Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 December, 2009

Madam Ngei dilantik penolong peg pendaftaran Foochow


Caption. SELAMAT BERTUGAS…… Fauzina Bte Tawni menyampaikan sijil perlantikkan kepada Puan Ngei Hie Hee dalam majlis itu.

by Edwin Raoh

Utusan Borneo Sri Aman


(unedited news)


SRI AMAN (8 Dis) : Wartawan See Hua Daily News cawangan Sri Awan Puan Ngei Hie Hee dilantik sebagai Penolong Pendaftaran Perkhawinan untuk Persatuan Foochow Simanggang berkuatkuasa 6 November lalu dan akan berakhir 5 November 2011 nanti.

Surat perlantikkan bagi memegang jawatan itu daripada Jabatan Pendatfaran Negara (JPN) Sri Aman telah diterima oleh Puan Hee dalam majlis ringkas bertempat di pejabat JPN Sri Aman di sini, Isnin lalu.

Surat perlantikkan itu telah disampaikan oleh Pegawai Pendaftaran Kanan JPN Sri Aman Fauzina Bte Tawni.

Puan Hee berkata, beliau akan berkhidmat dengan sebaik-baiknya bagi menunaikan kepercayaan kepada JPN kepadanya.

“Saya yang mewakili Persatuan Foochow Simanggang mengucap terimaksih kepada JPN Sri Aman kerana menaruh kepercayaan kepada saya untuk menyandang jawatan yang saya anggap amat mencabar itu,” katanya kepada Utusan Borneo sebaik sahaja selesai majlis itu, Isnin lalu.

Antara tugas yang akan dilakukan oleh Puan Hee ialah menjalankan tugas pengupacaraan dan pendaftran perkahwinan mengikut kehendak-kehendak Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian ) 1976 dan keadah-kaedahnya.

Disamping itu beratanggungjawab mengenai simpanan dan pengawasan sijil perlantikkan, daftar-daftar perkahwinan dan buku kawalan dengan teratur.

Tamat….

No comments:

Post a Comment