Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2009

Tabung Baitulmal Sarawak Sri Aman sumbang bantuan kepada surau dan individu


Caption: TERIMALAH...Shamshul (kiri) sedang menyampaikan bantuan kepada seorang penerima (kanan) ketika berlangsungnya majlis di sini baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (1 Dis) – Tabung Baitulmal Sarawak cawangan Sri Aman telah menyerahkan sumbangan berupa Bantuan Kelengkapan Asas Surau dan Bantuan Seminar / Bengkel Keilmuan kepada tiga buah surau dalam Bahagian Sri Aman baru-baru ini.

Tiga penerima bantuan tersebut adalah Surau Darul Solihin, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke dan Surau Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan, Lingga.

Malahan Tabung Baitulmal Sarawak cawangan Sri Aman menerusi majlis yang berlangsung di Bilik Taklimat Zakat, Tabung Baitulmal Sarawak turut menyampaikan sumbangan berupa Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Rawatan Kritikal kepada beberapa orang penerima dari daerah ini.

Terdahulu Pengurus Tabung Baitulmal Sarawak cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri bin Manap ketika berucap pada majlis itu menjelaskan sumbangan berupa Bantuan Kelengkapan Asas Surau dan Bantuan Seminar / Bengkel Keilmuan ini bertujuan untuk menambahbaik kemudahan di masjid atau surau yang terpilih untuk tujuan itu.

“Ia juga bertujuan untuk menganti keperluan asas yang terdapat dalam sesebuah masjid atau surau bagi menjamin kelancaran agenda yang direncanakan oleh pihak pengurusan masjid dan surau selepas ini.

“Manakala itu Bantuan Seminar / Bengkel pula disalurkan untuk membantu menampung kos pembiayaan pelbagai aktiviti di surau atau masjid yang kaya dengan lunas-lunas keilmuan,” menurut beliau.

Justeru itu Shamshul berharap para penerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Rawatan Kritikal pada majlis itu untuk menfaatkan sebaik mungkin sumbangan pihak Tabung Baitulmal Sarawak selepas ini.

Hadir sama ialah Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Haji Sarkawi Syawal bin Elis, Pengurus Tabung Haji Cawangan Sri Aman, Inspektor Najib yakni wakil daripada IPD Sri Aman dan beberapa wakil jemputan dari SMK St. Luke Sri Aman dan SK Lela Pahlawan Lingga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment