Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 December, 2009

Anggota JPAM perlu sedia hadapi kemungkinan bencana alam - Shamshuddin




Caption:

1.PENGHARGAAN...Che Othman (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Shamshuddin (kanan) sambil disaksikan oleh Fikry ketika berlangsungya majlis hari ini.

2. TAHNIAH...Shamshuddin sedang menyampaikan sijil tamat kursus kepada wakil peserta sambil disaksikan oleh Che Othman ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Sabtu (5 Dis) – Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sri Aman diminta untuk sentiasa bersedia mulai sekarang bagi menghadapi kemungkinan kejadian bencana alam menjelang kedatangan musim cuaca buruk dalam daerah ini.

Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Sukarelawan Pertahanan Awam Siri 2 / 2009 Daerah Sri Aman di Balai Bomba Sri Aman hari ini.

Katanya setiap anggota JPAM Sri Aman perlu memainkan peranan penting dalam membantu lain-lain agensi kerajaan bagi menangani sebarang kemungkinan ketika berlangsungnya musim cuaca buruk selepas ini.

“Inilah masanya bagi setiap anggota JPAM Sri Aman mempratikkan segala ilmu yang mereka peroleh menerusi latihan fizikal dan mental sebelumnya bagi menghadapi kemungkinan kejadian bencana alam selepas ini.

“Justeru diharap agar anda semua komited melaksanakan tanggungjawab ketika membantu lain-lain agensi kerajaan bagi menangani kejadian bencana alam dalam daerah Sri Aman ini,” katanya.

Selain itu pihak Pejabat Residen Bahagian Sri Aman menurut Shamshuddin juga telah menerima sebuah bot laju bagi menangani kemungkinan berlakunya kejadian bencana alam di kawasan Sri Aman.

“Bagaimanapun pihak kita akan terus berusaha untuk memohon lebih banyak peruntukan kewangan daripada kerajaan disamping menambah jumlah peralatan menyelamat bagi menghadapi kemungkinan kejadian bencana alam di sini selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Colonel (PA) Haji Che Othman bin Hussein, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Nur Fikry Usop, para wakil jabatan kerajaan dan anggota JPAM Sri Aman.

Sejumlah 72 anggota JPAM Sri Aman tamat mengikuti Kursus Asas Sukarelawan Pertahanan Awam Siri 2 / 2009 Daerah Sri Aman yang berlangsung dari 29 November hingga 5 Disember.

Pada majlis itu, Prebet (PA) Rudy Abang telah menerima Anugerah Kawad Kaki Terbaik manakala Prebet Raynoldhardi Bromley dan Prebet Norhasliza pula memenangi Anugerah Peserta Terbaik Keseluruhan dan Peserta Akademik Terbaik.

Tamat.











No comments:

Post a Comment