Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2009

50 sertai kursus silat di sri aman




Caption:

1.TAHNIAH...Bahtia (kanan) sedang menyampaikan hadiah kepada Hamizi (kiri) sambil disaksikan oleh Mazfiza (dua kiri) setelah dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik pada program tersebut.

2. UNTUK ALBUM...Mazfiza (duduk tengah dua kiri) bersama tetamu undangan terhormat dan peserta kursus bergambar kenangan ketika berlangsungnya program tersebut semalam.

SRI AMAN, Selasa (1 Dis) – Seramai 50 orang belia dan beliawanis mengambil bahagian dalam Program Rakan Muda Wajadiri Parlimen Sri Aman 2009 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Program Rakan Muda Wajadiri Parlimen Sri Aman 2009 yang bermula dari jam 8 pagi hingga jam 8 malam itu adalah merupakan anjuran bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman dan Rumpun Silat Sarawak Wilayah Sri Aman.

Ketua jurulatih program, Yakub bin Zamahari ketika ditemui berkata tujuan utama program ini diadakan adalah bagi memupuk minat para remaja untuk menyertai aktiviti Rakan Wajadiri termasuknya pencak Silat.

“Menerusi program ini, para peserta telah didedahkan dengan pendedahan asas mengenai asal Silat Wiralaga dan Silat Seni disamping mendidik mereka tentang undang-undang pertandingan Silat Wiralaga.

“Para peserta juga turut diajar mengenai teknik asas tumbukan, tendakan, jatuhan dalam Silat Wiralaga selain menerapkan sifat disiplin dalam diri masing-masing menerusi program ini,” katanya yang juga merupakan kakitangan penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman.

Untuk menjayakan Program Rakan Muda Wajadiri Parlimen Sri Aman 2009 ini beberapa acara menarik telah diadakan antaranya ialah persembahan silat secara beramai-ramai oleh peserta dan demo Silat Wiraraga.

Turut diadakan ialah acara persembahan silat secara solo oleh juara Pertandingan Silat Peringkat Sekolah Bahagian Sri Aman tahun 2008 / 2009 iaitu Faiz Hamizi Yakub dan persembahan tempur wanita oleh naib juara Pertandingan Silat Tempur Peringkat Sekolah-Sekolah Sarawak tahun 2009 iaitu Sharifah Nur Rahimah.

“Justeru diharapkan agar para belia dapat meneruskan warisan Seni Silat selepas ini disamping menjadikan Silat sebagai aktiviti sukan masa lapang para remaja dalam bandar Sri Aman,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Mazfiza Mahamad Badawi, Pengerak Rakan Muda Sri Aman, Erin Rachealene, Pengerak Rakan Muda Lubok Antu, Hiew Siew Chin, Pengerusi Rumpun Silat Sarawak wilayah Sri Aman, Bahtia Haji Wasli, Pengerusi Silat Helang Putih wilayah Sri Aman, Julkiria Abdurahim.

Faiz Hamizi Yakub telah dinobatkan sebagai Peserta Kursus Terbaik dan Pesilat Harapan Lelaki menerusi program itu manakala Sharifah Nur Rahimah pula dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik Wanita.

Tamat.







No comments:

Post a Comment