Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2009

Tolak mainan politik kotor pembangkang kata Rayong


Mugsot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA


ENGKILILI, Rabu (4 Nov) – Tolak ‘politik kotor’ yang cuba dibawa masuk oleh pihak pembangkang ke dalam negeri ini demikian nasihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong Ngipa.


Menurut beliau parti pembangkang terutamanya yang sudah bertapak sekian lama di Semenanjung Malaysia sebelum ini sememangnya tidak layak menggembangkan sayapnya ke negeri Sarawak.


Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sepakat Bestari 2009 bertempat di Rumah Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai, Kampung Selindung Ulu dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman malam tadi.


“Ini kerana tujuan utama parti pembangkang terbabit mengembangkan sayapnya ke sini (Sarawak) ialah untuk memecahbelahkan sokongan politik penduduk dalam negeri ini terhadap komponen Barisan Nasional (BN).


“Kedatangan mereka ke negeri ini juga secara tidak langsung boleh memecahbelahkan ikatan perpaduan penduduk berbilang kaum di Sarawak,” katanya.


Justeru atas sebab ini Rayong mengingatkan penduduk negeri sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan ideologi pihak pembangkang yang hanya tahu memperjuangkan politik parti sendiri berbanding kebajikan hidup penduduk.


Sementara itu beliau juga mahu penduduk sedar bahawa bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu mengubah wajah pembangunan penduduk dari dalam dan luar bandar di negeri ini.


“Sarawak masih lagi mengalami transformasi pembangunan yang rancak pada masa sekarang dengan adanya penyediaan kemudahan infrastruktur, keperluan asas penduduk, pendidikan dan sebagainya dalam seluruh negeri ini.


“Ia ditambahkan lagi dengan peruntukan bernilai ratusan jutaan ringgit yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 ini tadi dan secara tidak langsung terus memacu proses pembangunan Sarawak di masa akan datang,” katanya.


Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman (Bahagian Pembangunan), Felicia Tan, Pegawai Penerangan Bahagian, Bahagian Sri Aman/Betong, Charles Sigat Asson, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie dan Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, Lolita James.


Program Sepakat Bestari 2009 ini adalah merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Komuniti Bestari Daerah Sri Aman / Lubok Antu.


Tamat.


No comments:

Post a Comment