Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2009

Kempen anti Chikungunya di Mini Stadium 9 Disember ini

SRI AMAN, Rabu (2 Dis) - Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan menganjurkan Kempen Anti Denggi / Chikungunya dan Kebersihan Kawasan 2009 bertempat di Mini Stadium, Sri Aman pada 9 Disember ini.
Kempen Anti Denggi / Chikungunya dan Kebersihan Kawasan 2009 yang bakal bermula jam 2.30 petang di Mini Stadium Sri Aman itu nanti bertujuan untuk membasmi penularan wabak Denggi dan Chikungunya dalam daerah ini.
“Kempen ini membolehkan semua pihak memusnahkan lokasi yang berpotensi untuk menjadi sarang pembiakan nyamuk khususnya nyamuk Aedes demi membenteras penularan wabak penyakit berbahaya dari spesis nyamuk tersebut selepas ini.
“Dengan adanya usaha itu, kempen tersebut secara tidak langsung akan dapat mengurangkan risiko penularan wabak terbabit disamping mengindahkan lahi kawasan dalam bandar ini,” menurut kenyataan yang diterima di sini kelmarin.
Selain itu Kempen Anti Denggi / Chikungunya dan Kebersihan Kawasan 2009 ini juga berperanan penting dalam memberi kesedaran terhadap orang ramai tentang betapa pentingnya aspek kebersihan dalam kawasan masing-masing selepas ini.
Kawasan persekitaran yang bersih dan sihat boleh mengelakkan penduduk daripada diserang oleh penyakit berbahaya seperti Chikungunya dan Demam Denggi.
“Kempen kebersihan kali ini adalah merupakan aktiviti bulanan pihak MDSA yang membabitkan penyertaan semua lapisan penduduk dari sekitar kawasan daerah Sri Aman ini.
“Oleh yang demikian pihak kami ingin menjemput semua penduduk dari sekitar kawasan Sri Aman untuk turun padang bagi menjayakan Kempen Anti Denggi / Chikungunya dan Kebersihan Kawasan 2009 pada 9 Disember ini,” katanya.
Tamat...

No comments:

Post a Comment