitu sinonim dengan Bandar Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Fatimah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Sri Aman bertempat di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Selain itu beliau juga mahu setiap pengusaha produk Bumbu Bubur Pedas di bandar ini untuk mementingkan kualiti pengeluaran produk makanan itu sebelum ia mula diperkenalkan kepada orang ramai selepas ini.

“Pengeluaran Bumbu Bubur Pedas bermula dari peringkat pembangunannya. Setiap pengusaha harus mementingkan aspek pembungkusan yang baik, penggunaan alatan, penyataan nutrisi, proses pengilangan yang menepati piawan dan perkhidmatan mesra pelanggan demi mempromosi produk itu di sini,” katanya.

Fatimah juga turut menambah bahawa sehingga kini sejumlah 31 buah produk makanan tempatan dalam negeri ini sudah pun tersenarai dalam Sarawak Best.

“Salah satunya ialah produk Bumbu Bubur Pedas yang dihasilkan oleh puan Endon dari bandar ini pada tahun 2007. Justeru saya berharap agar usaha dan kejayaan beliau menjadi ikutan terhadap pengusaha makanan dalam bandar Sri Aman selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, wakil Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Magdeline Lungan Ajang dan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Sri Aman, Badin Unor.

Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 yang bermula semenjak Jumaat lalu telah dimeriahkan dengan aktiviti promosi ‘Sri Aman Kitchen’, Pertandingan Bertandak / Bermukun, Pertandingan Karaoke, Demonstrasi dan Pameran Berasaskan Bumbu Bubur Pedas dan Gerai Jualan Beraneka.

Orang ramai yang berkunjung ke pesta turut berpeluang untuk membeli masakan popular Sri Aman berasaskan bubur pedas, makanan kering seperti Kerepek Pisang pelbagai perasa, Kuih Sepit, Kuih Cina, Herba Kacang Ma, Beras Tempatan dan banyak lagi.

Tamat.


Satu masakan Bumbu Bubur Pedas untuk setiap restoran - Shamshuddin

SRI AMAN, Ahad (22 Nov) – Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji mengalakkan setiap pengusaha restoran atau premis makanan dalam daerah Sri Aman untuk mempromosi produk makanan berasaskan Bumbu Bubur Pedas dalam menu makanan masing-masing selepas ini.

Menurut beliau para pengusaha makanan dalam bandar ini digalak untuk memperkenalkan produk terbabit memandangkan produk Bumbu Bubur Pedas kini mempunyai potensi yang cukup besar dalam pasaran.

“Saya mengalakkan setiap pengusaha dalam bandar ini sekurang-kurangnya memperkenalkan satu menu makanan yang berasaskan produk berasaskan Bumbu Bubur Pedas.

“Dengan berbuat demikian para pengunjung ke bandar ini akan menikmati produk makanan terbabit dan seterusnya membantu mempromosi produk berasaskan Bumbu Bubur Pedas ke luar kawasan Sri Aman selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Sri Aman bertempat di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Dengan mempromosi produk makanan berasaskan Bumbu Bubur Pedas di setiap premis makanan dalam bandar ini, usaha terbabit menurut beliau secara tidak langsung dapat membantu pihaknya untuk menjadikan Sri Aman sebagai Wilayah Pengeluaran Makanan terkemuka dalam negeri ini menjelang tahun 2020.

“Usahawan wanita khasnya perlu diberi bantuan sekiranya mereka mahu berkecimpung dalam bidang pengeluaran makanan berasaskan kepada produk Bumbu Bubur Pedas dalam bandar ini.

“Mereka perlu dibimbing dari segi teknik pembungkusan yang berkualiti, bijak mengeksploitasi kegunaan beras untuk produk ini (Bumbu) dan latihan lanjut untuk menghasilkan produk berkenaan,” katanya.

Majlis Penutupan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 yang berlangsung hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumah Tangga dan Latihan), Datin Hajah Fatimah Abdullah.

Hadir sama ialah wakil Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Magdeline Lungan Ajang dan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Sri Aman, Badin Unor.

Tamat.


Satu masakan Bumbu Bubur Pedas untuk setiap restoran - Shamshuddin

SRI AMAN, Ahad – Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji mengalakkan setiap pengusaha restoran atau premis makanan dalam daerah Sri Aman untuk mempromosi produk makanan berasaskan Bumbu Bubur Pedas dalam menu makanan masing-masing selepas ini.

Menurut beliau para pengusaha makanan dalam bandar ini digalak untuk memperkenalkan produk terbabit memandangkan produk Bumbu Bubur Pedas kini mempunyai potensi yang cukup besar dalam pasaran.

“Saya mengalakkan setiap pengusaha dalam bandar ini sekurang-kurangnya memperkenalkan satu menu makanan yang berasaskan produk berasaskan Bumbu Bubur Pedas.

“Dengan berbuat demikian para pengunjung ke bandar ini akan menikmati produk makanan terbabit dan seterusnya membantu mempromosi produk berasaskan Bumbu Bubur Pedas ke luar kawasan Sri Aman selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Sri Aman bertempat di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Dengan mempromosi produk makanan berasaskan Bumbu Bubur Pedas di setiap premis makanan dalam bandar ini, usaha terbabit menurut beliau secara tidak langsung dapat membantu pihaknya untuk menjadikan Sri Aman sebagai Wilayah Pengeluaran Makanan terkemuka dalam negeri ini menjelang tahun 2020.

“Usahawan wanita khasnya perlu diberi bantuan sekiranya mereka mahu berkecimpung dalam bidang pengeluaran makanan berasaskan kepada produk Bumbu Bubur Pedas dalam bandar ini.

