Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 December, 2009

MERRY KRISMAS N Happy New Year To All

Sri Aman News dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru kepada semua pembaca blog ini. Salam maaf jika penulis ada terkasar 'bahasa' kepada pembaca sekalian selama ini. Terima kasih kepada semua pihak yang turut menyumbang artikel dan bahan berita kepada Sri Aman News.
Kita jumpa lagi Januari 2010. Meet ya!

Sedia hadapi cabaran global - Abang Jo


Caption: APA KHABAR? Zohari sedang bersalaman dengan ahli PBB Lingga sambil diiringi oleh Simoi (kiri), Wahab (belakang kanan) dan Abu Seman (belakang tengah) sebaik sahaja tiba untuk merasmikan majlis berkenaan hari ini.

SRI AMAN, Selasa (22 Dis) – Barisan pemimpin dan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dinasihat agar bersiap sedia untuk menghadapi saingan dan cabaran global mulai masa sekarang demikian menurut Timbalan Presiden II PBB, Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg.

Ini kerana Ketua Menteri merangkap presiden parti terbabit iaitu Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah mengarahkan semua pemimpin dan ahli parti untuk memfokuskan PBB sebagai parti yang memperjuangkan kebajikan hidup penduduk Bumiputera menerusi gelombang politik pembangunan yang kedua selepas ini.

“Cabaran global ini mulai tampak perbezaannya apabila kemudahan Teknologi Komunikasi dan Internet (ICT) wujud dengan meluas dalam perlaksanaan gelombang politik pembangunan yang kedua berbanding dengan gelombang politik pembangunan yang pertama dahulu.

“Atas sebab ini demi membolehkan Sarawak bersaing dari segi kemajuan berbanding orang luar kelak maka semua ahli PBB termasuk barisan pemimpin harus memperlengkapi diri masing-masing dengan ilmu ICT terbabit mulai masa sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tri Tahunan PBB cawangan N.23 Lingga bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Selain itu Zohari juga mahu semua ahli PBB untuk mempertahankan budaya politik halus dalam negeri ini demi membolehkan Sarawak mencapai sasaran sebagai sebuah negeri maju dalam Malaysia menjelang tahun 2030.

“Rahsia kejayaan pembangunan dalam negeri kita sebenarnya terletak pada kekuatan PBB sebagai tulang belakang Kerajaan Negeri yang berjaya membuktikan kepada ‘orang luar’ bahawa kita bersama komponen parti Barisan Nasional (BN) yang lain mampu mengamalkan budaya politik yang halus di sini selama ini.

“Justeru adalah amat penting bagi semua ahli PBB untuk terus mempertahankan budaya politik halus ini agar kita mampu melaksanakan usaha pembangunan dalam negeri ini bersama komponen parti BN negeri yang lain,” katanya.

Hadir sama ialah Naib Presiden Kanan PBB, Haji Abdul Wahad Aziz, Timbalan Setiausaha Agung PBB, Abu Seman Jahwie, Ketua cawangan PBB N.23 Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Haji Abdul Karim Hamzah, para pemimpin cawangan dan ahli PBB Lingga.

Tamat.


Amalkan budaya politik matang - Simoi


Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI

SRI AMAN, Selasa (22 Dis) – Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.23 Lingga diseru agar mengamalkan budaya politik yang lebih matang selepas ini demikian menurut ketua cawangannya, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Ini kerana penglibatan seseorang individu dalam sesebuah parti politik hanya semata-mata untuk meraih populariti pada nama adalah dianggap sebagai tidak ‘matang’ dan boleh merosakkan hala tuju sebenar perjuangan parti itu sendiri.

“Seseorang yang ingin terlibat dalam parti politik perlu sedar bahawa mereka sebenarnya berjuang untuk mempertahankan hak kebajikan hidup rakyat yang dipimpin oleh parti mereka selama ini.

“Jika mereka menyertai politik hanya kerana ingin terkenal maka ia secara tidak langsung bertentangan dengan matlamat perjuangan utama parti. Kita di PBB mahu budaya politik matang diperjuangkan oleh semua ahli dan bukannya hanya mahu popular,” katanya.

Simoi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Tri Tahunan PBB cawangan N.23 Lingga bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Selain itu beliau juga mahu semua ahli PBB khususnya dari kawasan cawangan Lingga untuk terus bekerjasama dengan pihak barisan pemimpin tertinggi parti bagi mencapai matlamat pembangunan di kawasan DUN Lingga.

“Sokongan yang kuat pada peringkat akar umbi membolehkan suara rakyat di kawasan kita (Lingga) menjadi lebih jelas terutama sekali dalam memperjuangkan pembangunan hidup masing-masing.

“Justeru amat penting bagi semua pihak menolak kepentingan diri masing-masing dalam parti selepas ini demi menjadikan PBB sebagai sebuah parti Barisan Nasional yang terus unggul dalam meneraju pembangunan di Sarawak,” menurut beliau.

Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Tri Tahunan PBB cawangan N.23 Lingga itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden II PBB, Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg merangkap Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar.

Hadir sama ialah Naib Presiden Kanan PBB, Haji Abdul Wahad Aziz, Timbalan Setiausaha Agung PBB, Abu Seman Jahwie, Ketua cawangan PBB N.23 Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Haji Abdul Karim Hamzah, para pemimpin cawangan dan ahli PBB Lingga.

Tamat.


Jabu adakan rumah terbuka Krismas

SRI AMAN, Selasa (22 Dis) – Penduduk dari kawasan Bahagian Betong dan Sri Aman dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bersempena dengan perayaan Krismas pada 25 Disember ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Isik Utau ketika dihubungi berkata majlis rumah terbuka ini akan berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong pada 25 Disember bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

“Semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama dijemput hadir pada majlis itu. Tujuan utamanya ialah adalah untuk mengeratkan hubungan tali silaturahim di antara penduduk berbilang kaum dalam Bahagian Betong.

“Justeru diharapkan majlis rumah terbuka itu nanti dapat mengumpulkan semua penduduk berbilang kaum dalam Bahagian Betong bagi sama-sama memeriahkan sambutan Krismas 2009 pada 25 Disember itu nanti,” katanya.

Majlis Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang itu bakal dihadiri oleh Senator Empiang Jabu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lain.

Majlis Rumah Terbuka Datuk Patinggi Jabu sempena perayaan Krismas ini diadakan semula semenjak sekian lama program seumpama itu tidak diadakan pada beberapa tahun lepas.

Tamat.

Harden batalkan sambutan Krismas di Sri Aman


Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Selasa – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bersama keluarganya tidak akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka bersempena sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember ini.

Jurucakap beliau ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau bersama keluarga terpaksa membatalkan Majlis Rumah Terbuka Krismas di Sri Aman pada tahun ini atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Harden bersama keluarga sememangnya tidak pernah ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Krismas di kediaman beliau dalam kawasan Jalan Tini pada perayaan Krismas yang sebelumnya.

“Sudah tentunya berita ini mengecewakan para rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN kerana masalah beliau menyebabkan majlis rumah terbuka pada tahun ini dibatalkan...maka kita terpaksa terima,” katanya.

Bagaimanapun Harden bersama keluarganya menurut jurucakap terbabit mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Krismas dan Tahun Baru kepada semua rakyat dalam bandar Sri Aman.

“Beliau bersama keluarga juga mungkin tidak akan menyambut Krismas pada tahun ini disebabkan oleh masalah berkenaan. Namun beliau tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua penduduk beragama Kristian dalam bandar ini,” katanya.

Tamat.



Kampung Baru Hulu Betong anjur kempen anti denggi


Caption: UNTUK ALBUM...Para penduduk bersama tetamu undangan khas sedang bergambar kenangan sebaik sahaja selesai kempen tersebut baru-baru ini.

BETONG, Selasa (22 Dis) – Seramai 200 orang penduduk Kampung Baru Hulu Betong mengambil bahagian dalam kempen gotong-royong membersihkan kawasan kampung mereka baru-baru ini.

Kempen anjuran JKKK dan AJK Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Betong serta Majlis Daerah Betong ini bertujuan untuk bagi membasmi wabak Chikungunya dan Denggi yang kian menular pada waktu sekarang.

Pengerusi kempen terbabit, Noraini Haji Mohd Wasli ketika ditemui menjelaskan bahawa aktiviti ini amat penting bagi memupuk kesedaran orang ramai tentang bahaya penularan kedua-dua penyakit yang berpunca dari nyamuk Aedes selama ini.

“Peningkatan wabak penyakit itu kian ketara di kawasan dalam dan luar bandar yang terdedah kepada aktiviti penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan pada masa sekarang.

“Justeru atas sebab ini pihak kita menerusi kempen terbabit telah menyarankan penduduk untuk meluangkan masa selama lima minit pada setiap hari bagi membersihkan kawasan penempatan masing-masing,” menurut beliau.

Selain itu kempen gotong-royong ini juga menurut beliau bertujuan untuk menerangkan kepada penduduk mengenai penyakit dan ancaman kesihatan yang boleh disebabkan oleh nyamuk Aedes menerusi wabak Chikungunya dan Denggi.

“Diharapkan agar kempen terbabit dapat mempertingkatkan kesedaran mengenai bahaya penyakit terbabit dikalangan penduduk khususnya dari Kampung Baru Hulu Betong selepas ini,” katanya.

Terdahulu Noraini sendiri selaku wakil Majlis Daerah Betong menyampaikan taklimat terhadap penduduk mengenai penyakit tersebut sebelum plastik pembuangan sampah dan ubat pembunuh jentik-jentik diagih kepada para penduduk di Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu.

Pegawai Jabatan Kesihatan Bahagian Betong, Dr Shahril Yong Abdullah, Pengerusi JKKK Kampung Baru Hulu Betong, Wan Boehana Wan Omar dan Pengerusi AJK Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong, Hassan bin Kom hadir sama bagi menjayakan kempen tersebut.

Kempen ini juga turut dijayakan dengan aktiviti membersihkan kawasan kampung sebelum operasi fogging dilakukan dalam kawasan Kampung Baru Hulu Betong dari jam 5 petang hingga 8 malam.


Tamat.

Selamat bertugas Ahamad


SELAMAT BERTUGAS...Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman-Betong, Menjang Niah (kanan) sedang menyerahkan cenderahati kepada Ahamad Brahim (kiri) yang kini bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan, Lingga dalam daerah Sri Aman menerusi kenaikan pangkat pada awal tahun ini. Pemberian cenderamata itu bertujuan untuk menghargai jasa beliau yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman – Betong. - 22 Dis


Projek Kampung Baru Seduku pemangkin pembangunan Batang Lupar - Rohani


Slug: SIMBOLIK...Rohani (tengah) sambil disaksikan oleh Simoi (kiri) dan Nasir (kanan) sedang menyempurnakan simbolik pembinaan rumah baru di tapak projek Kampung Baru Seduku hari ini.

