Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 November, 2009

Setiap kampung perlu ada profail kampung kata Nyalau


Caption: SELAMAT DATANG…Nyalau (kanan) dan Rayong (kiri) sedang disambut oleh penghuni rumah panjang ketika tiba untuk merasmikan majlis itu di sini baru-baru ini.

SKRANG, Isnin (23 Nov) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak mengalakkan setiap rumah panjang dalam daerah Lubok Antu mempunyai buku laporan mengenai profail kampung masing-masing.

Menurut beliau ia bertujuan untuk memudahkan kerajaan mengenalpasti penduduk yang dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar bagi tujuan pemberian bantuan sewajarnya selepas ini.

“Laporan buku profail kampung bukan sahaja mencatatkan tentang pembangunan rumah panjang terbabit bahkan juga akan memudahkan pihak kerajaan mengenalpasti penghuni rumah panjang yang perlu mendapat bantuan daripada mereka.

“Lagipun laporan buku terbabit juga memudahkan kerajaan mengenalpasti penduduk yang benar-benar layak untuk mendapat bantuan dan bukannya mereka tidak sepatutnya mendapat bantuan daripada kerajaan selama ini,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Engkilili dan Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Sri Aman di Rumah Panjang Tr Bansang, Tanjung Skrang, Engkilili di sini kelmarin.

Selain itu Nyalau juga menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa golongan wanita dipinggirkan dari segala aspek pembangunan hidup selama ini.

Ia menurut beliau berikutan ramainya golongan wanita yang telah dilantik menjadi menteri sama ada di kabinet kerajaan disamping memegang jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan ketika ini.

“Jadi dakwaan wanita dipinggirkan di negara ini tidak berasas sama sekali,” katanya.

Nyalau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM60,000 untuk meratakan tapak rumah panjang baru untuk Tr Bansang, Tanjong manakala RM10,000 dan RM4,000 lagi adalah untuk JKKK Tr Bansang dan biro wanita rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok, Nelson Mujah Girie, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Pegawai Penerangan Sri Aman / Betong Charles Sigat Ason, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh

Tamat....




No comments:

Post a Comment