Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2009

Bank Rakyat Sri Aman pindah ke lokasi baru




Caption:

1. UNTUK ALBUM...Kidzbullah (duduk empat kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Bank Rakyat Sri Aman ketika berlangsungnya majlis itu. Turut kelihatan ialah Roslan (duduk dua kiri) dan Yahaya (duduk tiga kiri).

2. MANFAATKAN...Kidzbullah (empat kanan), Yahaya (lima kanan) dan Roslan (tiga kanan) bergambar kenangan bersama penerima zakat Asnaf ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (7 Dis) – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat cawangan Sri Aman secara rasminya telah berpindah pusat operasi ke bangunan baru yang terletak di Lot 1647 dan 1648, Jalan Hospital, dalam bandar Sri Aman hari ini.

Perpindahan pusat operasi ini telah diraikan menerusi Majlis Soft Launch Bangunan Baru Bank Rakyat cawangan Sri Aman yang berlangsung di bangunan baru bank berkenaan pada jam 9 pagi hari ini.

Pengurus cawangannya iaitu Roslan Ali ketika ditemui berkata pusat operasi baru Bank Rakyat cawangan Sri Aman bakal mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan terhadap pelanggan dari sekitar kawasan daerah Sri Aman dan yang berdekatan.

“Bank Rakyat cawangan Sri Aman sebelum ini beroperasi di Lot 838, Jalan Sabu semenjak tahun 2000 dahulu sebelumnya pusat operasinya berpindah ke Lot 1647 dan 1648, Jalan Hospital berkuatkuasa hari ini.

“Dengan adanya bangunan baru ini, kualiti perkhidmatan Bank Rakyat cawangan Sri Aman sudah semestinya dapat dipertingkat menerusi ruang urusniaga yang lebih luas, selesa dan mudah ditemui oleh penduduk,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Bagi menyerikan majlis tersebut sejumlah tujuh buah sekolah telah menerima wang Zakat Asnaf bagi tahun 2008 yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM95,000 hasil sumbangan cawangan bank terbabit.

Tujuh buah sekolah ini iaitu SMK Simanggang, SMK Melugu, SMK Spaoh, SK Meludam, SK Spaoh, SK Lela Pahlawan dan SK Bakong telah menerima sumbangan terbabit menerusi majlis yang dirasmikan oleh Pengurus Besar, Operasi Cawangan Bank Rakyat iaitu Ahmad Kidzbullah Haji Ridzuan.

Hadir sama ialah Ketua Bank Rakyat bagi Kawasan Wilayah Sarawak iaitu Sheikh Yahya Ahmad, Eksekutif Jabatan Komunikasi Komunikasi Korporat Bank Rakyat, Ahmad Zulhaimi Dato Zainuddin, Pengurus cawangan Bank Rakyat cawangan Sri Aman, Roslan Ali, para wakil pengurus cawangan dari seluruh negeri ini.

Turut diadakan pada majlis itu ialah persembahan kebudayaan Tarian Ngajat Iban dan Tarian Naga serta hadiah kepada lima pelanggan pertama yang hadir bagi mendaftar akaun Bank Rakyat di bangunan baru berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment