Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 December, 2009

Perancangan bandar adalah satu isu penting kata Harden


Caption: TAHNIAH... Penguang (kiri) sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima APC sambil diperhatikan oleh Jack (tengah) ketika berlangsungnya majlis terbabit.


SRI AMAN, Jumaat – Perancangan dan pembangunan sesebuah bandar adalah merupakan satu isu yang amat penting pada masa sekarang demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis.


Ini kerana isu ini menurut beliau membabitkan usaha kerajaan untuk memelihara khazanah sumber alam agar ia seimbang dengan hal ehwal rancangan pembangunan pada sebelum dan selepas ini.


“Dengan ini kerajaan sangat memandang berat isu penyelerasan perancangan dan pembangunan yang perlu dilihat dari peringkat makro iaitu perlaksanaan di peringkat persekutuan dan juga peringkat mikro iaitu di peringkat pelaksanaan di peringkat negeri," katanya.


Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Tetap kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Penguang Manggil ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bertempat di sebuah restoran dalam bandar ini malam kelmarin.


Selain itu profesion perancangan bandar dan desa ini kata Harden juga adalah merupakan salah satu profesion yang penting dalam menggerakkan program pembangunan di peringkat persekutuan, negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.


Peranan pihak Majlis Daerah Tempatan misalannya menurut beliau adalah amat penting dalam memastikan pembangunan sentiasa bersifat 'planning led' atau berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna.


“Dalam keadaan begitu, barulah persekitaran penempatan yang berkualiti dapat dibina oleh semua pihak atas perancangan asal para perancang bandar dan desa," katanya.


Hadir sama Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong Dagang, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik, Walikota MDSA, Piau Inggot, Setiausaha MDS, Jack Aman Luat, Setiausaha Majlis Daerah Betong (MDB), Anthony Luta dan Pembantu Khas Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Ugie.


Seramai 16 orang kakitangan MDSA Sri Aman menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2007 dan 2008. Penyampaian sijil dan hadiah ini disempurnakan Mong dan Dr. Penguang.


Pada majlis yang sama, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah menyumbangkan sebanyak RM5,000 manakala Harden dan Mong masing-masing menyumbangkan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada Kelab Rekreasi dan Kebajikan MDSA bagi tahun 2010 untuk tujuan aktiviti tahunan mereka.


Tamat...


No comments:

Post a Comment