“Mereka perlu dibimbing dari segi teknik pembungkusan yang berkualiti, bijak mengeksploitasi kegunaan beras untuk produk ini (Bumbu) dan latihan lanjut untuk menghasilkan produk berkenaan,” katanya.

Majlis Penutupan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 yang berlangsung hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumah Tangga dan Latihan), Datin Hajah Fatimah Abdullah.

Hadir sama ialah wakil Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Magdeline Lungan Ajang dan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Sri Aman, Badin Unor.

Tamat.

SK Nanga Menyebat cipta sejarah


Caption: CEMERLANG...Annester bersama Patrick Padri sedang menunjukkan slip keputusan UPSR 2009 sebaik sahaja tamat majlis di sekolah berkenaan baru-baru ini.

special thanks to SK Nanga Menyebat for the news

LUBOK ANTU, Ahad (22 Nov) – Priscilla Annester anak Willie muncul sebagai murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat, Lemanak, Lubok Antu setelah memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009 (UPSR) yang diumumkan pada hari Khamis yang lepas.

Annester, 12, merupakan salah seorang daripada 11 orang calon murid SK Nanga Menyebat. Lemanak, Lubok Antu yang menduduki UPSR bagi tahun ini.

Kejayaan beliau mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini telah diraikan menerusi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah SK Nanga Menyebat, Lemanak, Lubok Antu pada 19 November lalu.

“Ia sekaligus mencipta sejarah baru buat SK Nanga Menyebat, Lemanak yang terletak di kawasan pedalaman daerah Lubok Antu ini.

“Saya bersama kakitangan SK Nanga Menyebat, Lemanak berasa amat gembira berhubung kejayaan sekolah ini melahirkan seorang murid cemerlang bagi keputusan UPSR tahun ini,” kata Guru Besar berkenaan iaitu Patrick Padri Gamba ketika berucap pada majlis berkenaan.

Selain itu ia menurut beliau juga adalah merupakan kejayaan bersama oleh semua pihak yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi mendidik anak-anak tempatan untuk berjaya dalam bidang akademik tanpa mengenal rasa jemu dan putus asa.

Justeru Patrick berharap agar kejayaan Annester dapat dijadikan sebagai contoh bagi menyuntik semangat para murid sekolahyang lain terutamanya dari kawasan pendalaman agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Sementara itu Annester ketika ditemui menjelaskan bahawa kejayaan tersebut adalah merupakan hadiah kepada ibunya yang sentiasa ingin melihat dia berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Kejayaan katanya merupakan hadiah buat semua warga SK Nanga Menyebat yang telah banyak bertungkus lumus untuk membantu beliau mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa taraf pencapaian pendidikan oleh murid di kawasan luar bandar juga sama setanding dengan murid yang belajar di sekolah dalam kawasan bandar,” katanya.

Tamat.


21 November, 2009

Hari pertama Pesta Bambu Bubur Pedas tarik 500 pengunjung











Caption:

1.MENARIK...Abang Shamshuddin sedang menunjukkan beberapa paket produk jualan kepada pihak media ketika berlangsungnya majlis perasmian di sini hari ini.

2. FOKUS...Para pengunjung sedang memberikan fokus terhadap demonstrasi memasak ketika berlangsungnya pesta itu hari ini.

3. MERIAH...Sebahagian daripada orang ramai yang mengunjungi gerai jualan beraneka ketika bermulanya pesta itu hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (20 Nov) – Sekitar 500 orang penduduk membanjiri kawasan Tebingan Sungai Sungai Batang Lupar Sri Aman untuk menyaksikan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 yang berlangsung di situ mulai hari ini hingga hari Ahad kelak.

Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 yang bermula seawal jam 8 pagi hari ini merupakan anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman.

Pelbagai acara menarik bakal diadakan sepanjang berlangsung acara itu sehingga hari Ahad ini antaranya ialah promosi ‘Sri Aman Kitchen’, Pertandingan Bertandak / Bermukun, Pertandingan Karaoke, Demonstrasi dan Pameran Berasaskan Bumbu Bubur Pedas, Gerai Jualan Beraneka,

Dirasmikan oleh Residen Bahagian Sri Aman iaitu Abang Shamshuddin Abang Seruji pada jam 3 petang hari ini pesta itu bertujuan untuk memperkenalkan salah satu ‘Signature Product Sarawak’ di negeri ini.

Malahan pesta terbabit juga bertujuan untuk mencari juala untuk mewakili Sarawak ke Pertandingan Masakan Peringkat Kebangsaan 2009 sempena Showcase SDSI yang akan diadakan di MITC Melaka.

“Disamping pesta ini bertujuan untuk mempopular dan mengalak penggunaan bumbu bubur pdas dalam pelbagai masakan,” kata jurucakap penganjur sambil menambah Pertandingan Bintang Bubur Pedas dan Tandak Melayu Sarawak turut diselitkan dalam aktiviti pesta ini.

Orang ramai yang berkunjung ke pesta turut berpeluang untuk membeli masakan popular Sri Aman berasaskan bubur pedas, makanan kering seperti Kerepek Pisang pelbagai perasa, Kuih Sepit, Kuih Cina, Herba Kacang Ma, Beras Tempatan dan banyak lagi.

Bagaimanapun tinjauan rambang Utusan Sarawak menjangkakan jumlah kunjungan penduduk ke pesta ini akan meningkat ke 3,000 penduduk berdasarkan kepada hari cuti umum iaitu Sabtu dan Ahad esok.

Majlis Penutupan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 akan disempurnakan oleh Menteri Muda Pertanian merangkap Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datin Hajah Fatimah Abdullah.

Tamat.