Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2009

SK Selanjan juara Pertandingan Action Song Zon Pantu 2009


Caption: UNTUK ALBUM...Munau (belakang kanan) ketika merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pasukan juara iaitu SK Selanjan sebaik sahaja selesai pertandingan itu.

PANTU, Rabu (11 Nov) – Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan, Pantu muncul juara bagi Pertandingan Action Song Zon Pantu 2009 bersempena dengan karnival yang berlangsung di SK Munggu Bringin baru-baru ini.

SK Selanjan yang dianggotai oleh 15 orang murid dari sekolah berkenaan telah mempersembahkan lagu berjudul Happy Song bagi membolehkan mereka muncul juara bagi pertandingan tersebut.

Manakala itu pertandingan Action Song Zon Pantu 2009 yang turut disertai oleh 11 buah sekolah rendah dalam kawasan Zon Pantu itu menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chuang Hua Bangkong, Lachau, Pantu muncul pemenang tempat Ke-2 dalam pertandingan itu.

SJK Chuang Hua Bangkong, Lachau muncul naib juara setelah turut sama mempersembahkan lagu berjudul Happy Song dalam Pertandingan Action Song Zon Pantu 2009 ini.

Manakala itu pula SK Pantu pula muncul pemenang tempat Ke-3 bagi Pertandingan Action Song Zon Pantu 2009 setelah mempersembahkan lagu berjudul Brown Girl In The Ring.

Hadiah berupa piala kepada pasukan sekolah yang muncul juara hingga ke tempat Ke-3 dalam pertandingan itu telah disampaikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Munau Bunsang.

Pasukan juara untuk Pertandingan Action Song Zon Pantu 2009 ini iaitu SK Selanjan yang terdiri daripada murid Tahun 1, 2 dan 3 ini telah dipimpin oleh Teresa Badong Adutt.

Tamat.


No comments:

Post a Comment