Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2009

Seorang lelaki cedera ditimpa dahan pokok durian

SIMUNJAN, Khamis (12 Nov) – Seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada bahagian muka setelah ditimpa sebatang dahan reput ketika sedang mencari buah durian di dusun miliknya di Kampung Kesindu, Simunjan baru-baru ini.

Bada anak Umpek, 51, yang menyaksikan kejadian terbabit ketika ditemui Utusan Sarawak menjelaskan bahawa dahan reput sepanjang satu meter dengan ukuran diameter 50 sentimeter itu dipercayai jatuh menimpa mangsa dari pokok durian yang berhampiran.

“Saya berada tidak jauh daripada mangsa sebelum kedua-dua kami mendengar bunyi dahan patah dipercayai dari atas pokok durian berhampiran ketika sedang khusyuk mencari buah durian di sekitar kawasan itu.

“Setelah terdengar kedua-dua kami kemudiannya mendongak ke atas untuk mencari sumber arah bunyi dahan patah berkenaan. Malangnya dahan patah terbabit telah menimpa muka mangsa sehingga menyebabkan beliau rebah ke tanah,” katanya.

Bada yang mula panik setelah menyaksikan kejadian berkenaan terus bergegas mendapatkan mangsa terbabit dan mendapati bahawa mangsa sedang tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan yang teruk di bahagian muka.

Melihat kejadian itu, beliau kemudiannya bertindak pantas meminta bantuan daripada penduduk kampung untuk menghantar mangsa ke hospital yang berdekatan bagi tujuan rawatan lanjut.

“Mangsa berkenaan seterusnya di hantar ke sebuah pusat perubatan di Kuching untuk menerima rawatan lanjutan berhubung kejadian itu.

“Peristiwa ini amat mengejutkan saya. Kesimpulannya adalah amat penting untuk menjaga tahap keselamatan masing-masing ketika mencari durian di sekitar kawasan pokoknya selepas ini,” katanya.

Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan di kawasan hidung dan rahang atas mulutnya itu dilaporkan pulang ke rumah setelah menjalani rawatan selama dua hari di institusi perubatan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment