Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 December, 2009

Tuai Rumah aset kerajaan - Harden


Caption: LAKSANA TUGAS...Harden sedang menyampaikan sijil perlantikan bagi 14 orang Tuai Rumah kepada Kaunselor Sawing Sumar (kanan) sambil disaksikan oleh Hairani (tengah) dan Henry (kiri) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Rabu (9 Dis) – Ketua Kaum terutamanya Tuai Rumah adalah merupakan aset penting kerajaan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan dalam negeri ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Ini kerana kerajaan menerusi jabatan dan wakil rakyatnya kata beliau memerlukan Tuai Rumah atau Ketua Kampung untuk mengetahui masalah yang melanda rakyat sebelum pelan dirangka bagi mengatasi masalah tersebut.

“Malahan Ketua Kaum juga adalah merupakan aset untuk kerajaan bagi mendapatkan sebarang maklumbalas berhubung perlaksanaan sesebuah program atau projek pembangunan di kawasan masing-masing.

“Justeru Ketua Kaum perlu sedar betapa penting mereka sebagai aset kerajaan selepas ini. Kita memerlukan kehadiran mereka dalam semua kawasan rakyat agar pelan pembangunan dapat dilaksana dengan penuh efisien,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen P.202 Sri Aman di Rumah Pilit, Kaong Undop, Batu Lintang, Sri Aman hari ini.

Selain itu beliau juga mahu Tuai Rumah atau Ketua Kampung untuk turun padang bagi membantu mendaftarkan anak buah masing-masing yang berkelayakan dalam program E-Subur, E-Kasih dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selepas ini.

Kegagalan berbuat demikian jelas beliau menyebabkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar menyalahkan wakil rakyat kerajaan kerana gagal memperjuangkan kebajikan hidup mereka selepas ini.

“Rakyat yang berkelayakan tidak akan mendapat bantuan E-Kasih, E-Subur dan PPRT jika Tuai Rumah tidak turun padang membantu mereka mendapatkan bantuan tersebut. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah wakil rakyat (YB) kawasan mereka sendiri,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai KEMAS Sri Aman, Hairaini Solo, wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Henry Kerang, para wakil ketua jabatan dan ketua kaum dari kawasan Sri Aman.

Harden pada majlis itu kemudiannya menyempurnakan majlis penyerahan 30 buah mesin getah hasil sumbangan Jabatan Pertanian Sri Aman kepada 11 buah rumah panjang dan individu kaum Cina dalam kawasan Undop, Batu Lintang.

Tamat.


No comments:

Post a Comment