Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2009

Gadis hilang beg tangan ketika menari

SRI AMAN, Rabu (2 Dis) – Perasaan gembira seorang gadis bertukar menjadi kecewa apabila beg tangannya hilang ketika meraikan majlis perkahwinan anak rakan perempuannya di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini pada malam Ahad lalu.

Gadis berketurunan kacukan Iban Cina itu menjelaskan bahawa beg tangannya hilang ketika meninggalkan meja kumpulannya untuk menari pada majlis perkahwinan berkenaan.

“Sebelum berlakunya kejadian beg tangan saya telah ditinggalkan atas meja untuk menari bersama rakan-rakan yang lain ketika berlangsungnya majlis pernikahan tersebut.

“Apabila pulang kembali ke meja, saya mendapati bahawa beg tangan saya yang mengandungi dokumen penting termasuk kad pengenalan, lesen memandu, wang dan telefon bimbit itu telah pun hilang,” katanya.

Setelah gagal mengesan beg tangan miliknya itu pada majlis itu, gadis terbabit kemudiannya bertindak melaporkan kejadian terbabit ke Balai Polis Sri Aman bagi tujuan tindakan lanjut.

Bagaimanapun beliau berhasil menemui semula kad pengenalan dan lesen memandunya apabila orang ramai menemui kedua-dua dokumen penting terbabit di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman tengahari kelmarin.

“Orang ramai yang mendapati bahawa lesen dan kad pengenalan saya terbiar di kawasan itu dan seterusnya menghantar dokumen tersebut ke Balai Polis Sri Aman menjelang tengahari kelmarin.

“Namun beg tangan saya beserta dengan duit dan telefon bimbit masih tidak ditemui hingga sekarang,” menurut gadis terbabit yang enggan identitinya didedahkan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment