Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 December, 2009

Budayakan gotong royong - Harden


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (duduk empat kanan) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa RPR Fasa I dan kakitangan MDSA sebelum bermulanya kempen tersebut baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis – Menteri (3 Dis) Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis mahu penduduk Sri Aman membudayakan amalan gotong-royong dalam kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Ini kerana penduduk menurut beliau hanya melaksanakan kerja gotong-royong secara bermusim dan juga ketika pihak kerajaan tempatan mengarahkan mereka berbuat demikian.

“Membudayakan amalan ini (gotong-royong) secara tidak langsung boleh mendidik penduduk untuk bersikap secara ‘automatik’ dan lebih bertanggungjawab bagi membersihkan kawasan penempatan masing-masing sepanjang masa.

“Jangan tunggu kawasan penempatan terlalu kotor atau menjelang ketibaan musim perayaan untuk berbuat demikian kerana ia boleh menyemai sikap kurang bertanggungjawab dikalangan penduduk bagi memastikan tahap kebersihan kawasan penempatan masing-masing selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Gotong-Royong dan Anti Nyamuk anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bertempat di Penempatan Dayak, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa I di sini baru-baru ini.

Selain itu Harden juga mahu penduduk dalam kawasan Sri Aman untuk mengambil serius tentang penularan wabak Demam Denggi dan Chikungunya yang semakin serius pada masa sekarang.

“Kekotoran kawasan tempat tinggal boleh mengalakkan lagi pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi punca kepada penularan wabak penyakit berbahaya ini.

“Justeru masalah penularan penyakit ini mungkin dapat dikurangkan sekiranya amalan gotong-royong dapat dibudayakan oleh semua penduduk dari kawasan dalam dan luar bandar selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment