Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 November, 2009

Tuai Rumah perlu berkhidmat ikut syarat sijil lantikan kata Snowdan


Caption: JALANKAN KEWAJIPAN...Snowdan (kiri) menyampaikan sijil perlantikan Tuai Rumah kepada Tr Kawi (kanan) sambil disaksikan oleh Masir (tengah) ketika berlangsungnya majlis terbabit.

PANTU, Ahad (29 Nov) – Tuai Rumah atau Ketua Kampung dinasihat agar menjalankan tugas tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam sijil perlantikan mereka selaku ketua kaum dalam kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan berkata ia penting agar kerajaan dapat terus mengekalkan hubungan mereka dengan rakyat di bawah jagaan ketua kaum masing-masing.

“Sebagai Tuai Rumah yang telah dilantik oleh kerajaan, mereka bertanggungjawabn untuk menyebarkan dasar pembangunan kerajaan dan menerangkan isu perkembangan terkini terhadap rakyat bawah jagaan masing-masing.

“Lagipun Tuai Rumah juga berperanan sebagai saluran untuk membolehkan rakyat menyuarakan masalah masing-masing terhadap kerajaan. Justeru adalah amat penting bagi mereka (Tuai Rumah) untuk menjalankan kewajipan dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Gemilang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bertempat di Rumah Story anak Nyaum, Kampung Abok Pulau Batu, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu sebagai seorang pemimpin, para Tuai Rumah menurut Snowdan juga berperanan penting dalam memimpin anak buah masing-masing ke arah matlamat yang betul.

“Rakyat harus dididik agar terus menyokong teraju kepimpinan Barisan Nasional (BN) demi membolehkan pembangunan dilaksanakan dengan penuh lancar di kawasan masing-masing.

“Menghasut rakyat untuk menentang kerajaan itu salah dan melanggar syarat perlantikan Tuai Rumah itu sendiri kerana ia secara tidak langsung menyebabkan pembangunan rakyat di kawasan mereka ketinggalan berbanding lain-lain kawasan selepas itu,” katanya.

Snowdan pada majlis berkenaan mengumumkan peruntukan bernilai RM2,000 kepada biro wanita Rumah Panjang Abok Pulau Batu dan RM2,000 lagi kepada biro wanita Rumah Pasang dari Gayau, Pantu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) bagi daerah kecil Pantu iaitu Edward Michael Duk.

Beliau menerusi majlis itu juga turut menyampaikan sijil perlantikan baru kepada 32 orang Tuai Rumah dalam kawasan terbabit yang hanya berkuatkuasa selama empat tahun.

Tamat.


No comments:

Post a Comment