Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 November, 2009

Sertai Battle Of The Band di Betong pada 27 Nov ini!

SRI AMAN, Jumaat (20 Nov) – Peminat muzik berkumpulan dalam negeri ini dipelawa untuk menyertai Pertandingan Kugiran Terbuka 2009 bertempat di Sky Valley Entertainment, Betong bermula 27 November ini.

Menerusi bayaran penyertaan sebanyak RM50 untuk satu kumpulan, Pertandingan Kugiran Terbuka 2009 yang akan berlangsung di Sky Valley Entertainment, Betong itu dibuka penyertaannya kepada semua warganegara Malaysia dalam negeri ini.

“Pertandingan Pertandingan Kugiran Terbuka 2009 ini adalah merupakan satu platform bagi semua kumpulan pemuzik dalam negeri ini untuk mengukur kemampuan sebenarnya mereka dalam bidang muzik terbabit.

“Justeru itu jadikan Pertandingan Kugiran Terbuka 2009 untuk menguji bakat masing-masing dan mengetahui hala tuju sebenar dalam bidang muzik selepas ini,”menurut jruucakapnya ketika menghubungi Utusan Sarawak hari ini.

Setiap kumpulan yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini menurut beliau diwajibkan untuk mempersembahkan dua buah lagu Melayu pada peringkat saringan dan satu lagu lagi sekiranya mereka layak ke peringkat akhir pertandingan itu.

Dengan setiap kumpulan tidak dibenarkan melebihi enam orang anggota, pertandingan terbabit menurut beliau juga mengkehendaki setiap kumpulan untuk membawa peralatan muzik masing-masing.

“Bagaimanapun mereka perlu menghubungi pihak penganjur sebelum mengembalikan borang penyertaan ini agar kita boleh menguruskan penyediaan peralatan ini.

“Setiap anggota kumpulan boleh berpakaian bebas serta sesuai dengan tema kumpulan masing-masing dan penggunaan bahan yang mengkhayalkan sepanjang berlangsungnya pertandingan itu tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.

Borang penyertaan boleh didapati daripada Albert @ Kintei dengan menghubungi beliau menerusi talian 010-9792687 / 019-8295357 dan borang yang lengkap diisi hendaklah dipulangkan kembali dengan yuran penyertaan sebelum atau pada 25 November ini.

“Kumpulan yang mempunyai keanggotaan penuh dikehendaki hadir untuk sesi latyihan pada 9 pagi hingga 6 petang di Sky Valley Entertainment, Betong. Keutamaan akan diberikan kepada kumpulan yang mengembalikan borang penyertaan terlebih dahulu,” katanya.

Hadiah menarik berupa wang dan piala tambahnya lagi akan disediakan oleh penganjur kepada kumpulan yang berjaya merangkul kedudukan tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment