Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2009

Remaja 'sex maniac' kantoi di tangan penduduk kampung ketika curi spender

SRI AMAN, Rabu (11 Nov) – Tindakan seorang remaja lelaki yang gemar mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah panjang dalam daerah Sri Aman selama ini terbongkar apabila beliau ditangkap oleh penduduk rumah panjangnya sendiri ketika cuba berbuat demikian pada malam tadi.

Menurut seorang penduduk rumah panjang yang enggan nama disiarkan berkata remaja lelaki terbabit telah ditangkap ketika cuba melarikan tiga helai seluar dalam milik seorang remaja wanita di rumah panjang mereka sekitar jam 11.15 malam.

“Ini kali ke-2 remaja tersebut ditangkap oleh penduduk kampung. Sebelum ini remaja lelaki dari rumah panjang kami itu pernah ditangkap kerana menyimpan sejumlah seluar dan baju dalam wanita di kotak dalam rumahnya.

“Bagaimanapun dia mendakwa bahawa ‘koleksi’ itu ditemui oleh beliau dalam hutan. Atas sebab ini remaja tersebut kami lepaskan kerana tiada bukti sehinggalah dia benar-benar ditangkap oleh orang kampung ketika sedang membawa pakaian dalam wanita malam tadi,” kata penduduk berkenaan.

Selain itu katanya, kehilangan pakaian dalam milik wanita di rumah panjang berkenaan sebelum itu pernah dikaitkan dengan kejadian tahyul sehinggalah seorang dukun mendakwa kejadian itu disebabkan oleh ‘jin’ di rumah panjang mereka sendiri.

Ia dikuatkan lagi menerusi dakwaan oleh remaja lelaki terbabit yang memberitahu bahawa koleksi pakaian dalam wanita tersebut telah ditemui oleh beliau di dalam hutan sebelumnya.

“Lebih melucukan ialah ‘jin’ yang sebenarnya bertanggungjawab dalam kejadian ini telah pun berjaya ditumpaskan oleh penduduk rumah panjang kami pada malam tadi ketika ia cuba melarikan seluar dalam wanita di sini.

“Namun atas sifat belas ehsan penduduk, remaja terbabit tidak dihantar ke balai polis yang berdekatan untuk tujuan tindakan lanjut sebaliknya diberi nasihat oleh Tuai Rumah kami agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment