Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2009

RELA terima 50 lagi ahli baru


Caption: UNTUK ALBUM...Bajuri (duduk tengah) bergambar kenangan bersama pegawai RELA Sri Aman dan ahli baru RELA ketika berlangsungnya sesi taklimat di sini baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (10 Dis) – Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman telah mengadakan Sesi Taklimat Pengenalan RELA bertempat di Wisma Persekutuan Fasa II Kejatau Sri Aman di sini baru-baru ini.

Sesi Taklimat Pengenalan RELA ini melibatkan sejumlah 50 orang ahli baru RELA dari kawasan Pasir Panas, Sri Aman itu telah dikendalikan oleh Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel (RELA) Bajuri Haji Adom.

Beliau ketika ditemui berkata taklimat ini bertujuan untuk menerangkan peranan serta fungsi RELA kepada masyarakat kepada kesemua 50 orang ahli baru berkenaan.

“Menerusi taklimat ini juga pihak kita menekankan tentang faktor disiplin dikalangan ahli baru ini bagi menjayakan peranan RELA dalam menjaga ketenteraman hidup masyarakat dari masa ke semasa,” katanya.

Selain itu Bajuri juga turut menerangkan keutamaan pasukan RELA dalam membantu pihak penguatkuasa undang-undang bagi membenteras kehadiran golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di daerah ini.

“Justeru kita amat mengalu-alukan kehadiran ahli baru RELA ini untuk menjayakan peranan RELA dalam menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat Sri Aman di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Joshua Ijau dan Mohd Azim Awang Ibrahim.

Tamat.


No comments:

Post a Comment