Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 November, 2009

Rangka sistem pembuangan sampah yang efisien nasihat Jabu kepada pdk rumah panjang


Caption: RASMI...Jabu sedang memalu gong sambil disaksikan oleh Uggah (tengah) dan Nyalau (dua kanan) Wahbi (kanan sekali) dan tetamu undangan khas yang lain pada majlis itu.

BETONG, Sabtu (28 Nov) – Penduduk rumah panjang perlu merangka satu sistem pembuangan sampah yang lebih efisien demi menjaga tahap kebersihan di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata penduduk rumah panjang sering menjadikan sungai sebagai sasaran untuk membuang sampah masing-masing sehingga mengakibatkan pencemaran di kawasan mereka.

“Penduduk rumah panjang atau kampung perlu membina tempat pembuangan sampah yang tidak mencemar alam sekitar seperti pembinaan lubang pembuangan sampah yang khas dengan standart jarak yang sesuai dari rumah panjang masing-masing.

“Dengan berbuat demikian mereka secara tidak langsung dapat membantu kerajaan untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih di kawasan ini dan seluruh Malaysia amnya,” kata beliau.

Jabu yang Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Parlimen Betong dan Parlimen Lubok Antu yang berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong hari ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan penduduk rumah panjang untuk menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai budaya rumah panjang itu sendiri dan bukannya bermusim selepas ini.

Katanya penduduk rumah panjang tidak harus menunggu tindakan pihak kerajaan menerusi agensi atau jabatannya untuk melaksanakan kerja gotong-royong di kawasan masing-masing.

“Sayugia diingatkan bahawa tabiat mengotorkan alam sekitar lahir daripada sifat semulajadi manusia itu sendiri dan justeru perlu dikikis dari minda mereka demi menjamin suasana alam sekitar yang sihat di kawasan penempatan masing-masing selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penubuhan Peladang dan Koperasi) Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi dan Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Tamat.

No comments:

Post a Comment