Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2009

TABIKA tingkat kecemerlangan anak-anak - Desmond


Caption: TAHNIAH....Desmond (dua kiri) sedang menyampaikan sijil kepada seorang kanak-kanak Tabika sambil disaksikan oleh Shamsiah (kiri) dan Hairani (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Rabu – Pengwujudan institusi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) diseluruh negara adalalah bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu demikian menurut Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan.

Menurut beliau pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak perlu dipertingkatkan dengan adanya pemupukan serta pengukuhan terhadap amalan nilai murni melalui usaha dan program yang terancang, berstruktur dan berterusan.

“Malahan usaha ini dilihat bagi melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing menerusi didikan dalam suasana dan persekitaran yang sihat, bersih, ceria dan selamat di samping kerjasama erat daripada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Sijil Kanak-Kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen 202 Sri Aman bagi sesi 2009 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Selain itu Desmond juga menasihatkan ibu bapa agar mengambil peluang yang sedia ada dengan menghantar anak-anak ke mana-mana kelas Tabika di kawasan masing-masing untuk menimba ilmu yang amat berguna kepada masa depan pembangunan negara selepas ini.

“Lagipun Tadika juga boleh dianggap sebagai satu platform untuk ibubapa untuk menyediakan anak masing-masing ke arah kemasukan alam persekolahan yang sebenar selepas ini.

“Justeru saya berharap agar ibubapa menyedari akan betapa pentingnya peranan Tadika dalam menyediakan kemahiran awal membaca, mengira dan menulis dikalangan anak-anak sebelum mereka memasuki alam sekolah rendah selepas itu,” katanya.

Hadir sama sama ialah Pegawai KEMAS Daerah Sri Aman, Hairani Solo, wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Shamsiah Deli, Penyelia Kanan Parlimen 202 Sri Aman, Susannah Abdul Raup, para ketua jabatan, ketua kaum serta ibubapa kanak-kanak Tadika di sini.

Terdahulu Desmond telah menyampaikan sijil dan hadiah kepada 155 orang kanak-kanak Tabika menerusi majlis berkenaan.

Tamat...


No comments:

Post a Comment