Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 November, 2009

Tolak politik kotor kata Rayong


Caption: GUNA DENGAN BAIK...Dr Rayong (tengah) menyampaikan cek MRP kepada salah seorang tuai rumah dalam majlis itu. Turut disaksikan Nyalau (kanan) dan Mujah (kiri)

SKRANG, Ahad (29 November) – Rakyat harus menolak kemasukan ‘politik kotor’ ke dalam negeri ini demikian menurut nasihat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong anak Ngipa.

Parti pembangkang tyang sudah bertapak sekian lama di Semenanjung Malaysia sebelum ini menurut beliau sememangnya tidak layak untuk menggembangkan sayapnya ke negeri ini.

“Tujuan utama parti pembangkang terbabit mengembangkan sayapnya ke Sarawak ialah untuk memecahbelahkan sokongan politik penduduk dalam negeri ini terhadap komponen parti Barisan Nasional (BN).

“Kedatangan mereka ke negeri ini juga secara tidak langsung boleh memecahbelahkan ikatan perpaduan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini,” jelas beliau.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Engkilili dan Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Sri Aman di Rumah Panjang Tr Bansang, Tanjong Skrang, di sini baru-baru ini.

Atas sebab ini Rayong mengingatkan penduduk negeri Sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan ideologi pihak pembangkang yang hanya mahu memperjuangkan kepentingan politik sendiri berbanding kebajikan hidup penduduk.

“Sarawak sedang mengalami transformasi pembangunan yang rancak pada masa sekarang dengan adanya penyediaan kemudahan infrastruktur, keperluan asas penduduk, pendidikan dan sebagainya dalam seluruh negeri ini.

“Justeru ia membuktikan bahawa hanya BN sahaja yang mampu memperjuangkan kebajikan hidup penduduk dan mengubah wajah pembangunan di kawasan dalam dan luar bandar negeri ini,” katanya lalu mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 kepada JKKK Tr Bansang.

Sebanyak 19 buah JKKK rumah panjang di sekitar Skrang dan Lidong menerima Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Dr Rayong dalam majlis itu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Pegawai Daerah Lubok Encik Nelson Mujah, Pegawai Penerangan Sri Aman /Betong Charles Sigat Ason, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili Encik Edwin ak Ancheh


Tamat.


No comments:

Post a Comment