LINGGA, Isnin (21 Dis) – Pembinaan Kampung Baru Seduku yang kini sedang giat dilaksanakan dalam kawasan Lingga sekarang bakal menjadi pemangkin utama terhadap kerancakkan proses pembangunan dalam kawasan Parlimen P.201 Batang Lupar di masa akan datang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kesyukuran bersempena perlaksanaan Program Bantuan Rumah (PBR) Kampung Baru Seduku Batang Lupar di Lingga hari ini.

Ini kerana projek pembinaan Kampung Baru Seduku di atas berkeluasan tiga hektar yang menelan kos bernilai RM46 juta itu menurut beliau akan membuka ‘jalan’ kepada perlaksanaan projek agropolitan dalam kawasan Parlimen Batang Lupar selepas ini.

“Kos pembinaan Kampung Baru Seduku bernilai RM46 juta itu juga turut mencakupi perlaksanaan projek Ladang Sejahtera iaitu pembukaan ladang sawit di atas tanah berkeluasan 1,600 hektar berdekatan penempatan baru terbabit.

“Projek Ladang Sejahtera ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan taraf hidup di kawasan Parlimen Batang Lupar disamping lain-lain projek agropolitan yang bakal menyusul selepas itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen bagi kawasan P.201 Batang Lupar.

Rohani juga turut menambah bahawa kerancakan proses pembangunan di kawasan parlimen beliau bakal diperhebatkan lagi dengan cadangan pembukaan Taman Pemuliharaan Buaya di Pulau Seduku, projek pengeluaran padi di Stumbin – Bijat dan kawasan Batang Lupar sebagai salah satu hab pengeluaran utama makanan di negara ini.

Lagipun beliau juga turut bercadang untuk menubuhkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di kawasan parlimen berkenaan disamping mensasarkan Sarawak sebagai pengeksport beras utama negara menerusi projek pengeluaran padi di Stumbin – Bijat selepas dua pembentangan Rancangan Malaysia akan datang.

“Justeru saya berharap agar penduduk dalam kawasan Parlimen P.201 Batang Lupar tidak menganggap kerajaan meluahkan janji palsu kepada mereka selepas ini dengan adanya perlaksanaan projek pembangunan berkenaan,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Presiden FELCRA Berhad, Dato Haji Mohd Nasir Baba, Timbalan Pengarah Unit Perancangan Negeri, Noriah Ahmad, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, para pegawai jabatan dan penduduk di kawasan Lingga.

Kerajaan menerusi FELCRA akan membina kediaman baru untuk 145 buah keluarga dari kawasan Pulau Seduku di tapak baru berkeluasan tiga hektar yang dijangka siap menjelang bulan Mac tahun hadapan.

Projek pembinaan Kampung Baru Seduku ini akan membolehkan penduduk Pulau Seduku berpindah ke situ dan setiap keluarga bakal diberi tanah berkeluasan tiga ekar untuk tujuan sara hidup.

Tamat.


Hijrah zaman sekarang adalah anjakan minda - Shamshuddin


Caption: TAHNIAH...Shamshuddin (kiri) sambil disaksikan oleh Aminah (kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada seorang penerima pada majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (21 Dis) – Program Kembara Hijrah yang berlangsung di Masjid Bandar Sri Aman bermula 18 hingga 20 Disember lalu dilihat sebagai satu proses anjakan minda dan bukannya ‘perpindahan’ semata-mata.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji berkata menerusi konsep Hijrah ini perpindahan kumpulan individu dari satu lokasi ke sebuah lokasi yang lain pada masa sekarang secara tidak langsung mampu mewujudkan kelainan minda dalam diri seseorang tersebut.

“Walaupun wujud perbezaan etnik dan agama dalam kumpulan individu berkenaan namun penghijrahan ini sekaligus boleh mewujudkan satu minda pendapat dalam diri kelompok individu berkenaan selepas itu.

“Dengan kata lain Program Kembara Hijrah 1431H / 2009M yang membabitkan 125 orang peserta dari Kuching, Samarahan dan Sebuyau di sini boleh dianggap sebagai Penghijrahan Minda dan bukannya Hijrah dari segi fizikal semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah bersempena dengan Program Kembara Hijrah 1431H / 2009M bertempat di Masjid Bandar Sri Aman kelmarin.

Selain itu Shamshuddin juga mahu para peserta mengubah gaya pemikiran masing-masing ke tahap yang lebih baik dengan menyertai Program Kembara Hijrah seumpama ini.

“Justeru jadikan konsep Hijrah sebagai satu landasan dalam diri setiap peserta untuk mempertingkatkan daya pemikiran masing-masing ke arah menuju hidup yang lebih cemerlang selepas ini,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri itu turut dihadiri oleh Ketua Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Aminah Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman, Haji Mustapa Salleh dan Pengerusi Rakan Masjid Bandar Sri Aman, Borhanudin Suai.

Tamat.


Manfaatkan MRP sebaik boleh - Masir




Caption:

1. ADAT...Penghulu Jacob Chendan (kanan) sedang memalu salah sebuah tiang di rumah panjang berkenaan sambil diperhatikan oleh yang lain semasa merasmikan upacara gawai berkenaan.

2.MANFAATKAN....Masir (kiri) sedang menyampaikan cek MRP kepada Pengerusi Biro Wanita Kampung Entebar (tengah) sambil diperhatikan oleh Micheal (kanan) semasa berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN, Isnin (21 Dis) – Rakyat perlu memanfaatkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini dengan sebaik yang boleh demikian menurut Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Menurut beliau pemberian MRP bertujuan untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat disamping membolehkan mereka melaksana pelbagai aktiviti atau program yang mampu memberi faedah dalam hidup mereka.

“Para penerima perlu cekap menguruskan peruntukan MRP terbabit memandangkan peruntukan wang seumpama ini tidak selalunya diberikan oleh kerajaan kepada mereka untuk sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap ringkas sebelum menyerahkan cek peruntukan MRP kepada enam buah JKKK dan Biro Wanita dalam kawasan Parlimen Sri Aman bersempena dengan Upacara Gawai Mangkong Tiang Mandi Rumah di Entebar, Batu Lintang, Undop pada hari Sabtu lalu.

Enam penerima cek itu ialah Biro Wanita Kampung Entebar (RM5,000), Sarakup Induk Dayak Sarawak (SIDS) Rumah Ringgit Ibol (RM3,000), JKKK Rumah Ringgit Ibol (RM 5,000), JKKK Rumah Anek, Bayai (RM5,000), JKKK Rumah Romeo Serit, Munggu Demam (RM5,000) dan JKKK Rumah Batang, Entawa (RM5,000).

Bagaimanapun pihak yang belum lagi menerima peruntukan MRP menurut Masir dinasihat agar sentiasa bersabar menanti peruntukan yang seterusnya daripada kerajaan untuk tahun akan datang.

“Nasihat saya ialah sebaik sahaja menerima wang peruntukan MRP terbabit kesemua pihak yang terlibat perlulah sama-sama berbincang langkah untuk menggunakan peruntukan wang ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Terdahulu Upacara Gawai Mangkong Tiang yang dihadiri oleh Masir ini adalah merupakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Micheal John Sanggop, Kampung Entebar, Batu Lintang Undop, Sri Aman.

Gawai yang bermula seawal jam 8 pagi dan terakhir tengah malam berkenaan telah dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 500 orang penduduk rumah panjang berkenaan serta penduduk rumah panjang di kawasan Batu Lintang Undop.

Tr Michael ketika ditemui menjelaskan upacara berkenaan adalah merupakan simbolik penduduk rumah panjangnya berpindah dan menghuni rumah panjang yang baru dibina empat tahun yang lepas.

Tamat.

Belia dan beliawanis perlu contohi sahabat Nabi SAW - Simoi


Caption: TAHNIAH...Simoi sedang menyampaikan hadiah kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh Shamshuddin (kiri) dan Aminah (kanan) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Ahad (20 Dis) – Tindakan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W dalam memperjuangkan agama Islam pada zaman dahulu harus dijadikan teladan oleh golongan belia dan beliawanis dalam negeri ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Ini kerana perjuangan dan pengorbanan para sahabat Baginda termasuk juga para nabi Allah S.W.T pada masa dahulu telah membolehkan Islam berkembang luas ke serata dunia pada masa sekarang.

“Saidina Ali iaitu pemuda yang merupakan sahabat kepada Nabi Muhammad S.A.W misalannya telah sanggup mengorbankan diri dengan mengantikan Baginda di kamar tidurnya demi membolehkan Rasulullah melakukan Hijrah ke Madinah dan seterusnya selamat dari ancaman bunuh oleh penduduk Quraisy di Mekah.

“Ia merupakan contoh pengorbanan mulia oleh Saidina Ali yang menyumbang kepada kemajuan perkembangan dunia Islam menerusi peristiwa penghijrahan Baginda ke Madina dari Mekah dahulu dan harus dijadikan ikutan oleh golongan belia kita pada masa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah bersempena dengan Program Kembara Hijrah 1431H / 2009M bertempat di Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

Dengan mengambil contoh teladan perjuangan para sahabat nabi kata Simoi para belia dan beliawanis akan mempunyai tekad baru dalam mempertingkatkan pembangunan ummah selepas ini.

“Pengorbanan dari segi akal dan tenaga perlu disemai dalam diri belia serta beliawanis kita ke arah mewujudkan hubungan persaudaraan yang lebih kukuh dan seterusnya menyumbang kepada kestabilan politik lebih kukuh dalam negeri ini.

“Inilah hikmah perjuangan para sahabat Baginda lebih-lebih lagi menerusi peristiwa sejarah Hijrah yang membawa erti cukup besar dalam pembangunan diri setiap umat Islam di masa akan datang,” katanya.

Justeru Simoi berharap agar para belia dan beliawanis khususnya di Sri Aman mampu mengubah tahap kemajuan minda ke peringkat lebih tinggi selepas ini menerusi kisah teladan para sahabat Nabi S.A.W.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Ketua Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Aminah Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman, Haji Mustapa Salleh dan Pengerusi Rakan Masjid Bandar Sri Aman, Borhanudin Suai.

Seramai 125 orang peserta Program Kembara Hijrah dari Kuching, Samarahan dan Sebuyau berkampung selama dua hari tiga malam di Masjid Bandar Sri Aman bermula 18 lalu sebelum kesemua mereka berangkat ke Sarikei dan Bintulu pada hari ini.

Tamat.


Lingga - Sri Aman putus hubungan kerana banjir




Caption: BANJIR...Sebahagian daripada kenderaan penduduk sedang meredah laluan banjir kawasan kilometer 3 Jalan Sri Aman yang mulai surut menjelang lewat pagi hari ini.

SRI AMAN, Ahad (20 Dis) – Penduduk dari Lingga dan Tanjung Bijat, Sri Aman berdepan dengan masalah apabila kawasan kilometer 3, Jalan Sri Aman / Lingga dinaiki air bah setinggi satu hingga dua kaki semenjak dua hari lepas.

Masalah banjir yang wujud di kilometer 3, Jalan Sri Aman / Lingga ini dipercayai berpunca daripada faktor hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan bermula 18 Disember lalu.

Seorang penduduk yang enggan nama disiarkan di sini mendakwa air bah mencapai paras dua kaki pada waktu kemuncaknya sekitar malam tadi ekoran faktor hujan lebat sehingga kawasan berkenaan tidak dilalui oleh penduduk.

“Keseluruhannya penduduk dari Lingga dan Tanjung Bijat menghadapi kesukaran untuk turun ke bandar Sri Aman begitu juga dengan penduduk di sini (Sri Aman) disebabkan oleh masalah banjir yang melanda kawasan berkenaan semenjak dua hari lepas.

“Kerajaan harus bertindak secepat mungkin untuk memperbaiki sistem peparitan di kawasan berkenaan secepat mungkin lebih-lebih lagi ketika menjelangnya musim tengkujuh pada waktu sekarang,” katanya.

Terdahulu Utusan Sarawak yang turun padang ke lokasi kejadian setelah mendapat panggilan daripada penduduk terbabit berhubung masalah itu mendapati bahawa air bah mula surut ke paras setengah kaki menjelang jam 11 pagi hari ini.

Penduduk yang menggunakan motorsikal dan kereta dilihat dapat melalui kawasan jalan berkenaan tanpa menghadapi sebarang masalah serius walaupun paras air banjir mencecah paras setengah kaki dalam laluan tersebit.

Bagaimanapun hasil tinjauan rambang mendapati paras air banjir di laluan tersebut dipercayai mampu mencecah paras lebih tinggi daripada sebelumnya jika fenomena pasang surut di Sungai Batang Lupar dan hujan lebat berlaku serentak pada bila-bila masa selepas ini.

Tamat.



Kampung Baru Hulu Betong anjur larian kesihatan




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Para peserta larian merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu jemputan khas sebaik sahaja tamat pertandingan.

2. SEDIA...Wan Ahmad sedang menyempurnakan upacara pelepasan larian dikalangan peserta kategori remaja ketika berlangsungnya pertandingan itu kelmarin.

BETONG, Ahad (20 Dis) – Seramai 82 orang penduduk Kampung Baru Hulu Betong mengambil bahagian dalam Pertandingan Larian Kesihatan Secara Terbuka bertempat di Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Hulu Betong pada 18 Disember lalu.

Pertandingan Larian Kesihatan Secara Terbuka anjuran Jawatankuasa Surau Darul Taqwa dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Baru Hulu, Betong itu diadakan bersempena dengan sambutan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009M di situ bermula 16 hingga 18 Disember lalu.

Kesemua 82 peserta ini berentap dalam tiga kategori iaitu Kategori A Remaja (Lelaki dan Perempuan 13 – 39 Tahun), Kategori B Veteran (Lelaki dan Perempuan 40 – 50 Tahun) dan Kategori Super Veteran 51 Tahun Ke Atas.

Azman Mohd, Muhammad Abu Sami dan Mohd Affizul masing-masing muncul pemenang tempat pertama hingga ke-3 bagi Kategori A Remaja Lelaki manakala Dayang Siti Natrah, Hur Haryati Jamil, Maslinawati Dewi Salleh pula muncul pemenang tempat pertama hingga ke-3 bagi Kategori A Remaja Perempuan.

Bagi Kategori B Veteran Lelaki, Umar Abdul pula dinobatkan sebagai juara sambil diikuti oleh Wan Asmad Wan Ali dan Ramli Sulaiman yang berada di kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 bagi kategori tersebut.

Manakala Kategori B Veteran Perempuan menyaksikan Ratna Haji Wan Alek, Yazibah Haji Abdul Rahman dan Rohaya Haji Rasyid muncul pemenang tempat pertama hingga ke-3 dalam pertandingan itu.

Gapar Othman, Wan Ahmad Wan Chee dan Mohd Nor Haji Nusi muncul pemenang tempat pertama hingga ke-3 bagi Kategori Super Veteran manakala Faridah Abdullah dan Raliah Abang Gundai muncul pemenang tempat pertama dan kedua bagi kategori perempuan.

Majlis penyampaian hadiah kepada para peserta telah disempurnakan oleh Ketua Kampung Baru Hulu Betong iaitu Wan Ahmad Wan Chee sambil disaksikan oleh Pengerusi JKKK kampung tersebut, Wan Boehana Wan Omar, Pengerusi Surau Darul Taqwa, Hassam Kom dan pegawai polis dari IPD Betong, Chief Inspektor Abdul Halim Idrus.

Hadiah turut disampaikan kepada Imam Surau Kampung Baru Hulu Betong, Haji Wan Alek Tungku Mansor kerana berjaya menamatkan larian sejauh 3.2 kilometer dalam pertandingan yang berlangsung dari jam 6 hingga 8 pagi kelmarin.

Tamat.



19 December, 2009

Kampung Baru Hulu Betong anjur Maal Hijrah




Caption:

1.SERIUS...Ustaz Kassim sedang menyampaikan ceramah kepada penduduk Kampung Baru Hulu Betong ketika berlangsungnya ceramah agama di sini.

2.FOKUS...Penduduk Kampung Baru Hulu sedang mendengar ceramah yang disampaikan pada ceramah agama Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009M di sini.

BETONG, Sabtu (19 Dis) – Jawatankuasa Surau Darul Taqwa dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Baru Hulu, Betong telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009M di sini bermula 16 hingga 18 Disember lalu.

Sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009M yang berlangsung di Kampung Baru Hulu Betong ini menyaksikan pelbagai acara menarik diadakan demi memeriahkan hari peristiwa bersejarah berkenaan.

Antara acara tersebut ialah Ceramah Agama oleh Jabatan Agama Islam Betong pada 16 Disember, Majlis Doa Akhir Tahun 1430H dan Awal Tahun 1431H (17 Disember), Kuliah Subuh (18 Disember) dan Larian Kesihatan Secara Terbuka (18 Disember).

“Dengan tema sambutan berjudul Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah bagi tahun ini, sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009 M disambut secara sederhana oleh penduduk Kampung Baru Hulu Betong menerusi empat program yang diadakan bermula 16 hingga 18 Disember.

“Justeru diharapkan agar keempat-empat aktiviti terbabit dapat mempertingkatkan kesedaran penduduk Kampung Betong Hulu mengenai kepentingan peristiwa hijrah oleh Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya menerusi sambutan Maal Hijrah ini,” menurut jurucakap penganjur majlis berkenaan.

Selain itu Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009M ini juga bertujuan untuk mengalakkan para remaja Islam dari Kampung Baru Hulu Betong untuk mendekati surau selepas ini.

“Kita berharap agar para remaja Kampung Baru Hulu Betong tidak mudah terpesong terhadap pengaruh negatif dari luar dengan mendekati aktiviti agama di surau di masa akan datang,” katanya.

Bagi menjayakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009 M, Ustaz Kassim Mohidie dari Jabatan Agama Islam Betong telah dijemput khas bagi menyampaikan ceramah pada aktiviti Ceramah Agama dan Kuliah Subuh di Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong.

Sekitar 200 orang penduduk menjayakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H / 2009 M yang berlangsung di Kampung Baru Hulu Betong bermula dari 16 hingga 18 Disember lalu.

Tamat.



Skim Kawalan Harga sempena Krismas bermula 23 hingga 27 Disember ini

SRI AMAN, Sabtu (19 Dis) – Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Hari Krismas bakal berkuatkuasa di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu mulai 23 hingga 27 Disember ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sri Aman berkata sejumlah 13 barangan terkawal mengikut harga maksimum (syiling) runcit telah disenaraikan dalam skim kawalan harga ini.

Ia adalah Ayam Hidup, Ayam Standart, Ayam Super, Daging Lembu Tempatan, Daging Kambing Tempatan Bertulang, Daging Kimbing Biri-Biri Import Bertulang, Daging Kimbing Biri-Biri Import Tanpa Tulang, Telur Ayam Gred A, B, C, Tomato, Ayam Belanda Import dan Cili Benggala Hijau.

“Bagi empat kawasan itu, harga maksimum (syiling) sekilogram jualan barangan kawalan seperti ayam hidup adalah RM7, Ayam Standart RM8.30, Ayam Super RM8.80, Daging Lembu Tempatan RM28, Daging Kambing Tempatan Bertulang RM32, Daging Kimbing Biri-Biri Import Bertulang RM15, Daging Kimbing Biri-Biri Import Tanpa Tulang RM18, Tomato RM6, Ayam Belanda Import RM32 dan Cili Benggala Hijau RM15.

“Manakala itu harga maksimum syiling bagi Telur Ayam Gred A (berat antara 65 hingga 69.9 gram) sebiji ialah 34 sen, Telur Ayam Gred B (berat 60 hingga 64.9 gram) pula ialah 33 sen sebiji dan gred C pula ialah 32 sen sebiji (berat 55 hingga 59.9 gram),” menurut kenyataan berita hari ini.

Untuk itu para peniaga runcit di kawasan Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu diingatkan agar tidak menjual barangan terkawal ini melebihi harga maksimum syiling seperti mana yang telah dinyatakan di atas.

Para peniaga boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 hingga RM7,500 jika disabitkan bersalah dibawah Sekyen 5 Akta Kawalan Harga 1946 berhubung skim kawalan harga ini.

“Malahan tindakan juga akan diambil terhadap peniaga yang tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu (terhadap barangan kawalan), gagal mempamerkan lesen jualan barangan tersebut dan tidak meletakkan tanda harga pada barang kawalan terbabit

“Peniaga yang belum mempunyai lesen penjualan barang kawalan di bawah perlaksanaan SKH ini dinasihatkan agar segera mendapatkan lesen berkenaan di pejabat KPDKK Sri Aman,” menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai dari keempat-empat kawasan daerah berkenaan juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak KPDNKK Sri Aman menerusi talian 083-323836 jika terdapat peniaga yang bertindak melanggar skim kawalan harga terkawal ini.

Tamat.



Jangan malu daftar anak OKU ke PDK ujar Mong


Mugshot: MONG DAGANG

SRI AMAN, Sabtu (19 Dis) – Ibubapa tidak perlu malu mendaftar anak-anak yang tergolong dalam Orang Kurang Upaya (OKU) ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bahagian Sri Aman yang dikawal selia oleh Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman ini.


Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan) Mong anak Dagang berkata tiada sebab bagi ibubapa untuk malu berhubung perkara terbabit memandangkan JKM menerusi PDK Sri Aman akan menjaga dan mendidik anak masing-masing dengan baik dari masa ke semasa.


“JKM menerusi PDK Sri Aman akan membantu ibubapa menaikkan semangat kanak-kanak OKU (anak-anak) untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak biasa yang lain.


“Atas sebab ini ibubapa tidak harus membiarkan anak-anak OKU menjalani kehidupan biasa di rumah sebaliknya mendaftarkan kemasukan mereka ke JKM Sri Aman untuk dididik di PDK,”katanya.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Tadbir Sosial di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Zaidi Sarkawi ketika merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Keibubapaan Untuk OKU di sebuah hotel tempatan dalam bandar ini kelmarin.

Selain itu beliau juga mahu pihak persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk turun padang membantu kerajaan menguruskan kebajikan hidup golongan OKU dalam daerah ini.


“Persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu bangkit untuk mengambil langkah pro-aktif dalam hal ini. Golongan kurang bernasib baik di negara khususnya di Sri Aman amat memerlukan bantuan yang bersepadu daripada semua pihak," menurut beliau.


Seramai 100 orang ibubapa kanak-kanak OKU mengambil bahagian dalam Bengkel Keibubapaan Untuk OKU anjuran PDK Sri Aman tersebut.


Hadir sama ialah Pengarah Kebajikan Negeri Sarawak, Kendy Edward, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah, Pegawai Kebajikan Daerah Sri Aman, Rohana Isnawi, Pengerusi PPDK Bahagian Sri Aman, Lina Andom serta kakitangan Jabatan Kebajikan Bahagian Sri Aman PPDK yang lain.


Tamat.


Terus sokong BN - Nyalau


Caption: UNTUK RAKYAT...Nyalau (tengah kiri) bersama Rayong(tengah kanan) ketika memantau projek pembinaan jalan raya di Engkilili baru-baru ini.

oleh Edwin Raoh

ENGKILILI, Jumaat (19 Dis) – Rakyat di negeri ini khususnya dari kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman perlu mengekalkan sokongan masing-masing terhadap politik pembangunan gelombang kedua yang dilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Justeru rakyat di kawasan itu harus sentiasa bersatu-padu di antara satu sama yang lain demi memastikan kedudukan politik dalam negeri ini terus stabil dari masa ke semasa bagi menjayakan politik pembangunan gelombang kedua berkenaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap ringkas pada sesi lawatan projek pembinaan jalan raya berkelikir di daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, sekiranya hubungan perpaduan dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini tidak wujud maka nescaya amat sukar bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan di sesebuah kawasan dari masa ke semasa.

Malahan pergolakan yang wujud dikalangan penduduk berbilang kaum juga kata Nyalau akan menyebabkan situasi politik di negeri ini tidak stabil dan seterusnya memberi kesan buruk terhadap perkembangan ekonomi negeri.

“Apabila negeri kita dilanda rusuhan dan keadaan kacau bilau, nescaya para pelabur asing tidak akan mempunyai keyakinan untuk melaksanakan perniagaan mereka di negeri ini.

“Jadi akibatnya ialah kita mengalami kerugian. Kerugian akibat faktor ketidakstabilan politik ini akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan ekonomi negeri dan rakyat itu sendiri,” katanya.

Nyalau pada projek itu telah memantau projek pembinaan jalan raya sepanjang 22 kilometer bernilai RM5.1 juta yang bakal memberi faedah kepada 24 buah rumah panjang di sepanjang kawasan hilir, Sungai Batang Lupar, Engkilili selepas ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa dan para kakitangan Jabatan Pengaliran dan Saliran Bahagian Sri Aman.

Tamat…..


Kes denggi tertinggi dicatat dalam 6 kawasan di sri aman


Caption: SIMBOLIK...Jack (kanan) sedang menyerahkan peralatan bergotong-royong kepada Murni (kiri) ketika berlangsungnya kempen berkenaan di sini hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (18 Dis) – Sejumlah enam buah kawasan dalam Bahagian Sri Aman dikenalpasti sebagai kawasan ‘panas’ yang mencatatkan jumlah tertinggi pengidap penyakit Deman Denggi dan Chikugunya bagi tahun ini.


Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr. Murni Hayati Ali berkata enam kawasan panas terbabit adalah Taman Srijaya, Kampung Bakong, Kampung Hulu, Kampung Hilir, Batu Lintang dan Lubok Antu.


Keenam–enam kawasan tersebut katanya dilabelkan sebagai kawasan panas berdasarkan kepada jumlah kadar kes penyakit berkenaan bermula bulan Januari hingga Disember tahun ini tanpa menyatakan kadar sebenar kes tersebut.


“Untuk itu Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman telah mengambil beberapa pendekatan antaranya ialah turun padang ke kawasan yang terlibat dengan melakukan 'fogging' untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes tersebut.


"Aktiviti gotong-royong bersama penduduk dari kawasan yang dilabelkan sebagai kawasan panas juga turut diadakan selain mengesan mereka yang berpotensi diserang wabak tersebut,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja selesai Kempen Gotong Royong Anti Denggi dan Chikugunya di Taman Sri Jaya, Sri Aman hari ini.


Selain itu pihaknya menurut beliau akan mengenakan kompaun kepada mana-mana pihak yang didapati gagal membasmi kawasan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan masing-masing bermula 18 Disember ini dengan kadar denda sebanyak RM100 hingga RM500 berbanding nilai kompaun sebelumnya iaitu RM50.


“Kita mahu kempen ini dapat memberi impak kepada penduduk untuk menjaga kebersihan di kawasan masing-masing dengan menanam sampah yang berpotensi sebagai sarang pembiakan nyamuk aedes contohnya tayar buruk, tin kosong mahupun tempurung kelapa," kata Murni.


Terdahulu dari itu, majlis penyerahan peralatan gotong royong kepada penduduk setempat telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Jack Aman Luat. Kempen yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir tiga jam kemudian itu adalah anjuran bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Majlis Daerah Sri Aman, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi kerajaan yang lain di sini.


Tamat....


18 December, 2009

Penunggang motorsikal parah merempuh lori


Caption: MALANG...Mangsa kelihatan duduk di tepi lori sementara menunggu bantuan daripada pihak hospital sejurus sahaja berlaku kejadian kemalangan tersebut di kawasan Brayun hari ini.

SRI AMAN, Khamis (17 Dis) – Seorang lelaki mengalami cedera parah apabila motorsikal yang ditunggang olehnya melanggar sisi sebuah lori di persimpangan masuk menuju ke Jalan Brayun di sini hari ini.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa iaitu Tay Wei Boon, 60, mengalami kecederaan patah kaki di bahagian kanan menerusi kejadian kemalangan tersebut.

Sumber dari tempat kejadian ketika memberitahu Utusan Sarawak menjelaskan bahawa mangsa sedang menunggang motorsikalnya pulang ke Taman Pasir Panas dari arah Bandar Sri Aman sebelumnya berlakunya kemalangan berkenaan.

Ketika mangsa menghampiri kawasan simpang menuju masuk ke Jalan Brayun, sebuah lori tiba-tiba muncul dari arah jalan berkenaan sehingga merintangi laluan jalan menuju ke Taman Pasir Panas.

Tindakan pemandu lori yang dipercayai gagal membrek kenderaannya ketika keluar dari Jalan Brayun berkenaan menyebabkan mangsa gagal membrek motorsikalnya sendiri sehingga merempuh kawasan sisi lori tersebut.

“Kejadian ini menyebabkan motorsikal yang ditunggang oleh mangsa itu sendiri terperosok di bawah lori berkenaan.

“Ambulan kemudiannya tiba beberapa minit kemudian di tempat kejadian untuk membawa mangsa ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan rawatan lanjut,” kata sumber.

Tamat.

43 ahli koperasi serta kursus di sri aman


Caption: BUAT KENANGAN...Syarifah Rohaya (empat kiri) dan Hamizah (empat kanan) bergambar kenang-kenangan dengan para peserta sebaik sahaja berakhir kursus itu.

SRI AMAN, Khamis (17 Dis) – Seramai 43 orang peserta pertubuhan koperasi dari Bahagian Sri Aman dan Betong menyertai Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi bertempat di Dewan Mesyuarat Majlis Islam Cawangan Islam Sri Aman kelmarin.

Kursus yang diadakan bermula bermula 15 hingga 16 Disember lalu itu adalah merupakan anjuran Maktab Kerjasama Malaysia cawangan Sarawak dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sri Aman.

Kursus yang melibatkan peserta dari 10 buah pertubuhan koperasi itu bertujuan untuk mendidik Anggota Lembaga Koperasi mentadbir dan menguruskan koperasi mengikut kehendak undang-undang dan falsafah koperasi.

“Malahan Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi ini juga bertujuan untuk mendidik para peserta tentang amalan pengurusan yang baik di koperasi masing-masing selepas ini.

“Justeru diharap agar Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi ini dapat mempertingkatkan pengetahuan dikalangan para peserta mengenai hal pengurusan koperasi masing-masing selepas ini,” kata jurucakap penganjur kursus berkenaan.

Dua perceramah khas dari Maktab Kerjasama Malaysia cawangan Sarawak iaitu Syarifah Rohaya binti Wan Idris sambil dibantu oleh Hamzah bin Mohd Nadzir telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah kepada para peserta.

Antara tajuk ceramah yang dibentangkan oleh dua penceramah itu ialah Latarbelakang dan Kefahaman Koperasi, Tugas dan Tanggungjawab ALK, Tadbir Urus Koperasi, Undang-Undang dan Peraturan Mesyuarat Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi dan Pertikaian & Kesalahan Yang Lazim.

Tamat..


24 terima PTMS dari KEMAS


Caption: UNTUK KENANGAN...Hairini (tengah kanan) bergambar kenangan bersama kakitangan KEMAS dan penerima PTMS di sini kelmarin.


SRI AMAN, Khamis (17 Dis) – Seramai 24 orang penduduk menerima sumbangan menerusi Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) 2009 yang berlangsung di Kelas Tabika KEMAS, Taman Sentosa Indah, RPR Fasa II, Jalan Sri Aman-Kuching kelmarin.


Kesemua 24 orang penerima ini terdiri daripada penduduk dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen P.202 Sri Aman iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Simanggang, DUN N.26 Bukit Begunan dan DUN N.25 Balai Ringin.


Majlis penyampaian PTMS kepada semua penerima terbabit yang berlangsung pada jam 8 pagi itu adalah merupakan anjuran pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman.


