Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 November, 2009

SK Nanga Menyebat cipta sejarah


Caption: CEMERLANG...Annester bersama Patrick Padri sedang menunjukkan slip keputusan UPSR 2009 sebaik sahaja tamat majlis di sekolah berkenaan baru-baru ini.

special thanks to SK Nanga Menyebat for the news

LUBOK ANTU, Ahad (22 Nov) – Priscilla Annester anak Willie muncul sebagai murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat, Lemanak, Lubok Antu setelah memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009 (UPSR) yang diumumkan pada hari Khamis yang lepas.

Annester, 12, merupakan salah seorang daripada 11 orang calon murid SK Nanga Menyebat. Lemanak, Lubok Antu yang menduduki UPSR bagi tahun ini.

Kejayaan beliau mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini telah diraikan menerusi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah SK Nanga Menyebat, Lemanak, Lubok Antu pada 19 November lalu.

“Ia sekaligus mencipta sejarah baru buat SK Nanga Menyebat, Lemanak yang terletak di kawasan pedalaman daerah Lubok Antu ini.

“Saya bersama kakitangan SK Nanga Menyebat, Lemanak berasa amat gembira berhubung kejayaan sekolah ini melahirkan seorang murid cemerlang bagi keputusan UPSR tahun ini,” kata Guru Besar berkenaan iaitu Patrick Padri Gamba ketika berucap pada majlis berkenaan.

Selain itu ia menurut beliau juga adalah merupakan kejayaan bersama oleh semua pihak yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi mendidik anak-anak tempatan untuk berjaya dalam bidang akademik tanpa mengenal rasa jemu dan putus asa.

Justeru Patrick berharap agar kejayaan Annester dapat dijadikan sebagai contoh bagi menyuntik semangat para murid sekolahyang lain terutamanya dari kawasan pendalaman agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Sementara itu Annester ketika ditemui menjelaskan bahawa kejayaan tersebut adalah merupakan hadiah kepada ibunya yang sentiasa ingin melihat dia berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Kejayaan katanya merupakan hadiah buat semua warga SK Nanga Menyebat yang telah banyak bertungkus lumus untuk membantu beliau mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa taraf pencapaian pendidikan oleh murid di kawasan luar bandar juga sama setanding dengan murid yang belajar di sekolah dalam kawasan bandar,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment