Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 December, 2009

300 warga KEMAS berkampung di Betong

SRI AMAN, Rabu(3 Dis)  –  Seramai 300 orang warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak akan menyertai Program Hari Literasi Luar bandar KEMAS 2009 bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong bermula dari 4 hingga 6 Disember ini.
 
Program yang berlangsung selama tiga hari itu nanti akan melibatkan peserta yang terdiri dari kanak-kanak Pra-Sekolah, peserta Pendidikan Literasi Fungsian, Pendidikan Literasi Komputer, Pusat Sumber Sekitar, Program Pendidikan Masyarakat, Pelajar sekolah Menengah dan Rendah, belia-beliawanis dan ibu bapa. 
 
Tujuan program itu diadakan adalah untuk mempromosi dan memperjelaskan tujuan program aktiviti Literasi KEMAS kepada orang ramai disamping menyediakan wadah bagi mengalakkan penduduk luar bandar membudayakan amalan membaca dalam diri masing-masing selepas ini.
 
“Malahan program ini juga bertujuan untuk menggalak penyertaan penduduk dalam aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan minda dan keilmuan. 
 
“Untuk itu pelbagai aktiviti menarik akan diselitkan menerusi program ini antaranya ialah aktiviti galakan membaca, aktiviti Seni Tangan Tempatan, demonstrasi jahitan dan demonstrasi makanan tradisional Sarawak,” menurut jurucakap penganjur program ketika dihubungi kelmarin.
 
Selain itu aktiviti ceramah, jualan dan pameran buku, pameran sudut bacaan di rumah, pameran agensi-agensi kerajaan / badan berkanun / NGO dan cakna rakyat yang melibatkan pemeriksaan kesihatan juga bakal diadakan pada program berkenaan.
 
“Majlis penutupan rasmi program ini nanti akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Joseph Entulu Blaun. Justeru orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan lagi terbabit,” katanya.
 
Tamat... 

No comments:

Post a Comment