Terdahulu Pegawai KEMAS Daerah Sri Aman, Hairani Solo berkata kesemua 24 orang penerima yang telah menerima bantuan tersebut adalah merupakan mereka yang telah dipilih menerusi sistem pendaftaran e-kasih sebelum ini.


“Kesemua 24 orang penerima yang terpilih untuk mendapat sumbangan PTMS ini berasal dari kawasan kawasan DUN N.27 Simanggang, DUN N.26 Bukit Begunan dan DUN N.25 Balai Ringgin,” katanya


Dalam pada itu, penerima PTMS terdiri dari Suhaili Jawi (Kampung Baru Skait), Baah Dollah (Kampung Hilir), Pon Abang Udin (Kampung Hilir), Bayah Arum (Kampung Muhibbah), Hamdiah Musa (Kampung Muhibbah), Aminah Abdullah (Kampung Muhibbah), Ngata Engkujat (Rh Empol, Sungai Tengak, Batu Lintang), Muhi Sudin (Rh Ayok, Pakit), Siti Mariam Hassan (Kampung Melayu Hulu) dan Azus Gapar (Kampung Melayu, Tanjung Bijat). Manakala penerima yang lain pula adalah terdiri dari Gapar Badai (Kampung Melayu, Tanjung Bijat,), Seni Gu (Kampung Tanjung Bijat), Rahmah Mahrup (Kampung Melayu Baur), Rajeli Mohamad (Kampung Melayu Baur), Taha Badai (Kampung Melayu Tanjung Bijat), Pura Mansan (Rh Raya, Sebu, Tanjung Bijat), Mahbar Rajeli (Kampung Baur), Jaafar Jonet (Kampung Hulu, Lingga), Rajimah Mat (Kampung Hulu, Lingga), Abang Madihi Abang Abol (Kampung Melayu, Bakong), Senuyah Mentaril (Kampung Hulu, Bakong, Sri Aman), Dolah Ait (Kampung Hulu, Bakong,), Abang Zamain Abang Amin (Kampung Pulau Seduku) dan Abong Bujang (Kampung Seduku, Sri Aman).


Tamat...


16 December, 2009

PDK Sri Aman rai krismas 2009


Caption: SELAMAT HARI JADI...Sharifah (tengah) sambil diapit oleh Lina (kanan) dan Rohana (kiri) sedang memotong kek untuk meraikan harijadi pelatih PDK Sri Aman ketika berlangsung majlis hari ini.

SRI AMAN, Selasa (15 Dis) – Seramai 60 orang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Sri Aman diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah, Harijadi dan Hari Krismas yang berlangsung di bangunan pusat pemulihan berkenaan hari ini.

Pengerusi PDK Daerah Sri Aman, Lina Andom Goh ditemui berkata tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan Hari Krismas pada tahun ini dikalangan para pelatih PDK.

“Selain itu majlis yang berlangsung pada hari ini juga bertujuan untuk meraikan harijadi para pelatih yang mempunyai tarikh lahir pada bulan Oktober, November dan Disember pada tahun ini.

“Bagaimanapun ia sememangnya aktiviti tetap oleh PDK Daerah Sri Aman untuk menyampaikan hadiah harijadi kepada setiap pelatih bagi setiap tiga bulan sekali pada setiap tahun,” menurut beliau.

Beliau juga merakamkan penghargaannya terhadap individu tertentu yang telah menaja pelbagai hadiah bagi menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah, Harijadi dan Hari Krismas di sini.

Sementara itu Lina juga turut mengumumkan penutupan operasi PDK Daerah Sri Aman bermula 24 Disember hingga 4 Januari tahun hadapan bagi memberi laluan kepada sambutan perayaan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

“Ibubapa pelatih diminta untuk menghantar semula anak masing-masing ke PDK Daerah Sri Aman selepas 4 Januari ini,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pelatih ini telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim sambil disaksikan oleh Pegawai JKM Sri Aman, Rohana Isnawi dan Penyeleras PDK Bahagian, Michael Lised.

Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaian hadiah pertandingan mewarna kepada tiga orang pelatih yang memperoleh kedudukan tempat pertama hingga ketiga iaitu Sarah, Slyvester dan Abelander.

Majlis turut dimeriahkan dengan upacara memotong kek harijadi para pelatih sebelum kesemua ibubapa pelatih dan tetamu undangan khas dijemput bagi menikmati jamuan sarapan pagi di situ.

Tamat.

Program Homestay akan dirujuk semula - Mong


Mugshot: MONG DAGANG

SRI AMAN, Selasa (15 Dis) – Kerajaan Negeri akan merujuk semula Program Homestay di Bahagian Sri Aman memandangkan ia dilihat mampu mempertingkatkan industri pelancongan di kawasan ini demikian menurut Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang.

Katanya penganjuran program Homestay telah mengalakkan kedatangan pelancong luar negeri untuk menginap di rumah panjang atau kampung bagi sekian waktu dan seterusnya menyaksikan beberapa lokasi pelancongan popular dalam Bahagian Sri Aman ini.

“Terdapat beberapa aspek tertentu dalam program ini yang perlu dipertingkatkan antaranya kemudahan perhubungan dan jalan raya ke rumah panjang atau kampung di kawasan luar bandar.

“Lagipun respon para peserta terutamanya dari penghuni rumah panjang atau kampung perlu diambil kira memandangkan kejayaan program Homestay bergantung sepenuhnya kepada jumlah mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam program terbabit,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Majlis Anugerah Kualiti Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Sri Aman di sini malam kelmarin.

Beliau bagaimanapun berpuashati dengan perkembangan terkini perlaksanaan program tersebut di Lubok Antu memandangkan kawasan itu mengandungi jumlah kedatangan pelancong yang tinggi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan) itu juga merasakan bahawa kejayaan perlaksanaan program Homestay di Lubok Antu selama ini adalah disebabkan oleh cara hidup tradisional penduduk rumah panjang di situ yang masih asli sehingga kini.

“Jika program Homestay ini berjaya maka ia secara tidak langsung boleh menjadi salah satu produk utama pelancongan Bahagian Sri Aman yang sebelum ini terkenal dengan fenomena Benak dan aktiviti safari di kawasan ulu Sungai.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pengarah Penyiaran Sarawak, Abdul Jelani Mahmud dan Pengurus RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Abang Joh.

Mong menerusi Majlis Anugerah Kualiti Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Sri Aman terbabit telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM5,000 kepada Kelab Rekreasi dan Kebajikan RTM Sri Aman.
Tamat.

BN berjaya buktikan peningkatan penduduk


Caption: MANFAATKAN...Harden (kiri) menyampaikan cek MRP kepada Tr Abang (kanan) sambil disaksikan oleh Rickson (kiri sekali) dan Cr Sawing Sumar (kanan sekali) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (15 Dis) – Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan dapat mempertingkatkan taraf hidup rakyat dari segala aspek di negeri ini kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menerusi Dasar Politik Pembangunan yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semenjak 27 tahun lalu, Sarawak katanya telah berjaya mengorak langkah ke arah aspek pembangunan yang lebih pesat pada masa kini berbanding masa sebelumnya.

“Taraf kehidupan rakyat pada masa sekarang jauh berubah lebih baik berbanding 30 tahun sebelumnya hasil usaha gigih BN dalam meneraju pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

“Sokongan rakyat terhadap BN selama ini membuktikan bahawa mereka telah melakukan pilihan yang tepat untuk menentukan parti yang layak memegang tampuk pemerintahan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman bertempat di Rumah Abang Akon, Kedang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kata Harden sokongan padu rakyat terhadap BN telah membolehkan kerajaan merancang serta melaksanakan pelbagai pelan pembangunan di negeri ini termasuk penyediaan kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Jika sokongan seumpama ini diteruskan beliau percaya rakyat bakal menerima faedah pembangunan yang berterusan hasil usaha kerajaan BN termasuk untuk jangka masa pendek atau panjang.

“Hanya BN sahaja yang mampu mengatasi masalah serta kekurangan dalam hidup rakyat di negeri ini kerana kita adalah sebuah kerajaan yang cukup prihatin dan peka terhadap suara mereka,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Residen Sri Aman, Encik Rickson, Jurutera Bahagian SESCO Sri Aman, Andy Lawrence, para wakil pegawai kerajaan dan ketua kaum di sekitar daerah ini.

Harden menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Abang.

Tamat.







Bengkel OKU di Hoover hari ini


Mugshot: LINA ANDOM GOH

SRI AMAN, Selasa (15 Dis) – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Sri Aman akan menganjurkan Bengkel Keibubapaan Untuk Orang Keperluan Khas (OKU) bertempat di Hotel Hoover Sri Aman pada 17 Disember ini.

Pengerusinya Lina Andom Goh ketika ditemui berkata bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai program pemilihan dan penjagaan terhadap kanak-kanak kurang upaya.

“Disamping itu Bengkel Keibubapaan Untuk OKU ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang peranan istimewa mereka kepada kanak-kanak istimewa terbabit.

“Malahan ia juga bertujuan untuk memberi penerangan kepada para peserta mengenai keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan kepada kanak-kanak kurang upaya dalam daerah Sri Aman ini,” katanya.

Bagi menjayakan bengkel tersebut, sejumlah tiga buah ceramah akan disampaikan kepada para peserta iaitu Teknik Pemulihan Kanak-Kanak Keperluan Khas (OKU) Di Rumah, 22 Keistimewaan OKU dan Kemahiran Ibubapa Untuk OKU.

“Ceramah Teknik Pemulihan Kanak-Kanak Keperluan Khas (OKU) Di Rumah dan 22 Keistimewaan OKU akan disampaikan oleh Rosinah dari Jabatan Kesihatan Jurupulih Anggota danm Rohana Isnawi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman.

“Justeru diharapkan agar Bengkel Keibubapaan Untuk OKU dapat memberi pendedahan terbaru mengenai keperluan penjagaan golongan OKU kepada para peserta setelah selesai bengkel itu nanti,” katanya.

Lina juga menambah bahawa seramai 60 orang ibubapa dan masyarakat dari Lingga, Pantu, Lachau dan Lubok Antu bakal hadir pada Bengkel Keibubapaan Untuk OKU pada 17 Disember nanti.

Menteri Muda Pelancongan dan Warisan merangkap Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan) iaitu Mong anak Dagang akan hadir bagi merasmikan majlis tersebut.

Tamat.

Kempen derma darah di RTM sempena hari Q RTM


BERBAKTI...Kakitangan dari Bahagian Pentadbiran, Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman, Awang Jamaludin atau lebih dikenali dengan panggilan mesra sebagai BJ kelihatan sedang menderma darah ketika berlangsung sambutan Hari Terbuka RTM Sri Aman bermula dari 11 hingga 13 Disember lalu. Kempen Derma Darah ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan demi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Q (Kualiti) Jabatan Penyiaran RTM Sri Aman pada tarikh tersebut. - 15 Dis

14 December, 2009

Juruhebah jabatan penyiaran harus peka dengan isu semasa- Mong


Caption: RASMI...Mong (tengah) bersama Shamshuddin (dua kiri), Jelani (tiga kiri) dan Sulaiman (dua kanan) ketika memotong kek ulangtahun ke-27 RTM Sri Aman malam tadi.

SRI AMAN, Isnin (14 Dis) – Juruhebah dan penerbit rancangan Jabatan Penyiaran harus peka terhadap isu semasa sejajar dengan perkembangan industri informasi dan hiburan berikutan wujudnya teknologi canggih pada masa sekarang.

Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang ia penting agar mereka dapat mencapai matlamat dan seterusnya dapat menjadi penghibur dan menyampaikan maklumat muktahir dengan lebih bergaya dan tepat.

“Dengan kata lain para juruhebah dan penerbit rancangan penyiaran harus sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi masing-masing agar mereka mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan menyakinkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kualiti Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Sri Aman di sini malam tadi.

Selain itu beliau yang juga Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelerasan) berharap agar RTM Sri Aman lebih proaktif dan inovatif dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka selepas ini.

Aspek proaktif dan inovatif terbabit menurut beliau amat penting agar perkhidmatan yang diberik dapat menyumbang kepada pembangunan hidup rakyat yang lebih progresif dan dinamik.

“Pada pandangan saya Anugerah Q adalah satu program yang baik dan patut diteruskan kerana mereka yang berkhidmat dengan cemerlang haruslah diberi penghargaan.

“Justeru diharap agar anugerah ini dapat menyuntik semangat baru dikalangan kakitangan RTM Sri Aman untuk mempertingkatkan mutu kerja masing-masing dengan lebih baik selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pengarah Penyiaran Sarawak, Abdul Jelani Mahmud dan Pengurus RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Abang Joh.

Mong menerusi Majlis Anugerah Kualiti Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Sri Aman terbabit telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM5,000 kepada Kelab Rekreasi dan Kebajikan RTM Sri Aman.

Tamat...


RaSA FM mahu dijenama semula ke Sri Aman FM - Joh


Caption: MERIAH...Stonston James dari Bahagian Rancangan RTM Sri Aman sedang mempersembahkan Tarian Ngajat Iban ketika berlangsungnya majlis malam tadi.

SRI AMAN, Isnin (14 Dis) – Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman semakin hilang ‘identiti’nya disebabkan oleh penjenamaan semula nama stesen penyiaran terbabit kepada RaSA FM semenjak empat tahun lepas.

Oleh yang demikian Pengurus RTM Sri Aman, Abang Sulaiman bin Abang Joh akan mengemukakan semula cadangan di peringkat pentadbiran pusat mengenai penjenamaan semula nama RaSA FM kepada Sri Aman FM selepas ini.

“RaSA FM adalah jenama nama yang baik. Bagaimanapun disebabkan oleh jenama nama terbabit rata-rata penduduk sekarang amnya di seluruh Sarawak tidak tahu di mana RaSA FM berbanding dengan Limbang FM atau Miri FM.

“Disebabkan oleh faktor ini, pihak kita telah membincangkan perkara terbabit pada peringkat penyelarasan sebelum ia bakal dikemukan di peringkat RTM pusat,” menurut beliau ketika berucap pada Majlis Anugerah Kualiti Jabatan Penyiaran RTM Sri Aman di sini malam tadi.

Penjenamaan semula RaSA FM kepada Sri Aman FM di masa akan datang menurut beliau secara tidak langsung akan mengembalikan semula identiti stesen penyiaran RTM Sri Aman dikalangan penduduk khususnya pendengar radio di sini.

Selain itu turut menambah bahawa RTM Sri Aman telah turun padang untuk mewujudkan hubungan mesra penduduk dengan menubuhkan konti perkhidmatan kecil pada mana-mana temasya atau acara besar di Sri Aman dan Betong.

“RTM Sri Aman meliputi siaran radio yang luas dari Bahagian Sri Aman hingga ke Betong. Oleh itu pihak kita telah turun padang dengan menubuhkan konti kecil bagi menyebarkan dasar pembangunan kerajaan dan mewujudkan hubungan mesra antara RTM dan penduduk di sni,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pelancongan, Warisan dan Menteri Muda Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan), Mong anak Dagang, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan Pengarah Penyiaran Sarawak, Abdul Jelani Mahmud.

Majlis pada malam itu diserikan dengan majlis penyampaian Anugerah kepada enam orang kakitangan RTM Sri Aman, persembahan nyanyian lagu karaoke, persembahan peragaan pakaian tradisional serta moden, penyampaian insentif cemerlang dan upacara simbolik memotong kek ulangtahun RTM ke-27.

Tamat.

24 penduduk terima PTMS dari KEMAS 16 Dis ini


Mugshot: HAIRANI SOLO


SRI AMAN, Isnin (14 Dis) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman akan menganjurkan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) 2009 di sini pada 16 Disember kelak.


Untuk itu seramai 24 orang penduduk dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen P.202 Sri Aman bakal menerima sumbangan yang bakal berlangsung di Kelas Tabika KEMAS, Taman Sentosa Indah, RPR Fasa II, Jalan Sri Aman-Kuching bermula jam 8 pagi pada tarikh yang dinyatakan.


Pegawai KEMAS Daerah Sri Aman, Hairani Solo berkata kesemua 24 orang penerima yang bakal menerima bantuan tersebut adalah merupakan mereka yang telah dipilih menerusi sistem pendaftaran e-kasih sebelum ini.


“Kesemua 24 orang penerima yang terpilih untuk mendapat sumbangan PTMS ini berasal dari kawasan kawasan DUN N.27 Simanggang, DUN N.26 Bukit Begunan dan DUN N.25 Balai Ringgin.


"Pihak KEMAS akan memaklumkan kepada semua penerima yang layak untuk menerima sumbangan ini menerusi surat jemputan bagi menjemput mereka ke majlis penyampaian itu nanti,” menurut beliau.


Dalam pada itu, penerima PTMS terdiri dari Suhaili Jawi (Kampung Baru Skait), Baah Dollah (Kampung Hilir), Pon Abang Udin (Kampung Hilir), Bayah Arum (Kampung Muhibbah), Hamdiah Musa (Kampung Muhibbah), Aminah Abdullah (Kampung Muhibbah), Ngata Engkujat (Rh Empol, Sungai Tengak, Batu Lintang), Muhi Sudin (Rh Ayok, Pakit), Siti Mariam Hassan (Kampung Melayu Hulu) dan Azus Gapar (Kampung Melayu, Tanjung Bijat).


Manakala penerima yang lain pula adalah terdiri dari Gapar Badai (Kampung Melayu, Tanjung Bijat,), Seni Gu (Kampung Tanjung Bijat), Rahmah Mahrup (Kampung Melayu Baur), Rajeli Mohamad (Kampung Melayu Baur), Taha Badai (Kampung Melayu Tanjung Bijat), Pura Mansan (Rh Raya, Sebu, Tanjung Bijat), Mahbar Rajeli (Kampung Baur), Jaafar Jonet (Kampung Hulu, Lingga), Rajimah Mat (Kampung Hulu, Lingga), Abang Madihi Abang Abol (Kampung Melayu, Bakong), Senuyah Mentaril (Kampung Hulu, Bakong, Sri Aman), Dolah Ait (Kampung Hulu, Bakong,), Abang Zamain Abang Amin (Kampung Pulau Seduku) dan Abong Bujang (Kampung Seduku, Sri Aman).


Tamat...


Ahmad Leng terima Anugerah Khas Kualiti RTM Sri Aman 2009!

SRI AMAN, Isnin (14 Dis) – Seramai enam orang kakitangan Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman menerima anugerah kualiti menerusi majlis yang berlangsung di stesen RTM Sri Aman malam tadi.

Kesemua enam orang penerima terbabit menerima anugerah bagi kategori Anugerah Khas Kualiti, Anugerah Pegawai Contoh Lelaki serta Wanita dan Anugerah Pegawai Kreatif dan Inovatif.

Ahmad Leng dari bahagian pentadbiran telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Kualiti yang membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang bernilai RM300, sijil dan hadiah sampingan.

Bagi Anugerah Pegawai Contoh pula, Haji Hasani bin Temenggung Haji Bujang dari bahagian kejuruteraan pula telah diumumkan sebagai penerima kategori Lelaki manakala Ruth Apong pula dari bahagian penerbit rancangan diumumkan sebagai penerima kategori Wanita.

Anugerah Pegawai Contoh ini membolehkan Ruth dan Hasani masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang bernilai RM200, sijil dan hadiah sampingan menerusi majlis tersebut.

Tiga kakitangan RTM Sri Aman yang menerima Anugerah Pegawai Kreatif dan Inovatif ialah Jemain Yassin dari bahagian pentadbiran, Stonton anak James Jaga dari bahagian rancangan dan Sahimi Yatim dari bahagian kejuteraan.

Kesemua tiga orang penerima Anugerah Pegawai Kreatif dan Inovatif ini turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM200 untuk setiap seorang dan sijil anugerah inovatif menerusi majlis itu.

Hadiah kepada para penerima telah disampaikan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang yang sebelum itu merasmikan Majlis Anugerah Kualiti Jabatan Penyiaran RTM Sri Aman.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pengarah Penyiaran Sarawak, Abdul Jelani Mahmud dan Pengurus RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Abang Joh.

Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan persembahan nyanyian lagu karaoke, persembahan peragaan pakaian tradisional serta moden, penyampaian insentif cemerlang dan upacara simbolik memotong kek ulangtahun RTM ke-27.

Tamat.

Pengusaha dipelawa ikut Kursus Pertanian 3 In 1 di Saratok 19 Disember

Thanks 4 my friend Belayong Robert Ubong for the news

SRI AMAN, Isnin – (14 Dis) Syarikat perunding Bumiputera iaitu Pelangi Juang Sdn Bhd akan menganjurkan Seminar Asas Pertanian Moden 3 Dalam 1 (Burung Walit, Ikan dan Gaharu) bertempat di Hotel Victoria Inn, Saratok pada 19 Disember ini.

Pegawai pemasaran Pelangi Juang Sdn Bhd, Abang Zakaria menerusi kenyataan beritanya memberitahu seminar ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada golongan penduduk Bumiputera mengenai potensi penternakan Burung walit, Ikan dan Kayu Gaharu.

“Seminar Asas Pertanian Moden 3 Dalam 1 ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu kepada golongan Bumiputera tentang potensi yang mampu mereka diperoleh menerusi bidang burung walit, ikan keli dan kayu gaharu.

“Mereka harus menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya sebelum menceburi diri dalam bidang tersebut walaupun terdapat segelintir orang Bumiputera kita sudah mengetahui potensi bidang berkenaan,” katanya.

Selain itu penganjuran seminar terbabit menurut Zakaria juga adalah merupakan inisiatif Pelangi Juang Sdn Bhd untuk membantu golongan Bumiputera Sarawak menguasai bidang penternakan Burung Walit yang kini dikuasai hampir 99 peratus golongan bukan Bumiputera di negeri ini.

“Bajet 2010 telah memperuntukan sejumlah RM149 juta untuk membangunkan industri makanan seperti makanan, sayur-sayuran, peladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang Burung Walit.

“Hal ini sudah tentunya amat mengembirakan golongan Bumiputera kita yang mahu terlibat dalam industri Asas Tani khusus sekali penternakan Burung Walit dalam negeri ini,” katanya.

Seminar Asas Pertanian moden ini terbuka kepada warga Sarawak yang berminat. Justeru mereka berminat untuk menghadiri seminar ini katanya akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM250 seorang

“Peserta akan diberikan bahan kursus percuma seperti CD burung walit dan nota kursus disamping penyediaan makan serta minum oleh pihak penganjur.

“Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penganjuran seminar ini, mereka yang berminat bolehlah menghubungi saya sendiri di talian telefon 013-8219281 atau Johnny Rasit di talian 019-8592905,” katanya.

Tamat.

Klinik Lubok Antu kurang pil panadol

By Edwin Raoh

LUBOK ANTU, Isnin (14 Dis) – Penduduk daerah Lubok Antu kini terpaksa bergantung kepada Poliklinik di bandar Sri Aman untuk mendapatkan bekalan ubat jenis pil Panadol gara-gara kegagalan Klinik Kesihatan Desa Lubok Antu untuk menyediakan bekalan ubat berkenaan semenjak tiga bulan lalu.

Pergantungan terhadap ubat pil Panadol oleh penduduk Lubok Antu begitu tinggi buat masa sekarang berikutan penularan wabak penyakit Chikungunya.yang sedang melanda kawasan pedalaman itu sekarang.

Panel Penasihat Kesihatan Daerah Lubok Antu, Kapitan Tay Choo Meng ketika dihubungi berkata Klinik Kesihatan Desa Lubok Antu mengalami ketiadaan ubat jenis Panadol dan sekaligus menimbulkan masalah kepada para penduduk dalam daerah itu.

“Saya merayu pihak berkuasa agar membekalkan segera ubat Panadol ke Klinik Kesihatan Desa Lubok Antu memandangkan penduduk di sini amat memerlukan ubat jenis itu bagi mengurangkan kesakitan bagi mereka yang menghidap penyakit Chikungunya,” katanya.

Selain itu Tay juga merayu kepada Kementerian Kesihatan untuk menyediakan sebuah kereta Ambulan kepada Klinik Kesihatan Desa Lubok Antu bagi membawa pesakit yang kritikal ke Hospital Sri Aman bagi rawatan segera.

“Hospital Bahagian Sri Aman terletak kira-kira 86 kilometer jauhnya dari Pekan Lubok Antu dan atas sebab ini pihak kementerian perlu memperuntukan sebuah kenderaan Ambulan bagi tujuan penghantaran pesakit.

“Justeru saya berharap agar pihak yang bertanggungjawab mengenai masalah ini untuk memberi perhatian serius bagi menyelesaikan isu kesihatan yang melanda penduduk di kawasan daerah Lubok Antu,” katanya.

Tamat….

13 December, 2009

Salleh juara Bintang Klasik, pasangan Tahir / Drahman juara Bertandak




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Sulaiman (tiga kanan) dan Zurina (dua kanan) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para pemenang ketika berlangsungnya majlis hari ini.

2.HEBAT...Pasangan Basri dan Tahir ketika memperagakan aksi Tandak Melayu ketika berlangsung kategori Tandak Melayu Bintang RaSA hari ini.

SRI AMAN, Ahad (13 Dis) – Pertandingan Bintang RaSA Kategori Klasik yang berlangsung di stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman menyaksikan sembilan orang peserta berentap untuk merebut juara bagi kategori tersebut bermula dari jam 8.30 hingga 11.30 pagi hari ini.

Nor Salleh Hamid Khan dari Saratok muncul peserta bertuah apabila dinobatkan sebagai juara Kategori Klasik Pertandingan Bintang RaSA menerusi persembahan lagu berjudul Sahura.

Persembahan menyakinkan oleh Salleh pada pertandingan itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50 beserta sijil penyertaan yang disampaikan sendiri oleh Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Haji Abang Joh.

Manakala itu Siti Fairuz pula muncul pemenang naib juara menerusi persembahan lagu berjudul Mengapa Dirindu dan Noorasyikin Sekedar pula muncul pemenang tempat ke-3 bagi kategori tersebut.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM30 dan RM20 serta sijil untuk setiap seorang. Dua lagi peserta iaitu Mazlan Zamahari dan Sofian Ahmad memperoleh hadiah saguhati pada pertandingan itu.

Sementara itu pasangan Haji Basri Anyut dan Tahir Berahim membuktikan kehebatan mereka dalam Tarian Tandak Melayu apabila muncul juara Pertandingan Bintang RaSA Kategori Tandak Melayu yang turut berlangsung hari ini.

Wakil Penguasa Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman, Abang Shahfian Abang Ahmad sambil disaksikan oleh Penerbit Rancangan RTM Sri Aman, Zurina Kedri menyampaikan hadiah bernilai RM70 dan sijil kepada kumpulan juara tersebut.

Kedudukan naib juara dan tempat ke-3 bagi Pertandingan Bintang RaSA Kategori Tandak Melayu masing-masing dimenangi oleh pasangan Wan Drahman Tunku Yasin / Rabaie Zainuddin dan Ramli Johan / Marzelan Zamahari.

Pertandingan ini telah dihakimi oleh wakil Pejabat Residen Sri Aman, Abang Ajibi Abang Morshidi dan Wakil Penguasa KPSU Sri Aman, Abang Shahfian Abang Ahmad. Lebih 100 penduduk menyaksikan acara kemuncak tersebut hari ini.

Tamat.



Noorasyikin juara Bintang RaSA Melayu 2009


Caption: UNTUK ALBUM....Ajaimain (tengah) dan Zurina (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang sebaik sahaja selesai pertandingan malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (13 Dis) – Nasib menyebelahi Noorasyikin Sekedar apabila beliau dinobatkan sebagai juara Kategori Melayu bagi Pertandingan Bintang RaSA 2009 yang berlangsung di perkarangan kawasan luar stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman malam tadi.

Johan Benak Idol Sri Aman 2007 itu muncul juara setelah mempersembahkan lagu berjudul Matahari Ku. Nor Syazwani Basri muncul di kedudukan naib juara manakala Zul Azhar Ismail, Ahmadi Ahmad dan Jenita Morse masing-masing memperoleh kedudukan tempat ke-3, ke-4 dan ke-5 bagi kategori itu.

Wakil Bank CIMB Sri Aman, Ajaimain Wasli telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pada malam itu sambil disaksikan oleh Penerbit Rancangan RTM Sri Aman, Zurina Kedri.

Bagi Kategori Iban, Nor Syazwani Basri menerusi persembahan lagu berjudul Idup Berambun Ai Mata telah dinobatkan sebagai juara sambil diikuti oleh Febriandecs Ter Thimas dan Bandi Ali yang berada di kedudukan naib juara dan ke-3 pada pertandingan itu.

Pertandingan Bintang RaSA 2009 Kategori Cina pula menyaksikan Iren Kong dinobatkan sebagai juara bagi kategori tersebut manakala Alan Ho dan Phyillis Chai pula masing-masing dinobatkan sebagai naib juara dan pemenang tempat ke-3 pada pertandingan itu.

Pertandingan Bintang RaSA 2009 bagi kesemua kategori tersebut telah dihakimi oleh Pengelola Bahagian Cina RTM Sri Aman, Chang Hong Kong, wakil KRT Kampung Hilit, Dayang Margaret, artis rakaman dari syarikat Golden Pearl, Lakuang Ading dan pemberita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman, Valentine Ngumbang.

Juara bagi setiap kategori pertandingan ini akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50 beserta sijil manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30 dan RM20 beserta sijil untuk setiap seorang.

Pertandingan Bintang RaSA 2009 bagi ketiga-tiga kategori yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam tadi itu adalah merupakan anjuran Jawatankuasa Induk Hiburan Q RTM Sri Aman bersempena dengan sambutan Hari Terbuka RTM Sri Aman bermula 11 hingga 13 Disember lalu.

Tamat.


12 December, 2009

From Rosita Apong: negara masih bergantung pada daging import kata Rohani

By Rosita Apong,

RTM Sri Aman

Kawasan Parlimen Batang Lupar di Sarawak diharap mampu menjadi lembah kepada pengeluaran daging pada masa akan datang.

Ke arah itu 42-peserta dari kawasan tersebut telah terpilih untuk menyertai Kurus Sangkut Ternakan Ruminan seterusnya menjadi perintis kepada program pengeluaran daging di negeri ini.

VT INSERT:

SUPER VCG: SRI AMAN, SARAWAK.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Karim berkata negara masih terlalu bergantung kepada daging import bagi memenuhi keperluan penduduknya.

Tahap Keperluan Sara Diri bagi daging lembu negara pada masa ini hanya 28-peratus manakala 10-peratus bagi kambing.

Kadar itu masih jauh daripada keperluan sebenar yang memerlukan sejuta ekor lembu bagi kegunaan setahun dan kira-kira 4.5 juta ekor untuk pusingan pengelurannya.

Datuk Rohani memberitahu media pada Kursus Sangkut Ternakan Ruminan di Sri Aman.

Katanya di Sarawak kadar pengeluaran daging masih di bawah 10-peratus dan jumlah itu perlu ditingkatkan dengan kelebihan negeri ini telah diisytiharkan bebas daripada Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Sementara itu 520-ribu ringgit diperuntukkan bagi menjayakan kursus tersebut. Ini termasuklah kos untuk 96-ekor lembu dan 376 ekor kambing bagi diternak para peserta.

Selain itu kos tersebut termasuk juga untuk penyediaan dawai dan perubatan.

Fasa pertama kursus berkenaan, para berserta akan ditempatkan di sebuah ladang ternakan di Mukah bagi mengikuti latihan teori dan amali sebelum meneruskan program ternakan di kawasan masing-masing.

Pada majlis itu Datuk Rohani turut menyerahkan 10-buah mesin Pelerai Padi kepada 10-rumah panjang dari kawasan Stumbin/Bijat, Sri Aman.

Ends/Rosita

Hari pertama Hari Terbuka RTM dapat sambutan







Caption:

1.INGIN CUBA...Seorang pengunjung sedang menunggang di atas motorsikal berkuasa tinggi milik Pasukan Polis Diraja Malaysia ketika berlangsungnya program kelmarin.

2.MARI BELI...Sebahagian dari produk makanan yang dijual di Gerai Jualan Beraneka ketika berlangsung program Hari Terbuka RTM Sri Aman di sini kelmarin.

3.TERTARIK...Para pengunjung sedang melihat pameran yang berlangsung pada Program Rumah Terbuka RTM Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (12 Dis) – Ratusan orang pengunjung membanjiri kawasan Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman untuk menyaksikan aktiviti Hari Terbuka di situ yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Q (Kualiti) RTM Sri Aman bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam tadi.

Program Hari Terbuka bersempena dengan sambutan Hari Q RTM Sri Aman yang akan berlangsung dari 11 hingga 13 Disember nanti menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung di sini.

Antaranya ialah pameran oleh jabatan kerajaan dan swasta, gerai jualan beraneka, pemeriksaan kesihatan secara percuma, persembahan Gendang Ria secara lintas langsung, sukaneka, ujibakat juruhebah radio secara percuma, Pertandingan Bintang Klasik, Bintang RaSA, Bintang Kecil, Bertandak Berpasangan dan Tarian Shuffle.

Tinjaun rambang Utusan Sarawak kelmarin mendapati bahawa orang ramai sanggup bersanggup berkunjung ke Program Hari Terbuka RTM Sri Aman ini walaupun cuaca buruk (hujan) melanda bandar ini bermula jam 2 hingga 3.30 petang kelmarin.

Rata-rata orang ramai ingin melihat dengan lebih dekat dua acara menarik yang berlangsung di situ iaitu Pertandingan Bintang Kecil (jam 2 hingga 5.30 petang) dan Pertandingan Tarian Shuffle RTM Sri Aman (jam 8 hingga 12 tengah malam) yang berlangsung di situ kelmarin.

Bagaimanapun jumlah kedatangan pengunjung ke stesen RTM Sri Aman ini dijangka mencecah ribuan orang mulai 12 hingga 13 Disember ini berikutan faktor hari cuti umum dan jenis acara yang diadakan.

Terdahulu Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Haji Abang Joh berkata program yang julungkalinya diadakan di stesen RTM Sri Aman ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra di antara penduduk bandar Sri Aman dan kakitangan stesen penyiaran itu sendiri.

“Kita mahu penduduk khususnya pendengar setia stesen radio RTM atau RaSA FM Sri Aman untuk mengenali personaliti juruhebah dengan lebih dekat disamping melihat sendiri langkah pengendalian operasi kita di sini menerusi sambutan Hari Terbuka ini nanti.

“Kemuncak program Hari Terbuka RTM 2009 ini nanti akan berlangsung pada 13 Disember di mana berlangsungnya Majlis Anugerah Q RTM Sri Aman pada malam tarikh tersebut,” katanya.

Justeru beliau berharap agar program Hari Terbuka RTM Sri Aman ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan beliau dan penduduk dalam bandar Sri Aman selepas ini.

Tamat.





Sanie juara bintang kecil RTM Sri Aman kategori Melayu




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Leftenan Norazli (tengah) bersama Ruth (kanan beliau) bergambar kenangan bersama kakitangan pengelola pertandingan dan para peserta pemenang sebaik sahaja pertandingan tersebut kelmarin.

2.BERBAKAT...Adelynna sedang mempersembahkan nyanyian lagunya ketika berlangsungnya pertandingan itu di RTM Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (12 Dis) – Muhd Sanie Abdul Halim muncul juara bagi Kategori Lagu Melayu Pertandingan Bintang Kecil 2009, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman yang berlangsung di Pentas Utama Hiburan, Stesen RTM Sri Aman petang kelmarin.

Halim yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50 dan sijil telah dinobatkan sebagai juara setelah persembahan lagu beliau berjudul Cik Mek Molek berjaya menambat hati empat orang hakim pada pertandingan terbabit.

Adelynna Yang Tze Wee pula muncul sebagai naib juara bagi kategori tersebut menerusi persembahan lagu berjudul Baju Hijau manakala Nur Khairulnisa Isahak muncul pemenang tempat ke-3 menerusi persembahan lagu berjudul Diam Diam Aku Jatuh Cinta.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30 dan RM20 beserta sijil penyertaan untuk setiap seorang. Sia Lei Ching dan Nurkhafieza Syuhada Mazlan pula muncul pemenang saguhati menerusi Kategori Melayu berkenaan.

Bagi Kategori Lagu Cina, naib juara bagi Kategori Lagu Melayu iaitu Adelynna Yang Tze Wee pula telah dinobatkan juara bagi kategori berkenaan menerusi persembahan lagu berjudul Wo Shi Cao Yan Siao Qi Shao.

Sia Lei Ching muncul naib juara bagi kategori tersebut sambil diikuti oleh Tay Cho Hung, Kelvin Tay Jie dan Phang Yi Jie yang masing-masing muncul sebagai pemenang tempat ke-3, ke-4 dan ke-5 bagi kategori tersebut.

Manakala bagi Kategori Lagu Iban, Lina anak Bunsing dinobatkan sebagai juara menerusi persembahan lagu berjudul Bujang Simanggang. Nurkhafieza Syuhada Mazlan pula muncul naib juara bagi kategori berkenaan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Leftenan Norazli Aziz dari 13 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Pakit Sri Aman sambil disaksikan oleh Pengelola Rancangan Bahagian Iban RaSA FM Sri Aman, Ruth Apong.

Pertandingan Bintang Kecil 2009 ini adalah merupakan anjuran Jawatankuasa Induk Hiburan Q RTM Sri Aman bersempena dengan sambutan Hari Terbuka RTM Sri Aman bermula 11 hingga 13 Disember kelak.

Sejumlah 21 orang kanak-kanak daerah sekitar daerah Sri Aman mengambil bahagian dalam pertandingan yang juga diadakan bersempena dengan sambutan Hari Q (Kualiti) RTM Sri Aman bermula pada tarikh berkenaan.

Tamat.



Team MAS juara shuffle RTM Sri Aman


Caption: UNTUK ALBUM...Peserta kumpulan Shuffle sedang merakamkan gambar kenangan bersama Shahfian dan Ruth (tengah) sebaik sahaja tamat pertandingan malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (12 Dis) – Kumpulan Team Mas Suhaima Bin Mas Mahmud muncul juara Pertandingan Tarian Shuffle yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Terbuka RTM Sri Aman di situ malam tadi.

Team Mas muncul juara setelah tarian Shuffle berasaskan muzik (Editor) The Hardstyle Agent berjaya menyakin hati para juri yang mengadili Pertandingan Tarian Shuffle ini bermula dari jam 8 hingga 12 tengah malam.

Dengan kemenangan ini, Team Mas dari Sri Aman berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM70 beserta dengan sijil penyertaan kumpulan.

Manakala itu kumpulan Squieward Shuffle Dance juga dari Sri Aman diumumkan sebagai naib juara bagi Pertandingan Tarian Shuffle terbabit menerusi persembahan tarian berasaskan lagu DJ Squielward.

Kemenangan ini membolehkan kumpulan Squieward Shuffle Dance membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50 beserta dengan sijil penyertaan kumpulan untuk pertandingan itu.

Kumpulan dari Saratok iaitu Mix Generation pula muncul pemenang tempat Ke-3 dan sekaligus membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30 dan sijil penyertaan.

Dua lagi kumpulan iaitu Team Hardstyle Republic dan Team S.A.S.A.A pula masing-masing mendapat hadiah saguhati berupa hamper dan sijil bagi Pertandingan Tarian Shuffle ini.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh wakil Penguasa Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman, Abang Shahfian Abang Ahmad sambil disaksikan oleh pemangku Ketua Bahagian Rancangan RTM Sri Aman, Ruth Apong.

Sekitar 100 orang penduduk hadir bagi menyaksikan Pertandingan Tarian Shuffle yang berlangsung pada Hari Terbuka RTM 2009 bersempena dengan sambutan Hari Q (Kualiti) stesen penyiaran berkenaan bermula 11 hingga 13 Disember.

Tamat.

Jambatan Sungai Kaong siap dibina


Caption: UNTUK RAKYAT...Harden sedang menyempurnakan simbolik perasmian Jambatan Sungai Kaong dengan memotong reben ketika berlangsungnya majlis kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (11 Dis) – Penduduk dari tiga buah rumah panjang dalam kawasan Undop kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan telah siap membina sebuah jambatan baru di Sungai Kaong, Ulu Undop, Batu Lintang, Sri Aman.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata pembinaan jambatan Sungai Kaong oleh kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) yang berasaskan besi dan konkrit itu telah menelan kos sebanyak RM200,000.

“Ia merupakan respon kerajaan apabila mendapati bahawa penduduk dari rumah panjang dari Kaong, Radau dan Samak (kawasan Undop) sukar berhubung ke dunia luar ekoran kerosakan jambatan mereka selama ini.

“Justeru kerajaan telah membina jambatan baru di Sungai Kaong ini yang bermula pada awal bulan Oktober dan mula digunakan oleh penduduk di situ menjelang awal bulan Disember ini tadi,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian jabatan terbabit di Sungai Kaong, Undop, Batu Lintang pada Rabu lalu.

Hadir sama ialah Pegawai KEMAS Sri Aman, Hairaini Solo, wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Henry Kerang, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Jimmy Chong, para wakil ketua jabatan dan ketua kaum dari kawasan Sri Aman.

Pembinaan jambatan sepanjang 60 kaki dengan lebar 12 kaki itu jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu secara tidak langsung dapat menghubungkan 300 penduduk dari tiga buah rumah panjang terbabit ke dunia luar selepas ini.

Sementara itu seorang penduduk yang ditemui Utusan Sarawak pada majlis itu menjelaskan bahawa penduduk dari tiga buah rumah panjang berkenaan menggunakan jambatan kayu Tebelian yang terletak di kawasan Ulu Sungai Kaong untuk berhubung ke dunia luar sebelum ini.

“Jambatan kayu itu kemudian musnah dihanyutkan air sebelum ia dibina semula. Jambatan kayu kedua di Ulu Sungai Kaong ini musnah kembali akibat faktor yang sama sebelum pihak pemaju syarikat balak membina sebuah jambatan sementara berasaskan kayu balak di situ pada tahun 2006,” katanya.

Bagaimanapun sebahagian daripada jambatan sementara itu runtuh selepas itu sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk dari tiga rumah panjang terbabit sebelum kerajaan bertindak membina sebuah jambatan konkrit besi yang baru bermula bulan Oktober lalu.

Tamat.