Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 December, 2009

Hari Terbuka RTM 11 hingga 13 Disember ini!

SRI AMAN, Jumaat (4 Dis) – Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman akan mengadakan Hari Terbuka RTM Sri Aman 2009 bersempena dengan sambutan Hari Q (Kualiti) RTM Sri Aman bermula 11 hingga 13 Disember ini nanti.

Hari Terbuka RTM 2009 yang akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam pada 11 dan 12 Disember dan 8 pagi hingga 2 petang pada 13 Disember itu nanti bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra di antara penduduk bandar Sri Aman dan kakitangan stesen penyiaran itu sendiri.

Untuk itu Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Haji Abang Joh berkata pelbagai acara dan program menarik telah disediakan bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Terbuka RTM Sri Aman 2009 bermula 11 hingga 13 Disember ini nanti.

Antaranya ialah pameran oleh jabatan kerajaan dan swasta, gerai jualan beraneka, pemeriksaan kesihatan secara percuma, persembahan Gendang Ria secara lintas langsung, sukaneka, ujibakat juruhebah radio secara percuma, Pertandingan Bintang Klasik, Bintang RaSA, Bintang Kecil, Bertandak Berpasangan dan Tarian Shuffle.

“Program Hari Terbuka sempena sambutan Hari Q RTM Sri Aman ini adalah merupakan aktiviti yang julungkali diadakan oleh pihak kita di bandar ini.

“Kita mahu penduduk khususnya pendengar setia stesen radio RTM atau RaSA FM Sri Aman untuk mengenali personaliti juruhebah dengan lebih dekat disamping melihat sendiri langkah pengendalian operasi kita di sini menerusi sambutan Hari Terbuka ini nanti,” katanya.

Kemuncak program Hari Terbuka RTM 2009 berkenaan menurut Sulaiman akan berlangsung pada 13 Disember ini nanti di mana berlangsungnya Majlis Anugerah Q RTM Sri Aman pada malam tarikh tersebut.

“Tiga jenis anugerah akan disampaikan pada malam itu antaranya ialah Anugerah Khas Jabatan Q RTM Sri Aman, Anugerah Pegawai Kreatif dan Innovatif dan Anugerah Pegawai Contoh.

“Anugeras Q ini memberi peluang kepada petugas cemerlang pada peringkat stesen kawasan yang tidak mendapat anugerah cemerlang di peringkat jabatan untuk menerima anugerah menerusi majlis ini,” katanya.

Justeru orang ramai dijemput hadir secara beramai-ramai ke RTM Sri Aman untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan Hari Terbuka RTM Sri Aman 2009 pada 11 hingga 13 Disember ini nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment