Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 December, 2009

Kes rogol 5 murid di Lubok Antu masih dalam siasatan - saspek dilepas dengan ikat jamin polis

SRI AMAN, Jumaat (4 Dis) – Kes rogol yang membabitkan seorang guru lelaki dan lima orang murid perempuan dari sebuah sekolah rendah dalam kawasan daerah Lubok Antu kini masih lagi berada dalam siasatan pihak polis.

Untuk itu pihak polis belum lagi membuat pendakwaan terhadap saspek iaitu guru lelaki berusia 27 tahun terbabit berhubung kes rogol berkenaan demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman, ASP Sazali Latip ketika dihubungi hari ini.

“Saspek kini sudah pun dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan pihak polis. Kes rogol ini masih dalam siasatan pihak kita dan belum ada pendakwaan dibuat berhubung kes tersebut,” katanya.

Terdahulu pihak polis telah mengenakan tahanan reman terhadap saspek selama 14 hari bermula 7 hingga 21 November lepas berhubung kes rogol dan liwat terhadap lima orang murid perempuan di sekolahnya sebelum itu.

Saspek telah diberkas oleh pihak polis di kediamannya apabila pihak sekolah melaporkan perkara berkenaan terhadap pihak polis berhubung kes rogol dan liwat terhadap lima orang murid perempaun berusia 7 hingga 10 tahun di sekolah berkenaan.

Saspek yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak itu dipercayai telah merogol lima orang pelajar perempuan sekolah terbabit semenjak dari tahun 2006.

Tamat.

No comments:

Post a Comment